.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, January 1, 2010

‘Retreat’ Hujung Tahun

.
Bila sampai setiap hujung tahun, aku pasti akan pergi 'retreat'. ‘Retreat’ bagi aku ialah masa aku semak apa yang telah aku capai pada tahun ini dan rancang apakah yang patut aku lakukan tahun berikutnya. Konsepnya sama saja seperti sebarang organisasi yang melakukan ‘retreat’ bagi melaksanakan apa yang dipanggil sebagai “End Year Review & New Year Planning’ mereka. Sudah beberapa tahun aku lakukan sebegini. Rasanya macam dah jadi ‘tabiat’ aku.
.


Tahun ini aku ‘lari’ sebentar ke Fraser Hill dan Telok Bidara. Jauh dari hiruk pikuk KL. Seronok aku dapat bersama alam semulajadi. Bunyi kicauan burung. Bunyi cengkerik. Bunyi air sungai mengalir. Bunyi hujan turun. Bunyi tamparan ombak. Aku bersama ’Sand, Sea and Sky’. Emmmmm ... terasa lapang fikiran aku. Dalam aku bersama alam semulajadi ini, aku sempat mengimbas kembali apa yang berlaku tahun ini.
.
Semenjak artikel aku bertajuk ’Pagi Tahun Baru’ (3 Januari 2009) hingga kini, sedar tak sedar banyak yang telah berlaku. PPB3K telah mengalami beberapa transformasi. Aku selidiki ini semua berdasarkan kepada Plan-Do-Check-Action (PDCA). (Hadiri ’Kami Berjaya Part 2’ jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai PDCA).
.
Pada awal tahun ini, aku telah ’Plan’ agar tahun ini aku tumpukan kepada memantapkan isi kandung PPB3K dan aktiviti memasarkan PPB3K. Sudahnya, apa yang aku ’Do’?
.
Aku sebenarnya agak puas hati dengan usaha aku memantapkan isi kandung PPB3K. Antara yang aku capai ialah seperti berikut;

1) Setiap modul PPB3K telah dimudahkan isi kandungnya. Aku kurangkan ’tahap intelek’nya.

2) Setiap modul PPB3K telah diisi dengan klip video yang sesuai agar persembahan setiap modul ini lebih ’hidup’.

3) Sekarang sudah wujud modul sokongan kepada modul-modul dalam PPB3K iaitu Rahsia Berjaya, Masa Untuk Berjaya, Program Organisasi Berjaya dan ’The Box’.
.
Penambahbaikan ini terbukti berkesan berdasarkan daripada ’feedback’ yang aku terima daripada para peserta yang telah menghadiri modul-modul dalam PPB3K ini. Memang ’feedback’ mereka ini begitu mengujakan aku. Rata-rata mereka memberi galakan kepada aku agar mengetengahkan PPB3K ini kepada masyarakat ramai. Namun, aku cepat-cepat berpijak semula di bumi nyata. Aku ingat pengalaman lepas yang sama dengan situasi ini. Barai aku dibuatnya. Aku mesti sukat baju di badan dan gunakan fikiran aku mengendali situasi sebegini.
.
Dari segi pemasaran PPB3K pula, aku telah melaksanakan usaha-usaha berikut;

1) Mewujudkan ’mascot’ untuk PPB3K - Sang Helang.

2) Mewujudkan tujuan PPB3K - Bantu Kenali Makna Hidup (Individu) dan Bantu Agar Seronok Bekerja/Belajar (Organisasi).

3) Mewujudkan lagu rasmi PPB3KI Can’t Stop Loving You oleh MJ.

4) Penjenamaan (Branding) PPB3K dan setiap modul dalam PPB3K.

5) Bekerjasama dengan beberapa individu dan ’marketing house’ untuk memasarkan PPB3K.
.
Bila aku ’Check’ samada wujud jurang antara apa yang aku ’Plan’ dan ’Do’, memang wujud jurangnya terutama dalam usaha pemasaran. Lebih baik aku menerimanya dengan hati terbuka daripada cuba menidakkannya. Aku sedar dimana silap aku. Namun apa yang aku lalui tahun ini bukan satu kesilapan. Aku sebenarnya banyak belajar dari kesilapan ini. Terima kasih kepada kesilapan ini!
.
Untuk ’Action’ tahun depan, aku sudah menyiapkan pelan pemasaran aku. Apapun, aku mahu jadi diriku yang sebenar. Live to the fullest! Lagu ’Reflection’ nyanyian Christina Aguilera yang cukup hebat itu terngiang-ngiang di telinga aku. Aku mesti komited melaksanakan susulan demi susulan terhadap ’target market’ aku sehingga berjaya ’close the sales’. Aku mesti contohi Yang Soraya (anak nombor 2 aku) yang cukup terkenal di kalangan keluarga aku dengan usaha-usaha susulan-susulan beliau. Tak lupa juga, aku akan teruskan ’pengajian’ aku di ’University of Life’ itu tanpa rasa jemu.
.
Pada petang hujung tahun 2009 ini, aku duduk memandang alam luas sambil tersenyum mengenangkan apa yang bakal aku lakukan tahun depan. 2009 meninggalkan pengalaman dan kenangan yang cukup berharga dalam usaha aku untuk membawa PPB3K kepada satu tahap yang aku mahukan.
.
Oh ya, aku terlupa, tahun depan aku mahu tulis sebuah buku. Tajuknya? Anda Dilahirkan Berjaya! Selamat datang 2010 ...

No comments:

Post a Comment