.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, February 2, 2010

Berlapang Dada

.
Sejak kebelakangan ini, saya banyak terjumpa orang menyatakan betapa perlunya kita berlapang dada dalam hidup ini. Saya terpanggil untuk menulis mengenai apa itu berlapang dada …

Jika kita lihat hidup seharian kita ini, ramai yang kelihatannya begitu ‘tense’ dengan hidup masing-masing. Asyik berkerut sahaja dahi masing-masing. Kalau tak percaya, perhatikan mereka-mereka yang memandu kereta semasa dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja masing-masing. Bukankah sebahagian besar muka-muka yang kita perhatikan itu ‘murung’ semacam?
.

Baru-baru ini, pada satu petang, sedang saya memandu kereta bersama dengan emak dan anak saya, bila tiba-tiba anak saya menegur ‘grandma’nya dengan berkata, “Grandma, why you look so sad…? Can’t you gimme a smile…?” (Mereka berdua ni selalu ‘speaking’ antara mereka sebab seorang bekas guru English dan seorang lagi student major dalam English) lantas anak saya ini menarik pipi ‘grandma’nya agar mengukir sebuah senyuman.

Terperanjat saya! Sangka saya mesti emak saya marah atau terasa tetapi beliau lantas tersenyum sambil berkata … “You’re right! I want to smile”. Lalu beliau tersenyum. Satu senyuman yang saya tahu memang ‘genuine’ dan bukan dibuat-buat. Termenung saya seketika. Kalau saya yang buat begitu sudah pasti emak saya terasa kot…
.
Selanjutnya anak dan emak saya berbual sesama mereka. Saya hanya berdiam diri mendengar apa yang dibual oleh mereka. Perbualan mereka berkisar kepada kenyataan-kenyataan dibawah. …

Take it easy with life’.
‘A problem is a challenge not a problem.’
‘How big the problem is, sooner or later we will resolve it’.
‘Think Good’. (Bersangka Baik)
‘Have a positive outlook of life’
‘God loves us. He will never give us a problem which we can’t carry’
‘Life is too short. Must fully utilize our time’


Entah kenapa, saya terasa ‘happy’ sangat bila sampai ke destinasi kami petang itu. Saya terasa semacam satu beban besar terlepas dari bahu dan dada saya. Bukankah apa yang dibincangkan oleh mereka itu semua membawa kita berlapang dada?
.
Berlapang dada bukan bermakna kita lari dari masalah. Bukan juga bermakna kita cuba lari dari menyelesai masalah yang kita hadapi. Berlapang dada sebenarnya membawa erti bahawa betapa besar pun masalah dihadapi, pasti ada penyelesaiannya dengan syarat kita terus berusaha menyelesaikannya.

Sebab apa kita terus berusaha? Sebab kita tahu masalah yang wujud itu tanda Tuhan masih sayang kepada kita dan yang pasti masalah tersebut boleh kita tanggung sebab Tuhan telah menyatakan bahawa Beliau tidak sesekali membebankan sebarang masalah pada kita kecuali yang mampu kita tanggung!
.
Bila kita mula berlapang dada sebegini, pasti hidup akan dipenuhi dengan keceriaan, harapan dan syukur. Boleh anda bayangkan hidup anda yang dipenuhi dengan keceriaan, harapan dan syukur? Jika anda mahu hidup sebegitu, berlapang dadalah!

Renungan: Belajar berlapang dada dengan mengikuti PPB3K!

4 comments:

  1. Salam Mior,

    Berlapang dada bermakna kita redha dengan apa yang kita ada. Memang rasa seronok bila kita berlapang dada, tiada tekanan,semuanya ok. cool.

    ReplyDelete