.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, February 12, 2010

Jadilah Seperti Tasik

.
Satu masa dahulu, tersebutlah satu kisah seorang Tuan Guru yang menyuruh seorang anak muridnya yang sedang dilanda kesedihan agar memasukkan segenggam garam ke dalam segelas air dan meminumnya.
.

“Bagaimanakah rasanya?” tanya Tuan Guru tersebut.

“Masinnya!!!” teriak anak muridnya.

Tuan Guru tersebut ketawa kecil lantas mengarahkan anak muridnya itu pula mengambil segenggam garam dan mengikuti beliau ke satu tempat ...
.
Mereka berdua lantas berjalan menuju ke tasik yang berdekatan dan sebaik sahaja sampai di tepi tasik itu, Tuan Guru mengarahkan anak muridnya mencampakkan garam tersebut ke dalam tasik tersebut.

“Sekarang minum air tasik ini.” arah Tuan Guru tersebut selanjutnya.

Sambil air itu diminum oleh anak muridnya, Tuan Guru itu lalu bertanya, “ Bagaimanakah rasanya air tasik ini?”.

“Menyegarkan!” balas anak muridnya. “Adakah kamu dapat merasai garam dari air tasik ini?” tanya Tuan Guru itu lagi. “Tidak” kata anak muridnya.
.
Tuan Guru itu lalu duduk disebelah anak muridnya lantas memegang tangan anak muridnya dan berkata,

Kesedihan dalam hidup ini ialah ibarat garam itu tadi. Kuantiti kesedihan itu sebenarnya tetap sama. Tetapi kuantiti bagaimana kamu merasai kesedihan (garam) tersebut bergantung kepada dimana kamu letakkan garam tersebut.

Atas itu, bila engkau merasai sebarang kesedihan, satu perkara yang boleh kamu lakukan ialah luaskan jiwamu.
.
Berhenti menjadi seperti gelas. Jadilah seperti tasik!”

Luaskan jiwa anda menerusi PPB3K!

No comments:

Post a Comment