.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, February 24, 2010

Taieri Gorge Railway

.
Memang semenjak sekian lama, aku teringin sangat untuk menaiki keretapi sambil melancung melihat keindahan alam terutamanya yang mempunyai hutan-hutan pokok tirus dan lurah-lurah dalam gunung-ganang.

Kesempatan itu aku perolehi baru-baru ini semasa aku berada di Dunedin, New Zealand. Aku terpandang satu iklan mengenai 'Taieri Gorge Railway' dan seperti anak kecil aku lantas ‘book’ tiket keretapi tersebut.
.

Memang perjalanan keretapi ini sungguh mengujakan. Tambah pula perjalanan keretapi ini benar-benar merupakan impian aku. Sepanjang perjalanan ini, aku tidak habis-habis senyum. Itulah nikmatnya bila impian tercapai. Syukur kepada Tuhan. Saksikan beberapa pandangan menarik sekitar perjalanan ini …
.
.
Birunya langit ......... Dah lama aku tak tengok langit sebiru ini!
.

Dalam perjalanan ini juga aku berkesempatan berkenalan dengan pasangan suami isteri Jon dan Brigette. Jon orang Belgium. Brigette orang Netherlands. Mereka datang bercuti selama 30 hari di sini. Mereka kata mereka pernah melancung ke Malaysia. Kembang aku sikit bila mereka puji Malaysia Best!
.

Dalam diam-diam, aku senyum sendirian. Bukan apa, hanyanya aku terkenang apa yang ada dalam program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Aku sedar aku berjaya capai matlamat aku ini kerana amalan yang aku lakukan terhadap apa yang terkandung dalam ADB. Bukan satu perkara luarbiasa tetapi satu proses yang dilakukan secara berterusan.
.

Perjalanan ini juga memberi aku semangat yang lebih kuat untuk mencapai matlamat-matlamat aku yang lain terutamanya dalam memasarkan PPB3K kepada masyarakat. Hi world ... welcome to PPB3K.

7 comments:

  1. wow, its so beautiful. giving me more reason to visit NZ. m glad u had a good time fren.

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Wonderful !. You look relax with healthy heart beat... Interested to read your observations on the whole journey (plus any hiccup).

    Salam Razib

    ReplyDelete
  3. mmg btol rezeki abah because my second time for the train trip was cut short because there was a huge wildfire dkt gorge tuh. we only stopped at wingatui which is only about 15minute ride. =_=

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Thank God.Lucky u follow me. :)) Maybe i akan tambah lagi story i on the journey dlm article akan datang.

    ReplyDelete
  5. Cantik gambar permandangan, tengok dah rasa nyaman, belum lagi berada di situ. Hebatnya tuhan, cantik ciptaannya.

    Saya rasa beg sandang tu bukan saja berguna untuk membawa dokumen/barangan penting,ianya juga 'handy' bila bergambar. 'aa fir der zeen'

    ReplyDelete