.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, March 26, 2010

Antara Kawan dan Matlamat

.
Entah mengapa semenjak sebulan kebelakangan ini, saya banyak bertemu dengan persoalan mengenai apa itu kawan. Ada orang yang saya jumpa menyatakan sebegini …
.

Kawan-kawan saya punca kehancuran saya!”

Kawan-kawan saya menjadi tulang belakang kejayaan saya!”

“Saya tidak boleh hidup tanpa kawan!”

“Berkat pertolongan kawan-kawan saya, saya mampu bangun semula dari kehancuran saya”.

“Jika saya tidak dapat diterima oleh kawan-kawan saya, saya rasa hidup ini tidak bermakna!”

“Saya rasa begitu kesunyian. Tiada siapa yang mahu menerima saya sebagai kawan mereka.”

Kawan masa senang ramai, kawan masa susah tiada.”

Kawan-kawan saya amat membahagiakan saya!”
.
Jadi sebenarnya siapakah mereka yang dipanggil kawan ini yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi bahagia atau sebaliknya? Kenapa sesetengah orang punya kawan yang sanggup menolong dan tak kurang sebaliknya? Persoalan-persoalan ini membawa saya cuba menganalisa siapa sebenarnya kawan dan apa yang patut kita lakukan agar kita mempunyai kawan-kawan yang dapat memberi menafaat kepada diri kita sendiri.
.
Bagi saya, kawan sebenar dalam hidup ini ialah ‘matlamat’ diri kita sendiri. Matlamat diri sendiri, saya anggap sebagai ‘beacon’ hidup selagi matlamat diri itu tidak tersasar dari Hukum Tuhan dan cara yang ditunjukkan oleh PesuruhNya. Matlamatlah sebenarnya kawan. Kawan masa senang dan juga kawan masa susah. Itu sebab penting ada matlamat!

Saya berkata begini bukanlah bermakna saya cuba menidakkan kita tidak perlu ada kawan dalam hidup ini. Tetapi jika kita renungkan realiti kehidupan sekarang, setiap manusia terlalu sebok dengan hidup masing-masing dan sudahnya ramai yang kelihatan begitu mementingkan diri sendiri. Selagi kita masih waras untuk memilih kawan yang sejajar dengan matlamat (kawan sebenar) kita, selagi itulah kita akan selamat dalam hidup ini.
.
Kerana apa? Disebabkan ramai orang sekarang tiada punya matlamat hidup yang jelas, sudahnya hidup mereka jadi macam lalang. Angin bertiup ke kanan (kebaikan), mereka tunduk ke kanan. Angin bertiup ke kiri (kehancuran), mereka tunduk ke kiri.

Bagi saya, biarlah orang kata kita memilih kawan, keras kepala atau apa saja, asalkan kawan-kawan yang ada dikeliling kita benar-benar membantu kita mendekati matlamat diri kita! Bunyinya keras tetapi fikirkanlah …
.
Seperkara lagi, jika kita inginkan kawan yang terbaik, kita mesti mulakan dengan selalu beri yang terbaik dari diri kita. Bila yang terbaik keluar dari diri kita, pasti jenis-jenis kawan yang terbaik akan datang dalam hidup kita.

Jika kita selalu dalam keadaan negatif, pasti kawan yang negatif akan mengelilingi kita. Jika kita selalu dalam keadaan positif, pasti kawan yang positif akan mengelilingi kita (Perlaksanaan Hukum Memberi dan Menerima – Law of Giving and Receiving).
.
Jadi sudahnya, samada kita punya kawan yang baik atau sebaliknya adalah pilihan kita! Kita juga perlu banyak bersabar dan selalu berdoa agar kita diberi kawan-kawan yang baik. Jika kita mula menyalahi orang lain, hidup ini pasti menjadi kabur lalu jatuh ke lubang kehancuran.
.
Disinilah program Anda Dilahirkan Berjaya serta program-program lain dalam keluarga PPB3K akan dapat membantu anda. Hidup anda akan dikelilingi oleh mereka yang membawa anda menjadi Sejahtera-Bahagia-Kaya!

No comments:

Post a Comment