.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, March 8, 2010

Inisiatif Kualiti Sebagai Alat Capai Matlamat Organisasi - Bah 1

.
Dalam usaha mencapai matlamat organisasi, kelihatan pada masa kini banyak syarikat-syarikat mahu pun agensi Kerjaaan di Malaysia ini menggunakan inisiatif kualiti. Antara inisiatif Kualiti yang biasa digunakan ialah seperti berikut;


1) Rangka Kerja Malcolm Baldridge (Konsep yang digunakan dalam Anugerah Kualiti Industri Perdana Menteri (AKIPM)
2) Famili ISO (Kebanyakannya ialah ISO 9001)
3) PDCA (Carakerja yang digunakan dalam Cross Functional Team (CFT) dan Innovative & Creative Circle (ICC))
4) 5S
5) Program ’Safety and Health’
6) Latihan


Jika dilihat dari sejarahnya, gerakan penggunaan inisiatif kualiti ini mula dilaksanakan dengan giatnya semenjak Kerajaan melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur. Negara Jepun pada ketika itu dilihat begitu serius dan aktif menggunakan inisiatif kualiti dalam kerja harian mereka lalu meletakkan mereka pada suatu kedudukan yang hebat di mata dunia. Maka tidak hairanlah, bilamana kita lihat inisiatif-inisiatif kualiti di atas kebanyakannya berasal dari negara Jepun sendiri.

Soalnya sekarang selepas kira-kira 20 tahun inisiaitif kualiti ini mula digunakan, sejauh manakah inisiatif kualiti ini membantu mencapai matlamat kita? Kelihatan, masih ramai yang melaksanakan inisiatif kualiti ini setakat untuk menang anugerah atau kejar pensijilan.


Yang sedihnya, hingga ketika ini, banyak rungutan sebegini didengari dikalangan kita ...

Inisiatif Kualiti ini membebankan!

Inisiatif Kualiti ini dibuat untuk tujuan pertandingan atau pensijilan sahaja!

Kami tidak nampak relevannya Inisiatif Kualiti terhadap tugas sebenar kami!

Para pemimpin kami hanya memandang Inisiatif Kualiti ini untuk menang anugerah dan dapat pensijilan sahaja!

Inisiatif Kualiti bukan kerja kami!


Jika inilah cara pandang sebahagian besar dari kita terhadap inisiatif kualiti, maka tidaklah pelik mengapa inisiatif kualiti ini masih tidak memberi impak yang positif kepada kita. Jika kita biarkan cara pandang begini berleluasa, sudah pasti hasil yang sama akan kita perolehi di masa depan.


Jadi, perkara pokok yang perlu kita usahakan sekarang ialah membetulkan cara pandang kita terhadap inisiatif-inisiatif kualiti ini. Bagaimana? Ikuti Inisiatif Kualiti Sebagai Alat Capai Matlamat Organisasi Bah 2 dalam artikel akan datang.

No comments:

Post a Comment