.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, March 12, 2010

Inisiatif Kualiti Sebagai Alat Capai Matlamat Organisasi - Bah 2.

.
Untuk menjawab persoalan di akhir artikel terdahulu, saya syorkan begini (rujuk rajah dibawah) ...
.

Berdasarkan kepada rajah di atas, disini saya mengibaratkan sesuatu organisasi itu sebagai sebuah rumah. Untuk sebuah rumah itu kukuh, sudah semestinya memerlukan Asas dan Rangka Rumah yang teguh. Manakala untuk isi rumah itu hidup dalam keadaan makmur, proses, carakerja, keselamatan, bahasa dan pemangkin dalam rumah tersebut perlu mantap dan cantik.

Bagi sebuah organisasi pula, Asas, Rangka Rumah, Proses, Carakerja, Keselamatan, Pemangkin ialah Bahasa ialah seperti berikut;

1) Asas Rumah – Latihan yang sistematik & berterusan

2) Asas Rumah – Aktiviti 5S

3) Rangka Rumah – Rangka Kerja Malcolm Baldridge

4) Proses Dalam Rumah – ISO 9001

5) Carakerja Dalam Rumah – PDCA

6) Keselamatan Dalam Rumah – ’Safety & Health’

7) Pemangkin Dalam Rumah – ADB, KUB, KB1, PB1

8) Bahasa Dalam Rumah – Gung Ho!
.
.
Penerangan bagi setiap bahagian adalah seperti berikut;
.
.


1) Asas Rumah – Latihan yang sistematik & berterusan.

Latihan anggota kerja amat kritikal bagi kemajuan sesebuah organisasi. Jika soal latihan ini tidak dirangka dan dilaksanakan secara sistematik dan berterusan, pasti organisasi itu akan terganggu kemajuannya dan sudahnya menemui kegagalan. Kegagalan melaksanakan latihan sebegini mungkin tidak dirasakan dalam jangka pendek tetapi dari pemerhatian saya, dalam jangka masa panjang akan memberi kesan negatif yang besar.Cuba fikirkan dimanakah kedudukan organisasi tuan puan dalam soal ini.
.
(Kami ada menawarkan Sessi Kesedaran selama 2 jam mengenai kepentingan perlaksanaan latihan yang berbentuk sistematik dan berterusan)
.

2) Asas Rumah – Aktiviti 5S

Kebersihan dan keselamatan dan suasana tempat kerja amat mempengaruhi untuk memastikan anggota kerja mahu menyumbang di tempat kerja. Aktiviti 5S sangat sesuai digunakan untuk mencapai perkara-perkara ini. Bukan itu sahaja, inisiatif 5S akan memudahkan perlaksanaan inisiatif-inisiatif kualiti yang lain seperti Rangka Kerja Malcolm Baldridge, ISO 9001 dan ’Safety & Health’.
.
(Kami ada menawarkan seminar dan susulan untuk melaksana 5S dan mencapai Pensijilan 5S melalui satu program bersekutu dengan PPB3K)
.


3) Rangka Rumah – Rangka Kerja Malcolm Baldridge

Kita perlu melihat sesuatu organisasi itu daripada kriteria-kriteria yang mampu membawa kita melihat organisasi tersebut secara menyeluruh agar organisasi itu diurus dan dipimpin secara seimbang. Berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang sedia wujud dalam Rangka Kerja Malcolm Baldridge, sudah cukup untuk memastikan organisasi itu diurus dan dipimpin secara menyeluruh. Nota: Rangka Kerja Malcolm Baldridge merupakan konsep asas yang digunakan dalam Penilaian untuk Anugerah Kualiti Industri Perdana Menteri (AKIPM).
.
(Kami ada menawarkan seminar dan susulan untuk melaksanakan Rangka Kerja Malcolm Baldrige dalam sesuatu Unit Bisnes melalui Pimpinan Berjaya Part 2 – PPB3K)
.
4) Proses Dalam Rumah – ISO 9001

Jika tidak wujud satu proses yang seragam dalam sesuatu organisasi pasti perlaksanaan sebarang usaha itu akan membuang masa, tenaga dan wang ringgit. Dengan melaksanakan ISO 9001, situasi ini dapat dihindarkan.
.
(Kami ada menawarkan seminar dan susulan untuk mencapai hajat ini melalui satu program bersekutu dengan PPB3K)
.

5) Carakerja Dalam Rumah – PDCA

Selalu dilihat bagaimana sesuatu kerja berpasukan dalam satu organisasi itu banyak membuang masa, tenaga dan kos walhalnya dengan bekerjasama sepatutnya sebarang tugas itu dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos. PDCA dapat membantu meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan seterusnya mengoptima penggunaan masa, tenaga dan kos.

(Kami ada menawarkan seminar dan susulan untuk mencapai hajat ini melalui Kami Berjaya Part 2 – PB3K)

6) Keselamatan Dalam Rumah – ’Safety & Health’

Keselamatan dalam organisasi amat penting! Selalu kita dengar kenyataan sebegini ”Safety is life”, Perlaksanaan inisiatif-inisiatif ’Safety and Health’ akan dapat membantu menangani perkara ini.
.
(Kami ada menawarkan seminar dan susulan untuk mencapai hajat ini melalui satu program bersekutu dengan PPB3K)
.
7) Pemangkin Dalam Rumah – ADB, KUB, KB1, PB1

Setiap anggota kerja dalam organisasi perlu diperkasakan psikologinya dari segi kesedaran dirinya, kreativiti dirinya, keupayaan kerja berpasukannya dan kepimpinannya. Bila ini dilakukan, barulah kita dapat lihat anggota kerja itu mula mahu memberi penglibatan dalam tugas mereka. Hakikatnya, adakah kita sedar hakikat ini dan tahu bagaimana memenuhi keperluan ini?

(Kami ada menawarkan seminar dan susulan untuk mencapai hajat ini melalui program Anda Dilahirkan Berjaya, Kreativiti Untuk Berjaya, Kami Berjaya Part 1, Pimpinan Berjaya Part 1 – PPB3K)
.


8) Bahasa Dalam Rumah – Gung Ho!

Sebagai alat komunikasi agar semua anggota kerja ...

- fokus kepada matlamat organisasi
- faham bagaimana tugas mereka membantu mencapai matlamat organisasi
- faham kepentingan meningkatkan ilmu dan kemahiran secara berterusan.
- Faham kepentingan saling sokong menyokong dalam kerja seharian

... organisasi boleh menggunakan satu inisiatif yang diberi nama Gung Ho!

Ini dilakukan agar setiap anggot kerja ini mempunyai bahasa yang sama bila berbicara mengenai perkara yang tersebut di atas yang sudahnya akan memudahkan sebarang perlaksanaan inisiatif kualiti sebagai alat untuk capai matlamat organisasi.
.
(Kami ada menawarkan seminar dan susulan untuk mencapai hajat ini melalui satu program bersekutu dengan PPB3K)
.
Sudahnya, adakah kita mampu melihat inisiatif-inisiatif kualiti menyokong segala usaha pencapaian matlamat organisasi sebagaimana yang dinyatakan di atas? Jika kita gagal melihat sebegini, itulah sebab mengapa kita tidak sanggup melabur dalam inisiatif kualiti ataupun benar-benar menggunakannya dalam kerja harian kita.

Cuba kita bayangkan, jika semua anggota kerja benar-benar memahami bagaimana inisiatif kualiti memainkan peranan dalam usaha untuk capai matlamat organisasi masing-masing seperti yang diceritakan di atas. Komitmen para anggota kerja terhadap inisiatif ini pasti meningkat dan ini pasti memudahkan organisasi mencapai matlamat secara berterusan!
.
(Hubungi saya jika organisasi tuan puan memerlukan pertololongan dalam meletakkan unit bisnes tuan puan dalam landasan seperti yang dimaksudkan diatas).

No comments:

Post a Comment