.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, March 14, 2010

Passion

.
Selalu saya bertanya kepada diri sendiri … kenapa ramai graduan-graduan kita (khasnya Melayu) yang baru masuk ke alam pekerjaan kelihatan kaku, tidak dinamik, atau tidak punya daya tahan untuk menjadi seorang anggota kerja yang benar-benar cemerlang?

Jika dilihat dari pencapaian akademik, kebanyakan dari mereka begitu hebat. Mengapa pencapaian akademik mereka ini tidak membayangkan keberkesanan mereka di tempat kerja? Pelik saya.
.

Antara ‘penyakit’ (ciri-ciri yang kurang memberangsangkan) itu ialah ketidakupayaan berkomunikasi dan membuat persembahan (samada lisan mahupun bertulis). Dan juga taraf keberanian, wawasan dan kepercayaan diri yang rendah. Mungkin ada yang menyatakan, ‘Mior, what do you expect. They are still green. Need more exposure.’.

Saya boleh menerima kenyataan ini tetapi jika mereka begitu ‘reserve’, banyak masa akan terbuang. Saya tertanya. Salah graduan-graduan inikah? Apakah yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menangani isu ini? Terdengar usaha seperti memberi latihan dalam Bahasa Inggeris dan IT kepada mereka, tetapi cukupkah ‘intervention’ sebegini menangani isu-isu di atas?

Makin lama makin ‘panas’ persoalan ini didalam diri saya. Apatah lagi, saya sentiasa perlu berhadapan dengan para graduan yang memasuki alam pekerjaan yang mengalami ‘penyakit’ yang tersebut di atas.
.
Itulah, semalam saya bertanya kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi mengenai isu ini. Kata beliau, “Mior, pada pandangan saya, ini disebabkan tiadanya ‘passion’ dalam diri graduan kita. Baik dalam pelajaran mahupun apa yang dikerjakan. Bila ada ‘passion’, semua jadi senang dan cepat”. Termenung sekejap bila saya mendengar jawapan YB ini.

Sebab pertama saya termenung ialah saya rasa cukup puas kerana YB sendiri mengakui kepentingan ‘passion’ sebagaimana yang selalu saya laung-laungkan dalam program ‘Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB) (Be Passsionate! merupakan seruan perang program ADB).
.
Sebab kedua saya termenung ialah kerana memang ‘passion’ amat diperlukan. Tetapi bagaimana mahu mewujudkan ‘passion’ dalam diri masing-masing? Hal ini membuat saya ligat befikir. Fikir punya fikir, saya rasa ADB mempunyai jawapannya. Jawapan bagaimana mahu bantu mewujudkan ‘passion’ dalam diri masing-masing. Lagi saya fikir lagi jelas saya mengenainya.

Saya tahu, disini saya bukan syok sendiri. Ramai para relajar dan graduan yang pernah mengikuti ADB menyetujui ADB mampu jadi ‘intervention’ yang mujarab dalam menangani ‘penyakit’ di atas. Saya mohon para penuntut mahupun graduan yang pernah mengikuti ADB sebelum ini agar memberi input kepada artikel ini melalui ruangancomment’. Tolong ye …
.
Akhir sekali, disebabkan keterujaan terhadap isu ini dan cara menanganinya, sebelum bersurai dengan YB pagi itu, sempat saya menghulurkan sinopsis PPB3K kepada beliau. Tanya beliau, “Apa ini Mior?” Jawab saya, “Tok, ini satu syor untuk bina ‘passion’”. YB terus berkata, “Bagus ni. Jom kita minum teh tarik! Nanti kita buat appointment”.
.
Saya senyum lalu berkata perlahan, ”Tq Tok, saya tunggu”.

No comments:

Post a Comment