.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, March 1, 2010

Satu Jemputan Ikhlas ...

.
.
.
Apa jadi dengan Masyarakat kita?

Beberapa pagi yang lepas, saya tersentak melihat dada akhbar yang melapurkan adik Syafiah telah didera begitu rupa hingga menyebabkan kematiannya. Termenung seketika saya melihat wajah adik Syafiah. Fikiran saya melayang kenapa jadi begitu? Saya tertanya apa yang bermain dalam fikiran lelaki yang mendera adik Syafiah sehingga tergamak melakukan penderaan sebegitu rupa?

Itu hanya satu peristiwa sedih dari banyak peristiwa sedih dalam masyarakat kita sekarang. Soalnya kenapa dengan masyarakat ini? Sakitkah masyarakat ini? Sakitkah kita yang menganggotai masyarakat ini? Jika beginilah seterusnya cerita masyarakat kita, apakah akan terjadi kepada masyarakat ini? 5 tahun dari sekarang? 10 tahun dari sekarang? Apakah perubahan yang mampu kita lakukan, maksud saya yang benar-benar kita boleh lakukan untuk menghindar racun masyarakat ini? Saya yakin ramai antara kita mahu lakukan sesuatu tetapi soalnya bagaimana?
.
.

Apa patut kita buat?

Satu perkara yang jelas, jika perubahan itu mahu kita lakukan, kita perlu mulakan dengan diri kita sendiri. Saya tertanya apa yang boleh saya lakukan? Fikir punya fikir, saya ketemui satu idea.
.
.

Satu Syor!

Saya selalu diberitahu oleh mereka yang pernah menghadiri program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) bahawa idea yang ada dalam ADB ini amat mudah difahami, senang dipraktikkan namun mereka merasakan ramai yang tidak tahu. Jika perubahan yang kita mahu lakukan dalam hidup ini, mereka berkata ADB adalah pintu masuknya. Terdetik di hati saya untuk melaksanakan ADB ini untuk publik. Bagaimana? Begini caranya ...
.
.

Caranya ...

Saya bercadang mahu melaksanakan ADB untuk 30 orang. Bila cukup saya terima pengesahan dari 30 orang, saya akan jalankan program ini. Tempatnya saya akan buat di salah satu hotel di S.Alam yang akan saya bagi tahu kemudian. Tuan Puan hanya perlu email pada saya (sssabasic@yahoo.com), nama dan nombor handphone bagi tujuan pendaftaran. Kemudian saya akan balas email tuan puan untuk menjelaskan kaedah pembayarannya. (pembayaran hanya dibuat bila cukup 30 orang). Saya berjanji cukup 30 orang, saya akan laksanakan. (Saya mahu wujudkan ’trust’ antara kita ... belajar amal nilai asas ini semula sesama kita sebagaimana saya lihat dalam masyarakat NZ baru-baru ini)

Harga ADB ini? Saya letakkan pada harga RM750.00 seorang untuk 3 hari. Harga ini easily 50% lebih murah dari harga yang biasa saya tetapkan (RM1,500.00). Kenapa murah? Jawabnya senang sahaja ... ini saya lihat sebagai ’contribution’ saya untuk mulakan perubahan yang saya maksudkan di atas. Itu sahaja.

Agar perjalanan ADB ini santai dan dalam suasana kekeluargaan, saya bercadang mahu lakukan ADB ini pada Jumaat, Sabtu & Ahad. Apa pendapat tuan puan?
.
.

Apa Faedahnya untuk Tuan Puan?

Apakah yang akan Tuan Puan perolehi dari ADB ini nanti?

1) Satu cara pandang baru tentang kehidupan.
2) Idea bagaimana melakukan perubahan yang dimaksudkan.
3) Kenapa perlu matlamat dalam hidup ini walau kita rasa kita telah sampai ke penghujung hidup.
4) Cara bagaimana merancang hidup dalam setiap cabang hidup.
5) Kawan dan peluang untuk bernetwork.
6) Menjadi ahli keluarga ’3K Famili’ - satu kumpulan yang bergerak atas dasar saling mengingati, tolong menolong dan prihatin.
7) Menyanyi dan menghayati lagu-lagu yang membawa kesedaran.
8) Kenal dengan ’Stick Person’ – Konsep asas kenal diri.
.
.

Kandungan ADB ialah seperti berikut;

Sebelum Kita Mulakan Perjalanan …

Bahagian 1 : SIAPAKAH KITA?
1.1 Diri Kita
1.2 Bagaimana Diri Kita Beroperasi
1.3 Misi dan Nilai Diri Saya

Bahagian 2 : DIMANAKAH KITA?
2.1 Berubah
2.2 Analisa Dimana Saya Sekarang

Bahagian 3 : KEMANA TUJUAN KITA?
3.1 Apa Itu Matlamat
3.2 Penetapan Matlamat
3.3 Aktiviti Senipis Kulit Bawang

Bahagian 4 : BAGAIMANA CAPAI TUJUAN KITA?
4.1 Jatuh Cinta Dengan Matlamat
4.2 Meditasi dan Penegasan Diri
4.3 Hukum Getaran dan Tarikan
4.4 Hukum Memberi dan Menerima
4.5 Hukum Semai dan Tuai
4.6 Hukum Sebab dan Akibat
4.7 Hukum Berlawanan
4.8 Pengambil Risiko
4.9 Jangan Berfikir Ke Belakang
4.10 Tawakkal
4.11 Drama Kawan Saya dengan Kerjayanya
4.12 Berubah ‘Revisited’
4.13 Pilihan Di Tangan Saya


ADB ini akan disampaikan oleh saya sendiri yang telah saya susun semenjak 18 tahun yang lepas. Saya yakin Tuan Puan akan dapat banyak faedah darinya. Saya berjanji akan beri yang terbaik agar pelaburan Tuan Puan ini menjadi satu pelaburan yang cukup berbaloi. (ADB ini sesuai untuk umur 18 tahun ke atas sahaja – ini bukan menandakan ADB adalah satu program X-Rated! Jangan salah faham ye.)
.
.

Satu Jemputan Dari Saya!

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang serta ’from deep of my heart’, saya jemput tuan puan mendaftar (email pada saya (sssabasic@yahoo.com) sebagai tanda setuju) untuk hadiri ADB ini. Saya tunggu Tuan Puan.

(Untuk keterangan lanjut, ziarah laman saya di www.miorazli.com atau hubungi saya di 019-224-5079)

2 comments: