.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, April 9, 2010

ADB di Bahagian Penghantaran, TNB

..

Pada 5 hingga 7 April yang lepas, telah selamat diadakan program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) untuk sekumpulan Jurutera Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad bertempat di Pusat Latihan Bahagian Penghantaran, PMU KL South, Kuala Lumpur.

Melalui program ADB, para jurutera ini telah difokuskan agar menentukan apakah matlamat mereka di tempat kerja yang mahu mereka capai untuk diri mereka sendiri tetapi pada masa yang sama matlamat itu perlu berada dalam skop kerja mereka dan matlamat tersebut itu juga perlu sejajar dengan apa yang organisasi mahu dari mereka.

Bunyinya senang tapi mungkin payah untuk menentukan matlamat sebegitu. Tapi saya yakin, jika para jurutera ini memberi sedikit masa kepada diri mereka untuk benar-benar mengkaji akan situasi mereka sekarang, mereka akan berupaya menentukan matlamat tersebut. Usaha sebegini adalah ibarat larian ’marathon’ dan bukannya satu larian pecut 100 meter.

Saya harap, bagi mereka yang datang bertemu dengan saya secara individu yang mengadu mengenai ketiadaan masa yang secukupnya, susah untuk mengetahui hajat diri yang sebenar dan mempunyai masalah dengan ketua mereka agar benar-benar merenung segala apa yang yang telah diterangkan dalam ADB tempohari dan lakukan segala apa yang patut dilakukan. (Aktiviti Senipis Kulit Bawang). Saya yakin mereka akan mulai nampak cahaya di hujung terowong. Percayalah Tahu dan Buat adalah dua perkara yang amat berbeza!

Tanpa matlamat seperti ini, saya yakin payah bagi mereka menerapkan tunggak bagi mencapai hasrat organisasi mereka (Sustainable Performance) iaitu CPC. CPC bermaksud Competency – Passion – Community.

Dipertengahan seminar ADB ini, saya telah menerima satu email dari pejabat Naib Presiden Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad yang mahukan agar setiap eksekutif/jurutera baru di dalam Bahagian Penghantaran agar mengikuti PPB3K. Sudah lama saya mengidam peluang ini dan baru sekarang saya dapat. Saya senyum puas.

Saya mesti mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ’buddy’ saya, Bro Ajid kerana telah sudi menjadi fasilitator kepada Sessi ’Dimanakah Saya Dalam Hidup ini’ yang merupakan Bahagian 3 kepada ADB. Ini merupakan julung-julung kalinya orang lain memfasilitatorkan ADB. Hari ini dalam sejarah! Jid, I always have trust on you and I hope you will joint me in this interesting journey. Tq Jid!!! :)

Di samping itu, program ADB kali ini agak unik kerana buat pertama kalinya telah diwujudkan satu sessi ’skype’ diantara rakan saya, Bro Razib Dawood yang kini bekerja di Aidelaide, Australia dengan para peserta. Saya tertarik dengan satu idea yang dikongsi oleh beliau iaitu kita harus ’update resume’ kita setiap tahun agar kita dapat lihat peningkatan dalam apa yang kita laksanakan. Terima kasih Bro Razib.

Juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bro Aimi Aizal Nasharuddin, President & Co-Founder, Skali.com kerana telah dapat melapangkan masanya yang begitu ketat untuk menyaksikan sebahagian daripada seminar ADB. Terima kasih kepada Bro Aimi atas minat dan keinginan beliau mengguna pakai PPB3K bagi organisasi beliau. Saya berjanji akan beri yang terbaik.

Bagi Bro Imran, Presiden organisasi ’ILuvIslam’, saya amat teruja dengan kehadiran dan tumpuan yang telah beliau tunjukkan. Tq Bro Imran kerana sudi menerima jemputan saya sebagai peserta jemputan program ADB kali ini. Saya harap kesefahaman yang wujud antara kita untuk membawa PPB3K kepada masyarakat akan mendapat banyak rahmat daripada Tuhan.

Akhir kata .. to all Bro & Sis yang hadir ADB kali ini, ’Thank you so much for being such a wonderful participant. Be Passionate!

No comments:

Post a Comment