.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, April 29, 2010

Kerjasama Bersama ILUVISLAM.COM

.
Semenjak saya melaksanakan PPB3K ini, saya teringin sangat untuk bekerjasama dengan kumpulan orang-orang muda. Bukan apa, saya berpendapat idea-idea yang ada dalam PPB3K ini amat berfaedah bagi golongan ini terutamanya dalam mengharungi segala macam cabaran yang mendatang.
.
Saya lihat, jika mereka ini dapat ilmu PPB3K, mereka akan dapat mempercepatkan pembelajaran mengenai hidup ini. Saya masih teringat kata-kata Robin Sharma dalam bukunya, ‘The Monk Who Sold His Ferrari’, “Wise person learn from other people experience”.

Itulah, bila saya terbaca akhbar atau mendengar Berita dalam TV mengenai usaha Kerajaan untuk memberi kompetensi kepada graduan dan orang muda agar mereka mantap bila masuk ke alam pekerjaan, saya lihat usaha-usaha yang dilaksanakan tidak menangani ‘root cause’ pemasalahan ini.
.
Bukanlah saya menidakkan usaha Kerajaan itu tidak membantu mereka langsung tetapi saya rasa apa yang ada dalam PPB3K ini sesuai sangat dijadikan 'intervention' asas untuk menangani ‘root cause’ ini. Saya selalu bercakap pada diri sendiri … “Alangkah bagusnya kalau saya tahu salurannya bagaimana mahu menyampaikan apa yang ada dalam PPB3K ini kepada pihak yang membuat keputusan dalam Kerajaan itu”

Nak jadikan cerita, satu hari itu saya tertarik dengan satu email yang dihantar kepada saya oleh sebuah kumpulan yang bernama ILUVISLAM.COM. Mereka akan menganjurkan satu seminar yang membincangkan mengenai pembinaan tamaddun yang hebat. Saya kaji laman web mereka dan terus saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mereka.

Saya hadir seminar mereka dan saya benar-benar teruja dengan apa yang saya lihat. Pertama, kerana seminar ini dianjur oleh orang-orang muda yang begitu dinamik. Kedua, kerana wawasan yang cukup berpandangan jauh dan keikhlasan yang dipamirkan. Ketiga, kerana ianya diterajui oleh seorang pemuda yang saya kira punya ciri-ciri kepimpinan yang cukup hebat. Suara hati saya mengatakan jika saya perlu bekerjasama dengan sebuah kumpulan, merekalah yang menepati ciri-ciri yang saya cari selama ini.
.

Dipendekkan cerita, hasil daripada beberapa siri pertemuan dengan Presiden ILUVISLAM iaitu Saudara Nurul Imran Koyube, kami telah membina kesepakatan untuk menjadikan PPB3K sebagai satu sistem pembinaan diri untuk manusia khasnya golongan muda. Tidak payah kami mencapai kesepakatan ini kerana antara kami wujud wawasan dan cara kerja yang sealiran. Kami bersepakat untuk memulakan usaha ini dengan ‘trust’ dan berusaha membina strategi yang ‘light on planning but heavy on action’.

Suddenly saya fikir dan saya rasa bahawa PPB3K akan dapat dibawa kepada satu paras yang mahu saya bawa. Atas itu, saya perlu mengucapkan banyak syukur kepada Tuhan atas kurniaan ini dan saya harap usahasama ini akan mendapat banyak petunjuk dan berkat dariNya. Amin.

No comments:

Post a Comment