.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, April 18, 2010

Sejarah PPB3K

.
Cerita PPB3K bermula 18 tahun lepas (tahun 1992) bila mana ketika itu saya sedang menghadiri satu seminar yang diberi nama ‘You Were Born Rich’ yang difasilitatorkan oleh Col Izaidin.

Masih segar dalam ingatan saya semasa sedang menghadiri seminar tersebut, saya mendapat satu idea. Saya terfikir alangkah bagus segala idea yang telah saya terima dikumpulkan lalu dijadikan satu program. Fikiran saya jauh mengelamun dan saya tidak tahu mengapa saya berasa amat teruja.
.

Selepas itu, banyak lagi konsep-konsep yang amat bagus telah saya ketahui seperti Time System, idea-idea Covey, Mind Map, 6 Thinking Hats, PDCA, Malcolm Baldridge. Apa yang saya lakukan pada mulanya ialah mengkaji dan mengamal setiap idea ini dalam hidup saya. Sedikit demi sedikit idea-idea ini saya rekodkan dalam notebook.

Saya ambil peluang untuk belajar, berbincang, melaksana dan memfasilitator idea-idea ini. Idea-idea ini saya gunakan dalam mengharungi sebarang cabaran yang mendatang. Sudahnya saya yakin, apa yang terkandung dalam idea-idea ini bukan semata-mata teori dari buku-buku sahaja tetapi merupakan idea-idea aktif yang berbentuk praktikal dan ’street-wise’.

Namun, fikiran saya tidak lepas-lepas cuba mencari jalan bagaimana merangkumkan segala idea ini menjadi satu program. Lagi lama saya mengharungi idea-idea ini, lagi jelas dan kuat hajat saya untuk mewujudkan idea-idea ini menjadi satu program.
.
Saya terus menerus melihat buah fikiran ini sebagai satu idea yang cukup hebat. Kenapa? Pertama, idea-idea ini mudah tapi ramai yang tidak tahu. Kedua, idea-idea ini jika dicantumkan menjadi satu program besar akan memudahkan kehidupan. Ketiga, idea-idea ini saya mahu lakukan dalam Bahasa Malaysia kerana ramai di kalangan Rakyat Malaysia mempunyai sedikit kepayahan memahami Bahasa Inggeris.

Hanyanya pada ketika itu saya belum ketemukan bagaimanakah harus saya ’package’kan segala idea-idea ini. Nak jadi cerita, satu petang, saya minum teh dengan Col Izaidin. Dalam perbualan petang itu, Col bertanya pada saya. ”Mior, what do you need to make you happy at work place?” Hati saya bertanya … "Kenapa Col ni bertanya soalan sebegini?".

Saya dan Col berbincang panjang mengenainya. Sudahnya pada petang itu, dirumuskan bahawa perkara asas yang perlu ada untuk seronok bekerja ialah kita perlu tahu tentang apa yang perlu kita capai di tempat kerja (soal kesedaran diri), kebolehan bekerja dengan orang lain (soal kesedaran kerja berpasukan) dan soal bagaimana memimpin sekumpulan anggota kerja (soal kepimpinan).
.
Dalam perjalanan pulang, fikiran saya ligat memikirkan apa yang dibincangkan tadi. Seperti lagaknya Archimedes bila bertemu rahsia Hukum Archimedes, saya menjerit kegembiraan kerana pada ketika itu saya sudah dapat hubungkan segala idea-idea yang dikumpulkan sebelum ini kepada ketiga-tiga keperluan untuk seronok bekerja. Fikiran saya ligat membuat susunan-susunan idea-idea ini semacam menyusun jigsaw puzzle!

Itu cerita pada sekitar tahun 1999. Maka bermula dari saat itu, saya mula menyusun idea PPB3K hingga jadilah PPB3K sebagaimana yang wujud sekarang. Sehingga ketika ini, perlahan-lahan saya mula nampak PPB3K bukan sahaja sesuai digunakan untuk meningkat produktiviti, malah bilamana segala modul yang ada dalam PPB3K ini dilaksanakan secara bersepadu, ianya boleh dijadikan sebagai suatu sistem transformasi organisasi. Yang menariknya, PPB3K dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia tetapi menggunakan idea-idea terkini.
.
Bagi saya, PPB3K akan sentiasa mengalami perubahan. Kalau dulu, saya selalu memikirkan bilakah PPB3K akan siap sepenuhnya? Rupanya saya tersilap. Sesetengah dari modul dalam PPB3K ini telah melalui banyak perubahan hingga mencapai kepada versi ke 8. PPB3K tidak akan siap sepenuhnya! Saya sudah membuat ketetapan bahawa PPB3K akan sentiasa dinamik dan mengalami perubahan sesuai dengan perubahan masa, keadaan dan ilmu itu sendiri.

Tuan puan, dapatkan PPB3K segera kerana melaluinya dapat kita percepatkan pembelajaran kita mengenai hidup ini!

4 comments:

  1. Salam

    Hanya orang hebat akan melakukan yang terhebat. Kerana berfikir, kita dapat mencari idea selanjutnya.

    Syabas

    ReplyDelete
  2. Salam Ayah Zain,

    Terima kasih. Moga Ayah Zain Sejahtera-Bahagia-Kaya.

    Salam

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Ehem Ehem, Insy I'll be one of the proud crew in this big ship SS PPB3K.

    ReplyDelete
  4. You most welcome Jid ... Salam

    ReplyDelete