.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, April 2, 2010

Video Quotes For My Best Friend

Bagi mengakhiri renungan mengenai apa makna kawan (laman ini telah membicarakan apa makna kawan dalam dua artikel yang lepas), suka saya berkongsi satu video yang telah diilhamkan oleh seorang kawan saya, Pn Diyana Tahir.

Beliau baru saya kenali. Bersama suami beliau, mereka bergiat cergas dalam bidang multimedia dan percetakan. Saya berasa begitu seronok melihat pasangan suami isteri ini bekerjasama dengan begitu baik dalam mengusaha bisnes mereka.

Bagi Puan Diyana sendiri, saya berasa bangga dapat mengenali beliau kerana dapat saya rasakan 'energy' yang begitu baik dan kesungguhan dalam hidup ini. Beliau tidak lokek ilmu dan I must say, saya begitu berbangga kerana punya kawan seperti beliau. Moga beliau dan keluarga beliau sentiasa dalam lindungan Tuhan dan selamat dunia akhirat. Amin

Apapun tuan-puan, fahami makna kata-kata dalam video di atas dalam usaha kita mahu punya kawan. Harap ianya dapat menjadi pedoman kepada kita semua agar hidup sejahtera-bahagia-kaya (slogan PPB3K) di dunia ini dan di akhirat kelak.

Salam Ikhlas dari saya.

No comments:

Post a Comment