.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, May 14, 2010

ADB sebagai Capacity Building

.
Hari Isnin, Selasa dan Rabu lepas, aku ‘conduct’ Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) untuk satu kumpulan jurutera dan eksekutif TNB. Ini kumpulan kedua dari sejumlah para jurutera dan eksekutif yang perlu aku kongsi cerita ADB sebelum masuk bulan puasa tahun ini.
.

Seperti mana aku ‘conduct’ ADB yang lepas, memang bila tamat saja ADB, aku terasa cukup penat. Mental dan fizikal aku terasa ‘blur’. ADB ambil masa 3 hari dan sehari selepas tamat ADB memang cukup tired. Tuhan sahaja yang tahu. Memang aku curahkan banyak tenaga bila ‘conduct’ ADB. Even semasa aku coretkan artikel ini, kepala aku masih melayang. Rasa macam kain buruk!
.

Tapi walaupun penat, aku terasa puas. Teramat puas bila tengok muka-muka para peserta seminar ADB ini. Aku lihat mereka semacam baru tersedar mengenai kehidupan ini. Hebat penangan ADB! Bila aku baca ‘feedback’ mereka mengenai ADB ini, aku senyum sendirian. Senyum sebab dapat kongsi satu idea yang benar-benar beri menafaat kepada mereka. Aku tahu, mereka rasa berbaloi sungguh dapat hadir ADB. Bukan aku perasan tapi aku ada bukti. Apa buktinya? Feedback yang mereka beri. Kalau tak percaya, aku boleh beri you all baca.
.

Pada Fath dan Muaz yang attend ADB kali ini sebagai jemputan aku, terima kasih banyak-banyak kerana sanggup jadi co-pilot aku kali ini. You guys memang contoh baik untuk orang muda waktu ini. Keep it up ya. Aku tahu you all excited dengan ADB. Aku buat-buat tak nampak apa jadi kat you all masa menyanyi dalam gelap lagu ‘It’s my life’ tu. Aku senyum sendirian kerana you all tak boleh duduk diam sampai naik atas kerusi! Teruja sangat ye. Hehehehe.
.

Seperti biasa dalam program ADB yang sebelum ini, aku asak para participants agar mereka set their goal in life terutama dalam kerja mereka. Aku harap mereka serius set goal mereka. Aku harap mereka betul-betul tersedar kepentingan goal tu. Tak tahu aku nak kata apa lagi kalau mereka still tak nampak kepentingan goal dan tak set goal mereka. Aku rasa aku dah buat apa yang patut. The ball is in their court now…
.

Aku termenung seketika. ADB dan adik-adiknya yang lain dalam PPB3K ini boleh beri banyak menafaat kepada manusia di Malaysia ini. Tapi bak kata sahabat aku di Karangkraf, Bro Azam, memang PPB3K bemenafaat. Tapi kalau tidak diketengahkan secara sistematik dan berterusan, rugi sangat. Aku rugi, mereka rugi. Itu aku sedar sangat. Harap sebelum aku say bye-bye pada dunia ini, aku mampu sebarkan PPB3K kepada mereka. Harap aku dapat ketemu satu prasarana untuk market PPB3K seluas-luasnya. Hidup PPB3K!

2 comments: