.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, May 24, 2010

Cerita Sabtu Lepas

.
Sudah lama aku tidak berkunjung ke Antara Dahan, nama diberi bagi dusun aku yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari rumah aku. Ialah disebabkan kesibukan yang tidak padam-padam menyebabkan masa aku begitu terhad untuk kesana. Maka pagi Sabtu lepas, aku berniat untuk kesana. Aku sms Samsul, penjaga dusun itu bahawa aku akan kesana. Bukan apa, aku mahu beliau membuka teratak kecil bernama ’Keepsake’ yang ada di dusun itu sebelum aku sampai ke sana.
.

Selalunya aku ke sana dengan isteri aku, tetapi pagi itu isteri aku sebok dengan hal-ehwal domestik. Namun aku perlu juga pergi sebab gaji Samsul bagi bulan ini perlu aku bayar. Fikir aku, kalau bukan hari itu, bila lagi aku perlu membayarnya? Aku hubungi Ajid. Aku nak ajak dia pergi. Bukan apa, Ajid dah lama aku tak jumpa. Masing-masing sebok la katakan. Sekurang-kurangnya aku boleh bual dengan Ajid untuk ’touch base’. Ajid kata dia ok. Jadi kami berdua la yang pergi.
.

Sepanjang perjalanan, aku agak relaks. Aku really enjoy dengan trip ini. Sememangnya begitu, setiap kali aku ke dusun ini, memang rasa relaks and enjoy. Syukur kepada Tuhan atas nikmat ini. Aku dan Ajid seperti biasa tak habis-habis ‘bantering each other’. Hilang stress aku.
.

Apabila aku dan Ajid keluar bersama, ianya tak akan complete jika kita tak pergi makan. Kami berhenti di pekan Rawang. Cadangnya nak pekena McDonald. Ajid teringin nak pekena kopi McDonald. Tapi bila sampai sana, kami lihat area McDonald tu tiada elektrik. Cepat-cepat kami beredar. Macam Ajid kata, ada phobia bila tengok tempat tiada elektrik. Orang TNB la katakan. Sudahnya kami end-up di KFC. Ajid kata rasa pelik makan KFC pagi-pagi buta. Apa pun kami order dan makan macam orang lepas geram. Sudahnya kami berdua rasa mual. Ajid kata mana tak rasa mual sebab kita ini perut Melayu. Aku hanya senyum kambing sambil rasa nak muntah.
.

Bila sampai ke dusun, aku rasa cukup happy. Ada peluang untuk aku ’roaming’ dan tak macam aku di rumah. Pergerakan cukup terbatas. Di dusun ini, aku rasa macam aku ada satu ’little kingdom’. Rasa segar menyelinapi diri aku. Tambah pula pagi ini, keadaan cuaca redup dan agak dingin. What a feeling ...
.

Aku berbual sambil berjalan sekitar dusun ini dengan Samsul. Aku puas hati dengan kerja Samsul menjaga dusun ini. Sempat aku berangan agar satu hari aku mampu melaksana PPB3K di dusun ini. Mesti fun! Aku agak kesal sebab aku tak boleh spend masa lebih lama disini sebab jam 12 tengahari itu aku terpaksa jumpa Bro Maarof untuk satu pertemuan dengan seorang potential client PPB3K. Maka dengan berat hati aku ajak Ajid balik.
.

Bro Maarof ini seorang ahli psikologi yang begitu ghairah bila melihat apa yang ada dalam PPB3K ini. Kekadang pelik aku lihat perangai dia. Bila aku tanya dia apa yang menyebabkan dia begitu excited dengan PPB3K? Jawab beliau pendek sahaja ... I’m a psychologist. I know apa yang seorang manusia itu perlukan dan apa yang diperlukan itu dah ada dalam PPB3K. Or else buat apa I buang masa dengan you? Kembang sekejap aku dengar jawapannya. :)
.

Alhamdulillah, pertemuan dengan potential client PPB3K itu cukup memberangsangkan. Bila keluar dari pejabat potential client pada petang itu aku dan Bro Maarof cukup puas. Aku dan Bro Maarof senyum dari telinga ke telinga. Tq Bro Maarof! Kami ’salam semut’ sebelum beredar. Aku amat berharap usaha ini akan membuahkan sesuatu yang ’win-win’ kepada semua pihak.

Malam itu aku tidur lena. :)

2 comments:

  1. you and pak cik aziz mmg sama la. KFC?! seriously?! if you still want to continue doing this PPB3k for many years to come, you better lay off the fast food or any unhealthy food for the matter. kalau mcm kakak xpe lagi, sbb muda lagi. haha!

    seriously, now aya pon xde kat umah nk nag, im worried. TAKE CARE OF YOUR HEALTH ABAH!

    ReplyDelete
  2. Tq my dotter :) Keep reminding me.

    ReplyDelete