.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, May 28, 2010

Konvensyen Pasukan Innovative & Creative Circle

.
Pada 25 hingga 26 Mei lepas, telah selamat disempurnakan sessi persembahan projek-projek ‘Innovative & Creative Circle’ (ICC) untuk Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad. Aku telah menjadi salah seorang jemputan untuk memerhati persembahan-persembahan projek ini.
.

Sebanyak 30 kumpuan ICC dari semua unit bisnes dalam Bahagian Penghantaran yang ada di Semenanjung ini telah mengambil bahagian. Kesemua kumpulan ini telah menggunakan kitaran PDCA (Plan Do Check Action) sebagai rangka kerja melaksana projek masing-masing.
.

Semasa sessi ini berlangsung, aku amat gembira kerana banyak muka muka lama aku temui. Seolah-olah menjadi sessi bertanya khabar la pulak. :) Tapi yang jelas dari muka-muka yang mengambil bahagian, jelas wujud wajah-wajah ‘tense’ kerana perlu lakukan persembahan di khalayak ramai terutamanya ini semua melibatkan ‘public speaking’. Teringat aku baca somewhere bahawa ‘public speaking’ merupakan ketakutan yang paling tinggi di kalangan manusia dalam dunia ini. Betul tak betul aku kurang pasti. Aku ulang apa yang aku baca terdahulu.
.

Tapi aku perlu tabik mereka ini. Ada dua sebab. Sebab pertama ialah kerana mereka berani buat persembahan. Kalau nak ikutkan, mereka ini bukan eksekutif-eksekutif. Mereka hanya merupakan pekerja-pekerja biasa saja. Sebab kedua ialah mereka ini memang kreatif. Terhibur aku melihat kekreatifan mereka. Dalam diam-diam aku senyum sendirian. Apa aku saksikan ini membenarkan teori aku dalam modul ‘Anda Dilahirkan Berjaya’ dan ‘Kreativiti Untuk Berjaya’. Manusia itu sememangnya hebat dan semua manusia itu kreatif!
.

Namun, ada suatu kekhuatiran yang menyelubungi aku. Apa dia? Aku khuatir apa yang akan terjadi kepada projek-projek ini selepas persembahan ini? Adakah projek ini akan hanya disimpan sahaja dalam almari? Mungkin pelik bunyinya, tapi sememangnya dari dulu lagi belum ada usaha untuk menggunapakai projek-projek ini dalam kerja harian mereka. Itulah malangnya bila mereka memandang ICC ini sebagai maksud untuk menghadiri persembahan sahaja. Aku terbayang apa yang aku ceritakan dalam Kami Berjaya Part 1 dan Kami Berjaya Part 2. If only these people ada peluang attend modul-modul ini kan bagus?
.

Untuk menggunapakai projek-projek ini bukannya susah. Namun perkara pokok yang perlu ada ialah para pemimpin perlu bertindak sebagai pemimpin dan bukan setakat melihat kepimpinan itu hanya sebagai kerusi yang diduduki! Pemimpin perlu pandai mengunapakai segala sumber yang ada disekeliling mereka untuk memimpin dan projek-projek ICC ini sememangnya merupakan salah satu sumber yang besar ertinya.
.

Pemimpin perlu dididik dan bukan dengan mengharapkan kepada silap mata agar mereka yang dilantik boleh terus memimpin. Terbayang dalam fikiran aku, alangkah bagusnya jika pemimpin-pemimpin ini mengikuti modul Pimpinan Berjaya Part 1 dan Pimpinan Berjaya Part 2.
.

Mungkin ada yang tersenyum bila membaca artikel ini. Mior dah taksub dengan PPB3Knya hinggakan apa yang dilihatnya semua berkait dengan PPB3K. Tapi benarkah begitu? Fikir-fikirlah sendiri. Pilihan di tangan anda!!!

No comments:

Post a Comment