.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, June 28, 2010

The Wise Songbird

Once upon a time there was a golden songbird that lived in a beautiful garden. It spent all its days singing the loveliest songs to the honour of its maker and the delight of all the people who heard it. .


But the keeper of the garden, who was a foolish and greedy man, coveted the little songster, and one day he made a cunning net in which he snared it. The little bird begged the man to release him and promised to tell him three great secrets if only he would let him go. Now the gardener really was a very greedy man and rubbing his hands together, he eagerly released the bird.
.
Then the songbird told him it's three great secrets:

1) Never believe all that you hear.
2) Never regret what you have never lost.
3) Never throw away that which you have in your keeping.

The gardener was furious when he heard this and said he had known these so-called 'secrets' since he was a little child and shouted that the bird had tricked him. But the songbird quietly replied that if the man had really known these three secrets, or only the last of them, he would never have let him go.
.


Then the bird added:"I have a most precious jewel weighing over three ounces hidden inside me and whoever possesses that marvellous stone will have every wish granted."

On hearing this, the keeper roared like a lion and cursed himself for setting the songster free. But the little bird only added fuel to his rage by explaining that since he weighed no more than half an ounce at most, as anyone with eyes could plainly see, how was it possible that a gem weighing more than three ounces could be hidden within it's tiny body?
.
At that the man tore his hair and lunged at the bird in a towering rage, but the little songbird flew to a nearby branch and added sweetly, "Since you never had the jewel in your hands you are already regretting what you never lost, and believing what I told you, you threw it away by setting me free."

Then the little songbird told the man to study well these three great secrets and so become as wise as the bird himself!


As always repeated in ADBKnowing and Doing are poles apart!

Thursday, June 24, 2010

10th Malaysia Plan.

.
Recently, Razib, a friend from Adelaide emailed me a copy of 10th Malaysia Plan. He wanted me to study this Plan carefully and he strongly believes what PPB3K has to offer is very much aligned with some of the Plan’s aspiration.

I wonder why Razib seriously insist me to do so. So I read and came across the followings;









.
10 BIG IDEAS

1. Internally driven, externally aware
2. Leveraging on diversity internationally
3. Transforming to high-income through specialisation
4. Unleashing productivity-led growth and innovation
5. Nurturing, attracting and retaining top talent
6. Ensuring quality of opportunities and safeguarding the vulnerable
7. Concentrated growth, inclusive development
8. Supporting effective and smart partnerships
9. Valuing environment endowments
10. Government as a competitive corporation










.
RAISING EMPLOYABILITY

• RM7.5 million to train coaches, instructors and facilitators
• Strengthening performance culture in universities








.
REFORMING LABOUR MARKET

• RM500 million each to provide loans to workers and school leavers for training and skills upgrading
• RM50 million to continue the matching grants for training and skills upgrading of small and medium enterprise employees
• RM50 million to fund apprenticeships involving more than 8,000 students.











.
BUILDING A PROGRESSIVE AND MORE INCLUSIVE SOCIETY

• Youth development programmes to create a generation of forward-looking, academic-driven and career achievement generation
• National Youth Skills Institute (IKBN) skills courses to be expanded to offer greater options and also soft skills and leadership training.






.
.
.
.
EDUCATION SYSTEM

• Revamp education system to focus on implementation and delivery capability
• Reinforce importance of values and ethics in education system
• Leadership training for 14,000 school officials every year by Institute Aminiuddin Baki from current level of 8,000.

All these make me ponder. We spend so many resources but unless we deal with the basic of this matter, we go no where. I strongly believe PPB3K is the basic. PPB3K is the answer. I pray and expect PPB3K will be known to the decision makers.
.













Dear Prime Minister, why don’t you give PPB3K a chance?

Monday, June 21, 2010

Nilai Diri Manusia

.

Bila saya renung nada sinis dalam kartun di atas, saya tertanya kepada diri ini mengapa nilai diri seorang manusia boleh terjerumus sebegitu rendah hingga sanggup melakukan perbuatan sebegitu.

Adakah disebabkan tekanan atau apa? Sudah semestinya ada ‘root cause’ yang perlu kita tangani dan bukan terus menyalahkan mereka yang melakukan perbuatan itu. Kita perlu ingat (terutama kepada diri ini sendiri) bahawa apa yang kita anggap logik atau asas atau mudah itu akan dianggap logik atau asas atau mudah oleh manusia lain. Salah besar jika berpandangan begitu. Ada kemungkinan antara sebab berlaku perkara yang tidak diingini ini berasal dari cara fikir sebegini. Fikirkan ...

Saya yakin apa yang terkandung dalam PPB3K ini terutama modul pintu masuknya iaitu modul Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) boleh dijadikan bahan untuk menangani isu di atas. Dari beberapa siri perbincangan dengan beberapa sahabat, semuanya sepakat menyatakan ADB amat diperlukan oleh masyarakat terutamanya golongan muda.

Teringin sangat saya mendekati golongan muda ini untuk saya hebahkan cerita yang ada dalam ADB ini. Tapi apakan daya, ‘network’ saya terhad. Atas dasar ini, saya mohon sesiapa yang membaca artikel ini tunjukkan jalan pada saya, beri peluang pada saya dan cubalah apa yang ada dalam PPB3K ini. Saya yakin anda akan rasa cukup berbaloi bila sudah mengenali PPB3K ini. Hidup PPB3K!!!

Saturday, June 19, 2010

Message for Dads

.
Special message to fellow dads ...












.
A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...

Happy Father's Day to all my fellow dads ...

Friday, June 18, 2010

Antara Pangkat dan Kepimpinan

.
Semenjak aku menyarankan bahawa kita tidak memerlukan pangkat untuk memimpin, banyak persoalan timbul yang ingin mengetahui

1) Apa beza pangkat dan kepimpinan?
2) Kenapa perlu pangkat jika ianya tidak diperlukan dalam memimpin?
3) Apa hubungan pangkat dan kepimpinan?

Sebelum menjawab persoalan-persoalan di atas, eloklah kita ’revisit’ apa makna kepimpinan itu sendiri. Kepimpinan bukan mewakilli pangkat atau kerusi yang diduduki. Kepimpinan sebenarnya adalah merupakan kekompetanan atau kemahiran memimpin.
.
Kepimpinan ditakrifkan sebagai kemampuan diri kita sendiri untuk mempengaruhi seseorang atau sekumpulan orang untuk melaksanakan apa yang dimahukan oleh diri kita dan pada masa yang sama orang atau sekumpulan orang yang diminta melaksanakan perkara tersebut nampak akan kebaikan untuk diri beliau atau mereka bila melaksanakan perkara tersebut dan seterusnya benar-benar mahu melaksanakan perkara tersebut. (Tanyakan pada diri sendiri dimanakah tahap kepimpinan diri sendiri berdasarkan kepada takrif kepimpinan di atas)

Manakala pangkat pula ditakrifkan sebagai peranan (role) yang kita mainkan dalam sesuatu kumpulan atau organisasi tersebut.

Dari kedua-dua takrif di atas dirasakan anda semua sudah mulai jelas beza antara kepimpinan dan pangkat. Rumusannya, perbezaan antara pangkat dan kepimpinan ini bermakna perbezaan antara apa makna peranan berbanding kepada apa makna kemahiran memimpin.
.
Sudahnya untuk menjawab soalan no. 2, jika peranan mereka-mereka yang ada di dalam sesuatu organisasi itu sama,sudah pasti banyak pekerjaan tidak dapat dilaksanakan. Ianya ibarat lima jari di tangan kita. Ada yang tinggi dan ada yang rendah kedudukannya. Namun setiap peranan begitu penting bagi menjamin organisasi itu dapat terus beroperasi dengan efektif bagi mencapai maksud atau matlamat organisasi tersebut.

Walau apa pun pangkat (peranan) seseorang itu dalam organisasi itu, setiap pangkat (peranan) itu menuntut setiap penjawat pangkat (peranan) itu melaksanakan kepimpinan (seperti takrif kepimpinan di atas). Jika si penjawat pangkat (peranan) itu gagal melaksanakan kepimpinan dalam tugasnya walau dimana kedudukan beliau dalam organisasi tersebut, pasti organisasi itu menuju kehancuran. Itulah sebab mengapa di Barat sana kita lihat, setiap organisasi yang hebat pencapaiannya mentik beratkan pembinaan kepimpinan anggota kerja mereka pda setiap peringkat.
.
Dari kenyataan di atas, sebenarnya ianya menyediakan kita menjawab soalan no. 3. Hubungan yang ada antara kepimpinan dan pangkat tak lain tak bukan ialah bagi sesiapa yang menunjukkan kepimpinan yang mantap, beliau sebenarnya telah memberi kepercayaan (trust) kepada orang lain agar beliau dipilih untuk menjawat pangkat (peranan) yang lebih tinggi. Itu sahaja!

Kesimpulan dari perbincangan ini ialah, memandangkan kepimpinan itu merupakan satu kemahiran, sudah semestinya kepimpinan itu boleh diajar dan dibangunkan. Lagi hebat kemahiran kepimpinan ini, lagi hebat pangkat (peranan) yang boleh dimainkan. Cerita mudah tapi tidak ramai yang mengetahuinya. Ikuti siri Pimpinan Berjaya Part 1 & 2 dalam PPB3K untuk mempertingkatkan kemahiran kepimpinan ini!

Monday, June 14, 2010

Famili

.
Tersebut dalam seminar Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) bahawa dalam usaha mencapai hidup yang seimbang kita perlu menangani 8 cabang kehidupan. Salah satu cabang tersebut ialah soal famili.
.
Bila disebut perkataan famili, lain orang lain takrif mereka. Ialah, semuanya bergantung kepada keadaan latarbelakang masing-masing. Sesetengah dari kita yang diberi Tuhan ahli famili yang lengkap. Sebaliknya ada sesetengah dari kita diberi dugaan oleh Tuhan dengan keadaan ahli famili yang kurang lengkap.

Lengkap atau sebaliknya kita perlu banyak syukur kerana kita masih diberi Tuhan nikmat punya famili. Tanyakan kepada mereka yang telah kehilangan ahli famili. Hanya Tuhan memahami perasaan mereka.

Satu lagi fenomena yang biasa kita dengar di waktu ini ialah kehancuran institusi famili itu sendiri. Banyak sekarang kita dengari ibu-bapa sanggup ’memakan’ anak sendiri atau sebaliknya. Itu sebab kita lihat masyarakat kita banyak yang huru hara kerana keharmonian dalam famili itu sebenarnya memainkan peranan besar dalam memastikan kesihatan suara hati, intelek, emosi serta fizikal seseorang manusia itu.
.
Soalnya sekarang, apakah yang perlu kita lakukan terhadap ahli famili kita? Banyak pakar-pakar famili telah menyarankan berbagai kaedah untuk merapatkan perhubungan antara ahli famili. Banyak yang menyebut mengenai peri pentingnya menwujudkan masa berkualiti bersama ahli famili. Namun apa makna masa berkualiti itu sendiri banyak ’school of thoughts’ nya.

Melalui ruangan yang terhad ini, saya ingin menyarankan satu kaedah yang mungkin agak unik bagi mempertingkatkan perhubungan sesama ahli famili. Apakah kaedahnya? Saya amat-amat mengesyorkan agar semua ahli-ahli famili anda bersama-sama menyertai program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) ini. Bayangkan bila mana setiap ahli famili anda sama-sama cuba memahami 4 soalan asas kehidupan iaitu;

Siapa Saya?
Dimana Saya?
Kemana Saya?
Bagaimana Saya?


Saya yakin ini merupakan satu pengalaman yang amat unik bagi memenuhi masa berkualiti sesama ahli famili tetapi juga merupakan satu ’outing’ famili yang cukup unik tetapi berbaloi.
.
Saya yakin bukan sahaja kesedaran ahli famili anda akan meningkat tetapi juga dengan sendirinya ahli-ahli famili anda akan mulai menghargai nilai-nilai yang ada pada setiap ahli famili anda. Tak percaya cubalah!!!

Thursday, June 10, 2010

SWOT - Bah 2

Ikuti sambungan SWOT seperti yang disembahkan dalam modul Anda Dilahirkan Berjaya ...

video

Saya harap apa yang ditayangkan dalam sedutan video ini dapat memberi sedikit ilham kepada kita semua bagaimana mahu menetapkan matlamat dalam hidup ini. Namun jika anda mahu mengetahui lebih lanjut kaedah perancangan diri ini, saya syorkan anda hadiri modul Anda Dilahirkan Berjaya. (Sila klik kepada Satu Jemputan Ikhlas disebelah kanan atas laman ini)

Tuesday, June 8, 2010

SWOT - Bah 1

Video berikut merupakan sedutan daripada penerangan mengenai SWOT yang telah digunakan untuk menetapkan bibit-bibit matlamat dalam modul Anda Dilahirkan Berjaya. Sila tontoni penerangan ini ...

video

Sila ikuti SWOT -Bah 2 pada 'upload' akan datang.

Thursday, June 3, 2010

Pemimpin Tanpa Pangkat.

.
Aku baru saja tamat baca buku Robin Sharma bertajuk ‘The Leader Who Had No Title’. Hampir sebulan aku membaca buku ini hingga tamat. Aku termenung memikirkan apa yang dikatakan oleh Sharma dalam buku ini. Bukan apa, banyak kesamaan idea Sharma ini dengan apa yang aku ceritakan dalam Pimpinan Berjaya Part 1. I wish aku boleh bertemu dengan Sharma. Aku rasa idea beliau dan aku saling melengkapi bila bercakap mengenai psikologi dalam memimpin.
.

(Takrif Kepimpinan : Keupayaan untuk pengaruhi orang lain atau diri sendiri untuk laksana apa yang mahu dicapai dan sudahnya orang lain atau diri sendiri mahu laksanakannnya kerana mereka atau diri sendiri nampak kebaikan yang mereka atau diri sendiri akan terima bila melaksanakan perkara tersebut).
.
Apa pun, aku lihat Sharma telah menyentuh suatu perkara yang cukup asas bila bercakap mengenai kepimpinan. Kata beliau, dalam memimpin, kebanyakan manusia memerlukan pangkat untuk memimpin. Tanpa pangkat, manusia seolah-olah ‘lupa’ untuk memimpin. Aku bandingkan apa yang dikatakan Sharma ini dengan apa yang aku lihat disekeliling aku. Aku senyum sendirian. Tepat sekali pemerhatian Sharma. Tabik untuk dia!
.
Dari pemerhatian aku, jelas manusia amat memerlukan pangkat dalam memimpin. Pada satu tahap, ramai orang yang tanpa pangkat ini tidak cuba memimpin walhal kompetensi dan peluang untuk memimpin ada di depan mereka. Namun orang yang sama ini bila diberi pangkat dan selalunya tanpa mereka sedari mulai menunjukkan tanda berkembang kepimpinannya.
.
Seterusnya, orang yang sama ini, bila diberi pangkat yang lebih tinggi kelihatan makin berkembang kepimpinannya. Namun jika tiba satu masa, pangkat yang diberi kepada orang ini ditarik balik (dalam konsep berorganisasi mereka ini pencen dari kerja mereka), kelihatan kepimpinanan mereka turut kuncup! Kenapa jadi begini? Cerita pelik tapi benar.
.
Soalnya sekarang mengapa kita memerlukan pangkat untuk memimpin? Bukankah dimana juga tahap kita berada hatta walaupun kita seorang penyapu sampah sekali pun kita boleh jadi ‘CEO’ (jika kita masih memerlukan ‘pangkat’) dalam skop kerja tersebut. Semuanya bergantung kepada cara pandang kita.
.
Sedar tak sedar Tuhan telah beri satu pangkat yang cukup tinggi kepada kita iaitu kita dipilih menjadi pemimpin (khalifah) di mukabumi tidak kira siapa kita. Ramai dari kita mengetahui hakikat ini tetapi biasalah kita tahu tapi tidak amal! Itu sebab ramai di antara kita pening kepala.
.
.

Amat penting kita punya mentaliti seorang pemimpin walau dimana tahap kita berada kerana kebiasaannya jika kita tidak beroperasi dalam mentaliti seorang pemimpin kita mudah terjebak kepada mentaliti ‘menjadi mangsa keadaan’ (victimhood mentality). Mentaliti sebegini amat berbahaya kerana mentaliti ini sentiasa membawa kita tidak dapat melihat kepada sebarang jalan penyelesaian ke atas setiap masalah/cabaran yang dihadapi. Ini tidak akan berlaku sekiranya kita berpegang kepada mentaliti seorang pemimpin. Fikirkan …
.
Akhir kata, jika tuan puan mahu mendalami cerita ini, sertailah modul Pimpinan Berjaya Part 1 dan Pimpinan Berjaya Part 2. Berbaloi sangat …

Tuesday, June 1, 2010

Skype dengan Safia

.
Beberapa hari yang lepas, aku skype dengan anak aku, Safia yang sedang belajar di Dunedin, New Zealand. Dah lama aku tak skype dengan dia. Seronok dapat berbual dengan dia. Thanks to technology! Aku dengan Safia bila berbual, macam kawan-kawan jer.

Petang itu, kami berbual pasal exam dia yang dah dekat, pasal cuaca di Dunedin yang dah makin amat sejuk sebab dah nak masuk winter, pasal adik-adik dia dan pasal sandwich lamb yang dimasaknya sendiri. Aku telan air liur tengok dia makan sandwich lamb tu. Lain kali kalau aku ke sana, akan aku pastikan aku dapat makan sandwich lamb tu. :)

Tapi ada satu perkara yang cukup meninggalkan kesan pada aku bila berbual dengan Safia petang itu. Dia menceritakan kisah pengalaman dia dengan beberapa orang kawannya yang cukup hebat walaupun masih muda. Bak kata Safia, kawan-kawan dia tidak bersifat ’conformist’ tetapi begitu independent dalam tindak tanduk mereka dalam mengejar matlamat masing-masing.

Sudahnya bertolak dari cerita Safia itu, aku share dengan Safia mengenai satu perkara yang aku pegang semenjak beberapa tahun lepas iaitu untuk membina ’security’ kewangan dalam hidup ini, bukan dengan selama-lamanya bekerja untuk orang lain tetapi ’security’ kewangan yang sebenarnya terletak samada kita berupaya membina products/services yang dikehendaki oleh orang lain. Kemudiannya ialah samada kita berupaya membina jaringan secara formal maupun informal dalam memasarkan products/services tersebut. Ianya perlu dituruti dengan membina hubungan yang baik dengan Tuhan. Dalam kata lain ...

Product/services + Jaringan Pemasaran + Hubungan dengan Tuhan = Security Kewangan!!!

Aku cukup gembira kerana Safia ada menyatakan bahawa dia sudah jelas apa yang mahu dikejar dalam hidup ini. Dan dia sedia berusaha mencapainya sepenuh hati. Puas hati aku. Sememangnya dari dulu, salah satu hajat aku untuk anak-anak aku ialah untuk assist mereka dalam mengenalpasti apa yang mereka mahu jadikan sebagai kerjaya mereka. Bukan apa, agar kerjaya mereka kelak tidak dirasakan sebagai kerja tetapi sebagai hobi!

Aku tanya Safia samada Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) yang pernah aku share dengan dia itu membantu? Jawab Safia, ”Very! I’m living it man. I wud probably be begging u guys to take me back or wudnt even be in nz in the first place”. Lega aku.

Aku katakan juga pada Safia bahawa satu masa, aku mahu dia take over PPB3K dari aku. Aku katakan aku mahu my own blood to take care PPB3K. Safia kata not to worry but sebelum itu kata Safia, “I need to grow my own stuff and become the embodiment of PPB3K so that you know, look I’m using the product and see how I turn out!” Aku senyum. Sekurang-kurangnya aku tahu PPB3K akan ada penyambungnya lama selepas aku tiada lagi di dunia ini.

Aku tamatkan skype aku dengan Safia petang itu dengan mengulangi kata-kata Robin Sharma yang berbunyi … “Don’t run away from your fear. Instead, run towards your fear!” Safia kata, “Awesome!”

Note to Safia;

If you happen to read this article, please understand and practice the followings (Read using ‘Stick Person’ concept);

When you are inspired by some great purpose, some extraordinary project, all of your thoughts break their bonds: your mind transcends limitations, your consciousness expands in every directions and you find yourself in a new, great and wonderful world. Dormant forces, faculties and talents become alive and you discover yourself to be a greater person than you ever dreamed yourself to be.