.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, June 14, 2010

Famili

.
Tersebut dalam seminar Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) bahawa dalam usaha mencapai hidup yang seimbang kita perlu menangani 8 cabang kehidupan. Salah satu cabang tersebut ialah soal famili.
.
Bila disebut perkataan famili, lain orang lain takrif mereka. Ialah, semuanya bergantung kepada keadaan latarbelakang masing-masing. Sesetengah dari kita yang diberi Tuhan ahli famili yang lengkap. Sebaliknya ada sesetengah dari kita diberi dugaan oleh Tuhan dengan keadaan ahli famili yang kurang lengkap.

Lengkap atau sebaliknya kita perlu banyak syukur kerana kita masih diberi Tuhan nikmat punya famili. Tanyakan kepada mereka yang telah kehilangan ahli famili. Hanya Tuhan memahami perasaan mereka.

Satu lagi fenomena yang biasa kita dengar di waktu ini ialah kehancuran institusi famili itu sendiri. Banyak sekarang kita dengari ibu-bapa sanggup ’memakan’ anak sendiri atau sebaliknya. Itu sebab kita lihat masyarakat kita banyak yang huru hara kerana keharmonian dalam famili itu sebenarnya memainkan peranan besar dalam memastikan kesihatan suara hati, intelek, emosi serta fizikal seseorang manusia itu.
.
Soalnya sekarang, apakah yang perlu kita lakukan terhadap ahli famili kita? Banyak pakar-pakar famili telah menyarankan berbagai kaedah untuk merapatkan perhubungan antara ahli famili. Banyak yang menyebut mengenai peri pentingnya menwujudkan masa berkualiti bersama ahli famili. Namun apa makna masa berkualiti itu sendiri banyak ’school of thoughts’ nya.

Melalui ruangan yang terhad ini, saya ingin menyarankan satu kaedah yang mungkin agak unik bagi mempertingkatkan perhubungan sesama ahli famili. Apakah kaedahnya? Saya amat-amat mengesyorkan agar semua ahli-ahli famili anda bersama-sama menyertai program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) ini. Bayangkan bila mana setiap ahli famili anda sama-sama cuba memahami 4 soalan asas kehidupan iaitu;

Siapa Saya?
Dimana Saya?
Kemana Saya?
Bagaimana Saya?


Saya yakin ini merupakan satu pengalaman yang amat unik bagi memenuhi masa berkualiti sesama ahli famili tetapi juga merupakan satu ’outing’ famili yang cukup unik tetapi berbaloi.
.
Saya yakin bukan sahaja kesedaran ahli famili anda akan meningkat tetapi juga dengan sendirinya ahli-ahli famili anda akan mulai menghargai nilai-nilai yang ada pada setiap ahli famili anda. Tak percaya cubalah!!!

3 comments:

  1. salam,

    wow, bahagianya famili tuan. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan.

    ReplyDelete