.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, June 21, 2010

Nilai Diri Manusia

.

Bila saya renung nada sinis dalam kartun di atas, saya tertanya kepada diri ini mengapa nilai diri seorang manusia boleh terjerumus sebegitu rendah hingga sanggup melakukan perbuatan sebegitu.

Adakah disebabkan tekanan atau apa? Sudah semestinya ada ‘root cause’ yang perlu kita tangani dan bukan terus menyalahkan mereka yang melakukan perbuatan itu. Kita perlu ingat (terutama kepada diri ini sendiri) bahawa apa yang kita anggap logik atau asas atau mudah itu akan dianggap logik atau asas atau mudah oleh manusia lain. Salah besar jika berpandangan begitu. Ada kemungkinan antara sebab berlaku perkara yang tidak diingini ini berasal dari cara fikir sebegini. Fikirkan ...

Saya yakin apa yang terkandung dalam PPB3K ini terutama modul pintu masuknya iaitu modul Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) boleh dijadikan bahan untuk menangani isu di atas. Dari beberapa siri perbincangan dengan beberapa sahabat, semuanya sepakat menyatakan ADB amat diperlukan oleh masyarakat terutamanya golongan muda.

Teringin sangat saya mendekati golongan muda ini untuk saya hebahkan cerita yang ada dalam ADB ini. Tapi apakan daya, ‘network’ saya terhad. Atas dasar ini, saya mohon sesiapa yang membaca artikel ini tunjukkan jalan pada saya, beri peluang pada saya dan cubalah apa yang ada dalam PPB3K ini. Saya yakin anda akan rasa cukup berbaloi bila sudah mengenali PPB3K ini. Hidup PPB3K!!!

No comments:

Post a Comment