.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, June 3, 2010

Pemimpin Tanpa Pangkat.

.
Aku baru saja tamat baca buku Robin Sharma bertajuk ‘The Leader Who Had No Title’. Hampir sebulan aku membaca buku ini hingga tamat. Aku termenung memikirkan apa yang dikatakan oleh Sharma dalam buku ini. Bukan apa, banyak kesamaan idea Sharma ini dengan apa yang aku ceritakan dalam Pimpinan Berjaya Part 1. I wish aku boleh bertemu dengan Sharma. Aku rasa idea beliau dan aku saling melengkapi bila bercakap mengenai psikologi dalam memimpin.
.

(Takrif Kepimpinan : Keupayaan untuk pengaruhi orang lain atau diri sendiri untuk laksana apa yang mahu dicapai dan sudahnya orang lain atau diri sendiri mahu laksanakannnya kerana mereka atau diri sendiri nampak kebaikan yang mereka atau diri sendiri akan terima bila melaksanakan perkara tersebut).
.
Apa pun, aku lihat Sharma telah menyentuh suatu perkara yang cukup asas bila bercakap mengenai kepimpinan. Kata beliau, dalam memimpin, kebanyakan manusia memerlukan pangkat untuk memimpin. Tanpa pangkat, manusia seolah-olah ‘lupa’ untuk memimpin. Aku bandingkan apa yang dikatakan Sharma ini dengan apa yang aku lihat disekeliling aku. Aku senyum sendirian. Tepat sekali pemerhatian Sharma. Tabik untuk dia!
.
Dari pemerhatian aku, jelas manusia amat memerlukan pangkat dalam memimpin. Pada satu tahap, ramai orang yang tanpa pangkat ini tidak cuba memimpin walhal kompetensi dan peluang untuk memimpin ada di depan mereka. Namun orang yang sama ini bila diberi pangkat dan selalunya tanpa mereka sedari mulai menunjukkan tanda berkembang kepimpinannya.
.
Seterusnya, orang yang sama ini, bila diberi pangkat yang lebih tinggi kelihatan makin berkembang kepimpinannya. Namun jika tiba satu masa, pangkat yang diberi kepada orang ini ditarik balik (dalam konsep berorganisasi mereka ini pencen dari kerja mereka), kelihatan kepimpinanan mereka turut kuncup! Kenapa jadi begini? Cerita pelik tapi benar.
.
Soalnya sekarang mengapa kita memerlukan pangkat untuk memimpin? Bukankah dimana juga tahap kita berada hatta walaupun kita seorang penyapu sampah sekali pun kita boleh jadi ‘CEO’ (jika kita masih memerlukan ‘pangkat’) dalam skop kerja tersebut. Semuanya bergantung kepada cara pandang kita.
.
Sedar tak sedar Tuhan telah beri satu pangkat yang cukup tinggi kepada kita iaitu kita dipilih menjadi pemimpin (khalifah) di mukabumi tidak kira siapa kita. Ramai dari kita mengetahui hakikat ini tetapi biasalah kita tahu tapi tidak amal! Itu sebab ramai di antara kita pening kepala.
.
.

Amat penting kita punya mentaliti seorang pemimpin walau dimana tahap kita berada kerana kebiasaannya jika kita tidak beroperasi dalam mentaliti seorang pemimpin kita mudah terjebak kepada mentaliti ‘menjadi mangsa keadaan’ (victimhood mentality). Mentaliti sebegini amat berbahaya kerana mentaliti ini sentiasa membawa kita tidak dapat melihat kepada sebarang jalan penyelesaian ke atas setiap masalah/cabaran yang dihadapi. Ini tidak akan berlaku sekiranya kita berpegang kepada mentaliti seorang pemimpin. Fikirkan …
.
Akhir kata, jika tuan puan mahu mendalami cerita ini, sertailah modul Pimpinan Berjaya Part 1 dan Pimpinan Berjaya Part 2. Berbaloi sangat …

2 comments:

  1. Salam,
    betul tu, saya juga melihat apabila sesorang tiada pangkat, walhal sebelum itu dia ada pangkat yang menjadikannyanya pemimpin ynag hebat tetapi kepimpinannya turut hilang bersama pangkatnya itu yang Sepatutnya dia meneruskannya .....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tuan kerana mampu melihat sama apa yang diutarakan di atas. Salam

    ReplyDelete