.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, July 8, 2010

ADB (Satu Sinopsis) – TNBD KL

.
Siang tadi telah berlangsung satu persembahan bertajuk ‘Anda Dilahirkan Berjaya – Satu Sinopsis’ selama setengah hari untuk sekumpulan anggota kerja TNB Distribution KL (TNBD KL) bertempat di ibupejabat mereka di Kepong. Seramai lebih kurang 80 orang anggota kerja mereka telah hadir.
.

Semuanya bermula apabila minggu lepas, En Yusof, Pengurus Kanan Sumber Manusia TNBD KL menelefon dan meminta aku menyampaikan ‘ADB – Satu Sinopsis’ untuk mereka. Pada mulanya, aku sedikit keberatan kerana komitmen aku di tempat lain. Tapi bila mendengar nada sungguh-sungguh beliau, aku jadi kesian la pulak. So aku terima.
.

Aku sampai awal. Jam 7.15 pagi aku dah sampai. Awal sebab aku nak elak kesesakan jalanraya walaupun persembahan akan hanya bermula jam 9 pagi. Pagi tadi sebelum bermula, aku sarapan dulu dengan ditemani En Yusuf sendiri. Beliau kelihatan begitu ‘concern’ dengan tahap kemahuan anggota kerja beliau untuk memahirkan diri masing-masing.
.

Beliau tertanya-tanya mengapa mereka tidak sungguh-sungguh mahu memahirkan diri? Dari cakap-cakapnya En Yusuf ini, aku mendapat akal bagaimana harus aku mendekati persembahan setengah hari ini.
.

Persembahan ini bermula tepat jam 9 pagi. Aku lihat ramai otai-otai (old timers) yang hadir pagi ini. Pada mulanya aku lihat mereka sedikit gelisah. Maklumlah, kerja mereka selalunya melibatkan kerja lasak tapi pada pagi ini terpaksa duduk dalam bilik seminar. ‘Tak apa, nanti mereka sure Oknya’ bisik hati aku.
.

Memang benar jangkaan aku, perlahan-lahan aku lihat perubahan tingkah laku mereka. Mereka mulai menumpukan perhatian kepada apa yang aku sampaikan. Seharusnya mereka jadi begitu kerana cerita yang aku sampaikan bukan satu cerita asing bagi mereka. Semuanya cerita mengenai diri mereka sendiri tetapi telah dibawa dari satu sudut yang jarang-jarang diketahui orang. Itulah kelebihan ADB!
.

Bermula dengan memperkenalkan apakah yang dimaksudkan sebagai intipati masa sehingga ciri-ciri bahagian utama seorang manusia, aku lihat mereka teruja. Yes! Aku tahu, aku dalam landasan betul dan aku boleh rasakan pagi tadi aku memang ‘top form’ walaupun malam sebelumnya aku sukar untuk tidur. Kemudian aku beri mereka ‘break’ selama 15 minit.
.

Semasa berhenti berehat, aku disapa oleh beberapa orang dari mereka. Masing-masing menyatakan persembahan aku pagi tadi memang lain dari yang lain! Aku senyum. Bukan apa, seharusnya mereka rasa lain sebab apa yang aku persembahkan ini sebenarnya telah mereka lalui. Hanyanya aku susun cerita pagi tadi berdasarkan konsep ’stick person’ lalu mereka nampak bagaimana mereka beroperasi lalu menghasilkan hasil dalam hidup masing-masing.
.

Selepas ’break’, aku utarakan satu kenyataan yang agak keras kepada mereka. Namun sebelum aku utarakan kata-kata itu, aku pohon maaf dahulu jika ada hati-hati yang mungkin terguris. Kata aku ... Apa yang terjadi kepada kita sehingga saat ini adalah hasil pilihan kita di masa lalu!. Aku lihat wajah-wajah mereka terutamanya yang sudah senior merenung tepat pada aku. Aku dapat rasakan dalam satu masa yang sangat pantas, mereka merenungi cerita lama mereka. Perlahan-lahan mereka mulai menggangguk kepala masing-masing. Seperti dijanjikan, persembahan ini tamat 5 minit sebelum 12.30 tengahari.
.

Aku memang puas. Aku nampak mereka mahukan lebih daripada apa yang aku sampaikan pagi itu. Selepas persembahan, ramai yang datang ingin tahu lebih lanjut mengenai ADB. Semasa penutup, En Yusuf menyatakan bahawa pihak beliau pasti akan menjemput aku untuk mengadakan sessi ADB yang sepenuhnya. (3 hari). Aku senyum. Mission accomplished!

No comments:

Post a Comment