.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, July 25, 2010

Kenapa Kita Bekerja?

.
Semasa sessi seminar Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) bersama sekumpulan eksekutif dari Bahagian Penghantaran, TNB minggu lepas, entah kenapa tetiba aku terfikir mengenai mereka yang pernah menghadiri ADB sebelum ini. Aku tertanya, “Adakah makna mereka bekerja semata-mata untuk mencari pendapatan dan mengejar pangkat?”
.
Jika itulah yang paling dominan dalam tindak tanduk mereka, aku fikir sudahnya pekerjaan mereka merupakan satu perkara yang membosankan dan senang menimbulkan tekanan perasaan. Mungkin ada yang menyangkalnya tetapi jika dilihat dari tindak tanduk dan hasil mereka sebelum ini, sangkaan aku ini ada kebenarannya.
.
Jadi apakah makna yang hilang dalam pekerjaan kita? Aku fikir makna utama kita bekerja ialah kita perlu jelas apakah ilmu, kemahiran dan kompetensi yang mahu kita capai dalam kerja kita. Semua yang mahu dicapai ini pula perlu berada di dalam skop kerja kita dan ianya juga perlu sejajar dengan apa yang organisasi dimana kita bekerja itu mahukan dari kita. Baru wujud ’win-win’. Bayangkan kita bekerja sebenarnya untuk belajar dan kita dibayar untuk belajar. Mampukan kita mempunyai cara pandang begini?
.
Sebagai contoh, katakan anda seorang jurutera. Katakan juga salah satu tugas dalam pekerjaan anda itu anda terlibat dalam menyediakan lapuran dalam Bahasa Inggeris kepada Lembaga Pengarah organisasi dimana anda bekerja.

Jika makna anda bekerja ialah semata-mata untuk mencari pendapatan dan mengejar pangkat, kemungkinan besar anda melihat tugas ini sebagai satu beban. Bila ianya jadi satu beban, anda lakukan tugas itu semata-mata untuk menyiapkan tugas tersebut.

Sebaliknya, jika makna anda bekerja ialah untuk menimba ilmu, kemahiran dan kompetensi, semestinya anda melihat tugas kerja anda ini sebagai satu peluang. Apakah peluangnya? Antara peluang yang anda boleh rebut ialah anda melihat tugas menyiapkan lapuran itu untuk meningkatkan keupayaan Bahasa Inggeris dan keupayaan menulis lapuran yang diterima oleh sebarang Pengurusan Tertinggi. Bila ini tercapai dengan sendirinya nilai pasaran anda meningkat!.
.
Apa juga pilihan anda sememangnya pilihan anda. Bak kata ADB berulang-kali. Pilihan Di Tangan Anda!.
.
Jika dilihat dalam sebarang organisasi, peluang naik pangkat itu sebenarnya makin lama anda bekerja makin kurang. (Ibarat piramid) Sebaliknya makin lama anda bekerja, peluang untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi itu makin banyak. (Ibarat piramid terbalik).

Jika anda hanya tumpukan usaha anda untuk naik pangkat sahaja, kemungkinan untuk anda hampa itu ada. Namun jika anda tumpukan untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi, dengan secara langsung ataupun tidak langsung, nilai pasaran anda meningkat. Bila nilai pasaran anda meningkat, kebiasaannya pengurusan akan membuka mata dan menawarkan pangkat yang lebih tinggi. Fikirkan...
.
Yakinlah sekuriti kewangan anda bukan terletak kepada pangkat anda sekarang atau pangkat yang lebih tinggi tetapi sekuriti kewangan anda yang sebenarnya bergantung kepada nilai ilmu, kemahiran dan kompetensi yang ada pada anda. Lagi pun, pangkat yang ada itu boleh ditarik daripada anda bila-bila masa saja tetapi tidak itu keadaannya bagi ilmu, kemahiran dan kompetensi yang ada pada anda!
.
Akhir kata, inilah cara pandang yang perlu kita ada dalam pekerjaan kita. Inilah antara cara pandang yang selalu ditekankan oleh PPB3K. Malah ada banyak lagi cara-cara pandang yang jarang dipandang orang ada dalam PPB3K ini. Anda perlukan cara-cara pandang ini untuk bina hidup yang Sejahtera-Bahagia-Kaya! Apa lagi, sertai modul-modul yang ada dalam PPB3K sekarang juga!
.
(Nota : Aku lihat PPB3K sebagai sekuriti kewangan aku. Anda Bagaimana?)

1 comment:

  1. "Bayangkan kita bekerja sebenarnya untuk belajar dan kita dibayar untuk belajar" - reminds me some very precious virtue that I've been pursue in my career before. TQ

    ReplyDelete