.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, July 1, 2010

Prakata E-Book 'Anda Dilahirkan Berjaya'

.
E-Book 'Anda Dilahirkan Berjaya' (EB-ADB) sudah hampir siap. Puas sungguh setelah usaha ini berkali-kali ditangguhkan. Jika tuan puan mahu membeli EB-ADB ini, hubungi saya. Saya yakin tuan puan akan dapat faedah yang tinggi dari ilmu yang ada dalam EB-ADB ini. Dinukilkan di bawah ini prakata EB-ADB ini ...

.
.
Kenapa buku ini ditulis?

Sejak sekian lama, saya tertarik dengan mengapa sesetengah manusia hebat pencapaiannya dan manakala yang lain pencapaiannya setakat ala kadar sahaja. Walhal, Tuhan telah menganugerah semua manusia dengan keupayaan yang cukup tinggi. Kenapa jadi begini?

Hal ini sebenarnya tiada kaitan dengan tahap pendidikan kita sebab pendidikan bukanlah merupakan satu-satunya faktor yang menyebabkan kita berjaya. Jika pendidikan merupakan satu-satunya faktor untuk berjaya, sudah semestinya semua mereka yang berpelajaran tinggi akan berjaya dalam hidup ini. Sudahnya apakah faktor lain yang penting untuk berjaya?

Dari pemerhatian dan kajian saya, jelas kelihatan bahawa untuk berjaya kita perlu kepada matlamat dalam hidup ini. Bila saya bercakap mengenai matlamat ini, saya bercakap mengenai matlamat yang benar-benar kita mahukan. Kita sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapainya. Memang senang bercakap mengenai hal ini tetapi bagaimana kita mahu capai tahap ini?

Bagaimana mahu mencapai tahap inilah sebenarnya merupakan ilmu yang mahu disampaikan oleh buku ini.

Syukur kepada Tuhan, hasil dari pengkajian ini, saya yakin ilmu dalam buku ini merupakan perkara asas yang diperlukan oleh manusia dalam usaha mencapai kejayaan dan keseimbangan hidup. Ilmu yang tertera dalam buku ini sebenarnya amat mudah namun tidak ramai yang mengetahuinya.

Ilmu dalam buku ini sebenarnya merupakan suntingan daripada seminar ‘Anda Dilahirkan Berjaya’ iaitu modul pintu masuk kepada satu program produktiviti bersepadu yang diberi nama Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri – Kerja Berpasukan – Kepimpinan) atau nama ringkasnya PPB3K. Sinopsis PPB3K ada dilampirkan di akhir buku ini.

Ramai yang mengesyorkan agar saya menulis buku mengenai setiap modul yang ada dalam PPB3K ini agar lebih banyak orang akan mendapat faedah darinya. Maka buku ini merupakan hasil sulung saya. Walaubagaimanapun jika berkesempatan, saya syorkan anda mengikuti seminar-seminar PPB3K kerana saya yakin ianya akan memberi lebih kesan kepada anda.

Apa pun, tidak kira samada anda baru sahaja mahu memulakan hidup atau anda seorang yang telah melalui berbagai pengalaman dalam hidup ini, anda akan dapati buku ini memang ‘lain dari yang lain’ sebab ianya dibawa dari perspektif yang jarang dilihat orang. Tambah pula, langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai matlamat telah diperjelaskan dengan cukup terperinci dan jelas untuk diamalkan.

Ilmu dalam buku yang anda pegang ini telah melalui berbagai cabaran dan rintangan. Ilmu ini bukan semata-mata teori sahaja tetapi telah disahkan mujarab oleh mereka yang telah mengamalkannya. Ianya mudah, praktikal, ’street-wise’ dan ‘no-nonsense’. Saya yakin inilah resepi yang diperlukan oleh manusia terutama golongan muda dalam menghadapi kehidupan ini.

Sebagai satu renungan, tidak guna kita bercakap konsep matematik yang tinggi-tinggi jika kita masih tidak tahu kepada jawapannya ‘1 +1’.

Selamat mengamal isi kandungan buku ini!

Salam Sejahtera – Bahagia – Kaya

Mior Azli Mior Md Isa

No comments:

Post a Comment