.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, July 19, 2010

Sessi Melukis untuk Pengurus Pertengahan TNB

.
Petang itu, selepas satu hari suntuk dalam bilik seminar, para pengurus-pengurus pertengahan TNB telah diminta untuk hadir bagi satu sessi melukis di tepi padang ILSAS. (Mereka ini merupakan para pengurus pertengahan TNB yang menyertai ‘TNB Middle Managers Forum’ siri ke 2 yang berlangsung di ILSAS, TNB dari 14 – 17 Julai 2010 yang lalu. Aku merupakan salah seorang fasilitator forum ini).
.

Mereka telah diminta melukis beberapa keping lukisan secara berpasangan. Aku lihat ada di antara mereka yang nampak pelik, ada yang nampak letih dan ada juga yang nampak gembira. Tetapi tiada siapa yang membantah. Lama kelamaan aku lihat mereka begitu asyik melukis. Macam kanak-kanak tadika jer rupa mereka ;)
.

Pusingan pertama mereka telah diminta melukis secara berpasangan tanpa berkomunikasi dengan pasangan masing-masing. Pusingan kedua pula mereka dibenarkan berkomunikasi dengan pasangan masing-masing. Manakala pusingan ketiga (pusingan terakhir) mereka diminta melukis bertemakan ’kepimpinan’.
.

Semasa sessi ini berlangsung, sempat aku berbual dengan Aggie, penyelaras sessi melukis ini. Tanya aku kepada beliau., ’What is the purpose of this session?’ Jawab Aggie. ‘There are many purposes but the main purpose is to create incubation period (masa pengeraman) for the case study that they need to resolve in the class room’. Aku angguk perlahan-lahan. Aku teringat semula akan teori ‘5 langkah Kreativiti’ iaitu ilmu, fikir, masa pengeraman, eureka! dan pembangunan idea.
.

Sessi melukis petang itu sebenarnya cukup membahagiakan. Terutamanya apabila ada antara para pengurus ini diminta berkongsi makna lukisan kepada rakan yang lain. I think they have such a fun time. Semasa perbincangan apa yang dipelajari dari sessi ini, aku dapat lihat mereka mampu kaitkan sessi melukis ini dengan cabaran yang dihadapi di tempat kerja masing-masing. Dalam diam-diam aku kaitkan sessi ini dengan apa maknanya dengan 3K (Kesedaran diri, Kerja Berpasukan dan Kepimpinan). Satu idea yang cukup asas untuk bina kehidupan yang hebat. I wish mereka ini semua nampak apa yang aku fikirkan ...
.

Semasa sessi melukis ini hampir tamat, kelihatan beberapa orang anggota kerja TNB lain berjalan di tepi tempat dimana sessi melukis ini berlangsung. Aku lihat mereka nampak pelik melihat boss-boss mereka melukis macam kanak-kanak. Aku terdengar salah seorang dari mereka berkata, ’Eh kenapa ni, boss-boss semua buang tabiat ker?’ Aku senyum sendirian.

No comments:

Post a Comment