.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, July 22, 2010

Teringatkan Mereka …

.
Sedar tak sedar sudah ramai mereka yang mengikuti seminar PPB3K ini terutamanya modul pintu masuk PPB3KAnda Dilahirkan Berjaya (ADB). Kalau ikut kiraan aku, jumlah mereka yang telah menyertai program ini senang-senang telah masuk ribuan angkanya.
.
Aku cuba ingati semula wajah-wajah mereka itu. Ada yang terlalu muda dan ada yang terlalu tua. Ada yang telah berjaya membina hidup dan ada yang mahu membina hidup. Macam-macam ragam yang aku jumpa. Namun semua mereka membahagiakan aku. Tanpa mereka sedar sebenarnya, aku banyak belajar dari mereka dan pelajaran yang aku pelajari itu aku gunakan untuk memperkemas dan mempertingkat kualiti PPB3K. Terima kasih kepada kalian semua!

Satu persoalan sentiasa bermain dalam fikiran bila aku teringatkan mereka yang pernah menyertai PPB3K ini. Adakah mereka mereka mendapat menafaat dari PPB3K? Kalau diikutkan dari ‘feedback’ mereka di akhir setiap seminar, rata-rata menyatakan bahawa PPB3K ini cukup membantu hidup mereka. Namun itu hanya semasa selepas tamat sesuatu seminar. Bagaimana selepas setahun... dua tahun atau lima tahun? Masih relevan kah ilmu-ilmu ini kepada mereka?
.

.
Namun sebagai ‘caveat’nya, aku sentiasa nyatakan di akhir setiap seminar ini bahawa agar ilmu ini ada gunanya, mereka perlu amalkan ilmu-ilmu ini. Aku katakan, dalam bilik ini hanya 20% dan diluar sana 80%. Apa pun itu semua terpulang kepada mereka. Pilihan di Tangan Mereka!!!

Teringin sangat aku tahu dari jumlah mereka yang pernah menyertai PPB3K ini berapa peratuskah daripada mereka ini telah benar-benar menetapkan matlamat hidup mereka. Bukan apa, aku faham sangat, jika mereka tidak menetapkan matlamat hidup mereka, kemungkinannya besar sangat ilmu-ilmu yang diterima melalui PPB3K ini amnya dan ADB khasnya akan berkubur begitu sahaja.
.
Matlamat hidup sebenarnya menyediakan mereka agar dapat menjiwai ilmu PPB3K dengan cara paling mudah dan praktikal. Jika tidak, aku tahu, payah! Namun aku doakan agar bagi mereka yang belum ‘firm’kan matlamat hidup masing-masing agar lekas-lekas tetapkannya. Bukan apa, aku tahu dan mereka pun tahu, kegagalan berbuat demikian sebenarnya membuatkan mereka membuang masa yang masih ada pada mereka yang mana sifatnya masa ini ialah makin lama makin susut!

Akhir kata, jika ada para peserta PPB3K yang terdahulu yang membaca artikel ini dan inginkan agar sahabat-sahabat mereka mendapat faedah daripada PPB3K, sila klik pada gambar Ros Merah di sebelah atas kanan laman ini. Akan dianjurkan program umum ADB bila cukup jumlahnya 30 orang. Salam Sejahtera – Bahagia – Kaya!

No comments:

Post a Comment