.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, July 11, 2010

Video - Lagu Kita

Semua kita tahu matlamat itu penting. Itu sebab sedar tak sedar, semasa kita kecil ramai yang selalu bertanya kepada kita bila dewasa mahu jadi apa. Ada yang menyatakan bahawa menetapkan matlamat yang benar-benar kita mahu capai dalam hidup ini lebih susah daripada usaha untuk mencapai matlamat itu sendiri. Benarkah? Fikir-fikirkan lah.

Namun, selepas berjaya menetapkan matlamat, kita perlu berusaha agar kita benar-benar jatuh cinta dengan matlamat tersebut. Cara saya jatuh cinta dengan matlamat saya sendiri ialah dengan menggunakan muzik seperti apa yang terkandung dalam video di bawah. Mari kita saksikan dan renung kata-kata dalam video ini ...

video

Bila kita berupaya jatuh cinta kepada matlamat kita, dengan sendirinya timbul perasaan-perasaan ’keinginan membara’ dan ’penuh pengharapan’ terhadap matlamat kita itu. Dua perasaan ini amat penting bagi membina ’passion’ terhadap matlamat kita itu. Bila sudah ada ’passion’ segala usaha untuk capai matlamat jadi mudah pada diri kita.

’Lagu Kita’ ini selalu saya putarkan lagi dan lagi agar saya makin dekat dengan matlamat saya. Meremang bulu roma saya bila sampai ke kata-kata ... Terciptalah ‘Lagu Kita’ (Terciptalah penuh emosi & harap terhadap matlamat Kita)

Semua keterangan di atas merupakan intipati penting yang akan dikongsi dalam modul Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) dalam usaha kita mencapai matlamat kita. Nak tahu lebih lanjut, Jom sertai ADB!

2 comments:

  1. tinggal kat HartiniJuly 15, 2010 at 4:16 PM

    Sedap senikatanya suspen pun ada. gambar tuan smart dengan bubble tu (tangkap from neck up)

    ReplyDelete