.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, August 2, 2010

Kreativiti Untuk Berjaya di CIAST

.
Minggu lepas telah berlangsung program pengurusan perubahan siri 1 bagi sebilangan pensyarah Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) serta beberapa pegawai kerajaan dari unit-unit yang berbeza.
.

Program ini antara lain telah menerangkan makna kreativiti dalam kehidupan.
.

Maka atas itu, beberapa topik yang terkandung dalam Kreativiti Untuk Berjaya (KUB) telah dikongsi bersama.
.

Aku sebenarnya banyak belajar dari sessi ini walaupun aku merupakan fasilitator program ini.
.

Semasa sessi melakanakan peta minda bagi apa yang telah dipelajari dari program ini, aku terfikir alangkah seronoknya jika sebarang sessi perbincangan bagi kerja-kerja kita dapat dilaksanakan sebegitu santai.
.

Aku lihat para peserta begitu asyik berbincang dan melaksanakan apa yang diperlukan walhal ianya dijalankan selepas makan tengahari. Mereka having fun!
.

Sama-sama menjana idea, menyusun idea serta mencari jalan terbaik menyelesaikan tugasan.
.

Aku tertanya apakah caranya untuk menimbulkan passionate dalam kerja kita?
.

Jawapannnya ialah hanya dengan cara kenali matlamat yang anda mahu capai di tempat kerja dan usahakan agar anda jatuh cinta ke atas matlamat tersebut. (Harap yang menghadiri program tempohari masa ingat caranya jatuh cinta matlamat masing-masing).
.

Akhir sekali, aku di tanya oleh salah seorang peserta bagaimanakah cara terbaik agar tetap bersemangat untuk capai matlamat yang mahu dicapai selepas hadir sessi ini.
.

Jawap aku ... elakkan terjebak ke dalam Hukum Niat Berkurangan (The Law of Diminishing Intent). Lagi lama anda bertangguh untuk lakukan Aktiviti Senipis Kulit Bawang bagi capai matlamat yang telah ditetapkan, lagi berkurang niat/semangat untuk capai matlamat tersebut. Fikirkan ...

No comments:

Post a Comment