.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, August 8, 2010

Putus Asa

.
Dalam hidup yang penuh dengan cabaran ini, perkataan ‘putus asa’ sentiasa menjadi satu options dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Ramai sudah manusia-manusia yang kecundang akibat ‘putus asa’. Namun ramai juga yang telah berjaya mengharungi perasaan ‘putus asa’ ini. Apa yang membezakan mereka yang kecundang dan yang berjaya?
.
Jika diteliti, asal usul fenomena ‘putus asa’ ini berasal dari

1) Cara pandang kita terhadap sesuatu perkara itu.
2) Apa yang dilayan oleh fikiran kita.

Sebagai contoh, katakan anda hidup dengan seseorang yang sentiasa merintih dan merengek mengenai ketidakpuasan hatinya pada anda. Apa jadi pada diri anda?
.
Apa cara pandang anda terhadap beliau? Anda kasihan? Anda meluat? Anda suka? Anda Gembira? Cara-cara pandang anda terhadap apa yang anda lihat pada diri beliau itu tanpa anda sedari membentuk diri anda. Jika anda tidak berhati-hati, tindak tanduk beliau sudahnya akan menjadi tindak tanduk anda. Fikirkan...
.
Apakah idea yang anda layan semasa beliau mengadu ketidakpuasan hatinya secara berterusan? Adakah idea itu berbunyi seperti berikut ... Hidup ini memang tidak adil! atau Hidup ini membosankan! atau Aku tidak mahu jadi seperti beliau! atau Aku mahu jauhi dari orang-orang sebegini! Mana satu anda layan sudahnya membina siapa anda. Fikirkan ...
.
Ringkasnya, dari dua perbincangan di atas, jika anda layan perkara yang negatif, anda akan mudah dihinggapi penyakit ‘putus asa’. Sebaliknya, jika anda layan perkara yang positif, anda hindari penyakit ‘putus asa’. Ceritanya mudah, semudah ABC tetapi adakah anda akan mengambil tindakan terhadap idea ini atau biarkan idea ini berlalu di depan anda sahaja? Pilihan di Tangan Anda!!!
.
Dalam usaha aku untuk membawa idea PPB3K ini kepada masyarakat, macam-macam perkara yang aku lalui dan kekadang aku rasakan seperti tak masuk akal cabaran yang aku hadapi. Ada ketika aku rasa nak ketawa dan ada kalanya aku nak rasa menangis. Perit betul rasanya.
.

Aku teringat kata seorang teman aku, ” Mior, tak usah layan perkara-perkara negatif ini. Ini semua semacam virus. The moment saja kamu menerima virus ini, sebenarnya kamu telah memulakan satu proses yang mana kamu sudi menjemput virus-virus (hal-hal negatif) yang lain. Mior, Just Move Forward! (JMF)". Dalam usaha mengetengahkan idea PPB3K ini, Tuhan telah memberi aku beberapa orang sahabat yang tidak perlu aku sebut namanya disini yang sentiasa meniup kata-kata semangat agar sesekali tidak ’putus asa’. To you my friends, thank you so much!.
.
Selain dari itu, satu kata-kata yang benar-benar menjadi pegangan aku ialah kata-kata bahawa Tuhan tidak akan membebankan kita lebih daripada apa yang kita mampu tanggung. Jadi berapa berat cabaran yang dihadapi, sebenarnya itu masih mampu kita tanggung! Sudahnya semuanya di tangan aku. Pilihan Di Tangan Aku!
.
Sudahnya, aku harap, cara pandang dan idea yang aku layan ini akan menjadi ’bodyguard’ aku dari dimamah oleh idea-idea negatif yang terlalu kuat dan banyak jumlahnya ini. Tuan-puan bagaimana?

2 comments: