.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, September 30, 2010

9 Months Later ...

.
Jack decided to go skiing with his buddy, Bob. So they loaded up Jack's minivan and headed north.
.
After driving for a few hours, they got caught in a terrible blizzard. They pulled into a nearby farm and asked the attractive lady who answered the door if they could spend the night.

'I realize its terrible weather out there and I have this huge house all to myself, but I'm recently widowed,' she explained. 'I'm afraid the neighbours will talk if I let you stay in my house.'

'Don't worry,' Jack said. 'We'll be happy to sleep in the barn, and if the weather breaks, we'll be gone at first light.'

The lady agreed, and the two men found their way to the barn and settled in for the night. Come morning, the weather had cleared, and they got on their way. They enjoyed a great weekend of skiing.
.
About nine months later, Jack got an unexpected letter from an attorney. It took him a few minutes to figure it out, but he finally determined that it was from the attorney of that attractive widow he had met on the ski weekend.

He dropped in on his friend Bob and asked, 'Bob, do you remember that good-looking widow from the farm we stayed at on our ski holiday up north about 9 months ago?'

'Yes, I do.' said Bob

'Did you, er, happen to get up in the middle of the night, go up to the house and pay her a visit?'

'Well, um, yes, ' Bob said, a little embarrassed about being found out, 'I have to admit that I did.'

'And did you happen to give her my name instead of telling her your name?'

Bob's face turned beet red and he said, 'Yeah, look, I'm sorry, buddy, I'm afraid I did. Why do you ask?'

'She just died and left me everything.'
.
Moral of the story: You thought the ending would be different, didn't you? You know you smiled. Now keep that smile for the rest of the day!

Attend “Kreativiti Untuk Berjaya” to learn to see things from different perspective.

Sunday, September 26, 2010

Be There!

.
A nurse took the tired, anxious soldier to the bedside.

"Your son is here," she said to the old man. She had to repeat the words several times before the patient's eyes opened.
.


Heavily sedated because of the pain of his heart attack, he dimly saw the young uniformed soldier standing outside the oxygen tent. He reached out his hand. The soldier wrapped his toughened fingers around the old man's limp ones, squeezing a message of love and encouragement.

The nurse brought a chair so that the soldier could sit beside the bed. All through the night the soldier sat there in the poorly lighted ward, holding the old man's hand and offering him words of love and strength. Occasionally, the nurse suggested that the soldier move away and rest awhile.

He refused.

Whenever the nurse came into the ward, the soldier was oblivious of her and of the night noises of the hospital - the clanking of the oxygen tank, the laughter of the night staff members exchanging greetings, the cries and moans of the other patients.

Now and then she heard him say a few gentle words. The dying man said nothing, only held tightly to his son all through the night.

Along towards dawn, the old man died. The soldier released the now lifeless hand he had been holding and went to tell the nurse. While she did what she had to do, he waited. Finally, she returned. She started to offer words of sympathy, but the soldier interrupted her.

"Who was that man?" he asked.

The nurse was startled, "He was your father," she answered.

"No, he wasn't," the soldier, replied. "I never saw him before in my life."

"Then why didn't you say something when I took you to him?"

"I knew right away there had been a mistake, but I also knew he needed his son, and his son just wasn't here. When I realized that he was too sick to tell whether or not I was his son, knowing how much he needed me, I stayed."

The next time someone needs you ... Just be there. Stay.

We Are Not Human Beings Going Through A Temporary Spiritual Experience. We Are Spiritual Beings Going Through A Temporary Human Experience.

To know more, attend ‘Anda Dilahirkan Berjaya’!!!

Thursday, September 23, 2010

‘I-Centric’ lwn ‘We-Centric’

.
Jika dilihat di permukaannya, setiap manusia nampak aman saja. Tetapi the moment saja kita cuit kepentingan mereka? Apa jadi? Melenting mereka. Ada yang sanggup melakukan perkara diluar batasan pemikiran. Kenapa jadi begini? Adakah manusia sekarang ini terlalu ’selfish’? Jika benar manusia sekarang itu ’selfish’, mengapa mereka ’selfish’? Mana hilangnya nilai-nilai seperti tolong menolong, bertolak ansur dan saling mempercayai? Perkara inilah yang mahu saya bincangkan pada artikel kali ini.
.
Kalau kita perhatikan keliling kita, semua manusia kelihatan sebok dengan kehidupan mereka. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, itulah keadaan kita manusia. Dengan cabaran yang makin meningkat, kelihatan manusia berlumba-lumba untuk memenangi apa yang dihajati. Dalam banyak keadaan, ini telah menimbulkan satu suasana pertandingan. Adat pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Dan dalam sebarang pertandingan, wujudkah manusia yang mahu kalah? Maka wujudlah budaya ’The Law of the Jungle’. Hukum ini menyatakan untuk terus wujud, samada aku bunuh mereka atau mereka bunuh aku. Bunyinya ganaskan? Tetapi itulah yang berlaku jika anda perhatikan keadaan masyarakat kita sekarang ini.

Apa hubungan cerita diperenggan satu dan dua diatas? Bagi saya, disebabkan suasana hidup kita sekarang telah menimbulkan satu budaya yang mementingkan diri sendiri yang dipanggil sebagai ’I-Centric’. Kewujudan ‘I-Centric’ ini bukan disebabkan manusia itu mahu jadi begitu tetapi desakan suasana yang menyebabkan mereka perlu begitu. Perlu diingat tiada manusia yang bodoh hingga mahu menyukarkan hidup masing-masing! Tanpa disedari, ‘I-Centric’ inilah yang akan mengemudi cara fikir dan cara tindak seseorang manusia dalam setiap apa yang dilalui.
.
Sebagai contoh, katakan seorang CEO telah dilantik oleh lembaga pengarah satu organisasi untuk meningkatkan prestasi organisasi. Jika CEO ini merupakan ‘I-Centric’, sudah pasti pemikiran asas beliau akan berbunyi begini; “Aku telah diamanah dan bertanggungjawab terhadap jatuh bangunnya organisasi ini”. Apa silapnya kenyataan ini? Disebabkan beliau menggunakan perkataan ‘Aku’ dalam kenyataan ini, dengan secara tanpa disedari, beliau telah memberi isyarat kepada diri beliau sendiri bahawa aku yang penting dan bukan mereka yang lain dalam organisasi yang penting. Mereka yang lain harus menjadi alat bagi aku untuk capai matlamat ini. Bahayakan? .

Manusia sebegini yang berpegang kepada ‘I-Centric’ ini susah untuk melihat keperluan untuk berpegang kepada konsep ‘All for one and one for all’ walau mereka hafal segala teori mengenai kepentingan dan kaedah bekerjasama. Mana mungkin mereka menjadi ‘We-Centric’ (kebolehan berfikir dan bertindak sebagai satu pasukan) jika ‘I-Centric’ berakar umbi dalam diri mereka? Dari pemerhatian saya, inilah perkara yang merupakan ‘root-cause’ kepada wujudnya ‘selfish’ dalam diri manusia yang sebenarnya merupakan kesan daripada ‘root-cause’ itu sendiri.
.


Dalam banyak perkara kita tidak mampu menggunakan tenaga hebat yang ada dalam nilai-nilai seperti tolong menolong, bertolak ansur dan saling mempercayai dan juga tenaga hebat dalam kerja berpasukan kerana kita buta kepada apa itu ‘We-Centric’. Jika kita buta kepada pemikiran ‘We-Centric’, mana mungkin ianya dapat mengubah pemikiran ’I-Centric’ yang telah sedia tertanam kukuh dalam diri kita? Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk mengubah dari ‘I-Centric’ kepada ‘We-Centric’?

Kita perlu menwujudkan satu dialog antara kita yang menceritakan kelebihan-kelebihan ‘We-Centric’. Sampai bila dialog ini perlu ada? Sampai semua manusia yang ada dalam satu-satu organisasi itu yakin (convince) dan percaya (trust) bahawa ‘We-Centric’ adalah lebih baik daripada ‘I-Centric’. Selagi belum capai, jangan sesekali berhenti. Ini bukan satu larian pecut 100 meter tetapi merupakan larian ‘marathon’. Ini juga merupakan kerja utama pemimpin. Pemimpin tidak harus ‘delegate’ kerja ini kepada orang lain!
.
Akhir kata, saya menyakini ’I-Centric’ lah ‘root-cause’ kepada segala kepincangan mengenai kerjasama yang kita lihat sekarang ini. Yang menyebabkan tabiat ‘selfish’ bermaharaja lela dalam diri kita. Penting sangat isu ini ditangani mulai sekarang juga. Inilah idea baru yang timbul dalam fikiran saya dan saya mahu berpegang padanya. My next move? Akan saya tambah idea-idea ini sebagai satu lagi ‘chapter’ dalam modul Kami Berjaya Part 1 kerana ianya cukup kritikal dalam mempengaruhi (influence) budaya kerjasama.

Sunday, September 19, 2010

Transformasi Organisasi

.
Pada ketika ini ramai orang bercakap mengenai perkataan transformasi. Hinggakan Kerajaan sendiri banyak berusaha untuk mentransformasi itu dan ini. Kemuncak kepada usaha-usaha ke arah ini ialah bilamana tema Hari Kebangsaan baru-baru ini pun berbunyi 1Malaysia Menjana Transformasi.

Bila bercakap mengenai tranformasi serta mahu melaksanakan transformasi itu sendiri, dua perkara perlu jelas. Pertama ialah apa yang mahu ditransformasi dan keduanya apakah kaedah yang mahu digunapakai untuk mencapai transformasi tersebut. Bila perkara ini kita bincangkan dari sudut sesebuah organisasi, adakah kita jelas mengenai dua keperluan ini?
.
Jika dilihat dalam sesuatu organisasi, kebiasaannya apa yang mahu ditransformasi hanya jelas di lapisan tertinggi sahaja. Namun lapisan yang lebih bawah tidak jelas mengenainya. Sudahnya jika ini yang berlaku maka organisasi sebegini bolehlah kita katakan lapisan tertingginya hanya syok sendiri sahaja. Bahaya sungguh jika ini dibiar berleluasa.

Satu usaha yang sistematik dan berterusan untuk menceritakan dan menerangkan apa yang mahu ditransformasi ini dengan menggunakan bahasa-bahasa yang difahami oleh mereka di lapisan lebih bawah mesti dilaksanakan. Jika tidak susah untuk mempengaruhi mereka untuk menyokong apa yang mahu ditranformasi. Sehingga itu, usah harap mereka akan berganjak untuk melakukan sebarang usaha bagi mencapai transformasi yang dihajati. Mungkin ramai yang sudah memahami kehendak ini tetapi soalnya adakah kita buat? Tahu dan buat adalah dua perkara yang cukup berbeza!
.
Dalam melaksana usaha untuk melaksanakan sebarang transformasi itu pula, banyak organisasi di Malaysia ini telah ‘subscribe’ kepada beberapa inisiatif-inisiatif kualiti (seperti Sistem Pengurusan Kualiti ISO, Anugerah Kualiti Industri Perdana Menteri, 5S, Sistem Pengurusan Risiko, Kumpulan Meningkat Kepuasan Pelanggan, Sistem Pengurusan Keselamatan dan sebagainya) baik didalam Jabatan Kerajaan maupun sektor swasta. Ini satu langkah yang harus dipuji kerana inisiatif-inisiatif kualiti ini bukan sahaja mudah dan praktikal untuk digunakan malah hasil akhir yang mahu dicapai melalui penggunaan inisiatif-inisiatif kualiti ini mudah diukur.

Namun entah dimana silapnya, dari pemerhatian saya banyak daripada organisasi di Malaysia telah menyalahgunakan penggunaan inisiatif kualiti ini. Ketika ini tumpuan organisasi ini hanyalah setakat mendapat pengiktirafan dan memenangi anugerah tanpa benar-benar menggunakan inisiatif kualiti ini sebagai ALAT untuk mencapai sebarang matlamat organisasi. Satu tindakan yang amat merugikan wang, masa dan tenaga!
.
Saya sebagai penggiat ke arah transformasi telah lama menyedari hal ini. Lagi lama saya berbincang dengan kawan-kawan termasuk beberapa orang penting di SIRIM dan Pusat Produktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Center), lagi kuat saya lihat perlu sangat kita melaksanakan anjakan paradigma bagi mengubah salah tanggap ini.

Tapi bagaimana? Kedua-dua persoalan ini (apa dan bagaimana menangani transformasi) amat penting ditangani secara sistematik dan berterusan agar masa, wang ringit dan tenaga tidak disia-siakan. Jika tidak, bukan sahaja hasrat transformasi itu saja tidak akan tercapai, malah yang lebih memusnahkan ialah hilangnya kepercayaan (trust) setiap ahli dalam sesuatu organisasi terhadap usaha-usaha sebegini.
.
Menyedari hal ini, dalam ruang-ruang masa yang ada telah saya usahakan PPB3K. Satu program asas transformasi yang berupaya menangani dua persoalan mengenai keperluan transformasi ini. (Sila klik pada logo Apa Itu PPB3K disebelah kanan laman ini). PPB3K telah disediakan dalam suasana ketidakpuasan dalam menangani transformasi dan hasilnya PPB3K amat mudah, logik dan praktikal untuk diserapkan dalam segenap lapisan yang ada dalam sesuatu organisasi. Telah saya persembahkan idea-idea yang terkandung dalam PPB3K kepada mereka yang ahli dan maklumbalas dari mereka cukup mengujakan.

Akhir kata, jika tuan puan benar-benar mahu laksanakan transformasi pada kos, masa dan tenaga yang paling optima disamping memastikan transformasi ini dilaksanakan secara sistematik dan berterusan, langganilah PPB3K segera! Saya pasti, tuan puan akan menyesal kerana tidak mengetahui mengenai PPB3K ini lebih awal!
.
Kearah transformasi yang bersifat Sejahtera-Bahagia-Kaya!

Thursday, September 16, 2010

Raya 2010

.
Raya tahun ini aku satu famili beraya di kampung isteri aku. Masa pergi sembahyang raya, aku tanya pada Adam, anak lelaki aku itu, apa pendapat dia tentang raya. Dia senyum tengok aku lalu dijawabnya, “Raya kena happy la Abah”. Aku senyum kembali. Yeap, raya mesti happy. All the works and all the challenges can wait. But for now, I must happy. So I decide to be happy. :)

Lepas sembahyang raya aku dan famili skype dengan Safia, anak sulung aku yang sedang belajar di Dunedin, New Zealand. Walau jauh but we are happy celebrate raya secara online. Pelik tapi happy. Maybe satu masa celebrate begini akan jadi suatu kebiasaan. Berikut ialah gambar-gambar semasa Raya kali ini.




Saya mohon maaf di atas segala kesalahan saya baik yang bersifat zahir maupun batin kepada anda semua yang mengenali diri saya dan terutamanya yang sudi melawati laman ini selama ini. Moga semua kita Sejahtera-Bahagia-Kaya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Monday, September 13, 2010

Sarapan Pagi Di Hari Kedua Raya

.
Pada pagi hari kedua Raya tempohari, aku teringin sangat nak sarapan pagi di salah satu gerai makan di Kampung wife aku. Bukan apa, selepas sebulan berpuasa, aku teringin sangat bersarapan di pagi hari seperti mana amalan aku di bulan bukan puasa. Puas aku mengelilingi kawasan itu bersama dengan biras aku tetapi semua kedai makan tutup. Biasalah … Hari Raya. Tetapi alangkah gembiranya aku bila lihat ada satu gerai makan ini telah dibuka. Apa lagi aku park kereta betul-betul depan gerai tersebut dan order makan.
.

Pagi itu aku makan nasi minyak bersama gulai rempah ayam. Tak cukup. Aku order lagi roti telur. Memang nikmat tambah air Nescafe panas yang aku pesan memang ngam dengan tekak aku. Nyaman. Seronok dapat ‘slow down’kan putaran kehidupan aku. Kalau di KL, hidup aku macam gasing berpusing laju. Aku lihat disini, people take things easy, saling tegur satu sama lain .. dan senyum mereka memang genuine. Tak rush langsung. Tetapi bila keadaan begini bukan bermakna aku boleh berterusan begini. Rimas aku dibuatnya. Sebab dah biasa sebok. Tapi jika sekali segala slow down begini memang mendamaikan. Terasa aku boleh merenung diri dan menghargai apa yang ada di sekeliling aku.

Tiba-tiba dihujung meja tempat aku minum itu diduduki oleh seorang lelaki separuh abad. Biras aku yang memang cepat mesra dengan masyarakat sekeliling itu terus memberi salam dan menyapa beliau. Kami saling memperkenalkan diri. Nama beliau ialah En Azman. Orangnya nampak humble and simple. Entah kenapa aku rasa selesa dengan beliau. Sifat aku yang memang sedikit introvert itu lalu hilang bila mula berbual dengan beliau. Aku dapat rasakan beliau seorang yang penuh dengan wisdom. Aku tahu dia bercakap bukan berdasarkan kepada teori semata-mata tapi dia bercakap melalui pengalamannya. Aku boleh rasa sebab he speaks from his heart. Di bawah ini aku tuliskan intisari perbualan kami pada pagi itu.
.
Ramai manusia mencari identiti diri. Walhal identiti diri itu telah sedia terbina dalam diri kita semenjak kita lahir. Namun disebabkan oleh kita terlalu terpengaruh dengan keadaan sekeliling, kita lupa. Itulah sebabnya ramai manusia dalam hidup ini cuba mencari identiti diri sudahnya merasakan apa yang dicari rupanya memang telah ada dalam dirinya sendiri. Fikirkan ...

Selalu kita dengar orang berkata jika mahu bahagia kita perlu pulang ke tempat asal kita. Dimanakah asal kita? Asal kita ialah syurga. Itu sebab walaubagaimana kaya atau berkuasa kita di atas dunia ini, kita tetap tidak berpuas hati sebab dunia tidak mampu memuaskan hati kita. Yang mampu memuaskan hati kita hanyalah syurga, tempat asal kita. Jalan menuju ke tempat asal kita ini ialah dengan menyusuri jalan yang berpandukan Perintah Tuhan dan Cara PesuruhNya. Fikirkan ...
.

Satu cerita. Seorang berilmu dan seorang tiada ilmu telah masuk satu hutan mencari rotan. Masing-masing telah berupaya mendapat 10 batang rotan. Orang yang kurang ilmu telah menjual 10 batang rotan itu dan mendapat untung RM100.00. Manakala yang mempunyai ilmu itu telah menghasilkan sebuah kerusi yang cukup indah dari 10 batang rotannya. Sudahnya beliau telah menjual kerusi tersebut dengan harga RM1000.00.

Apakah pelajaran dari cerita ini? – Mereka yang berilmu dapat beri lebih nilai pada sesuatu benda/perkara itu. Itu sebab perlu ada ilmu. Itu sebab dalam kehidupan ini, manusia hargai mereka yang ada ilmu. Sebagai contoh, dalam perniagaan, orang ada ilmu nampak lebih banyak peluang dan kaedah yang lebih baik berbanding orang yang tiada ilmu. Lagi pun, bila kita ada ilmu, orang tak boleh curi ilmu tersebut dari kita. Dengan ilmu kita boleh pergi ke mana saja di atas mukabumi ini. Macam nama satu cerita koboi semasa aku kecik-kecik dulu, “Have Gun Will Travel” tetapi sekarang “Have Knowledge Will Travel”. Fikirkan ...
.

Selalu kita dengari bahawa Islam itu mudah dan senang dipraktikkan. Tetapi ramai orang Islam tidak merasakan Islam itu mudah dan selalu langgar ajaran Islam. Sudahnya orang yang tidak tahu mengenai Islam mendapat gambaran yang salah mengenai Islam. Mengapa? Islam akan menjadi payah jika tujuan hidup kita tidak berpandukan kepada tujuan sebenar kehidupan iaitu untuk mendapat keredaan Tuhan dan sudahnya layak masuk syurga Tuhan. Kebanyakan dari kita telah tersilap dengan menjadikan material sebagai tujuan hidup dan bukan mengambilnya hanya sebagai alat untuk hidup.

Apakah bezanya antara ...

1) Menjadi kaya sebagai tujuan hidup

2) Melakukan kebajikan sebagai tujuan hidup dan meletakkan menjadi kaya sebagai alat untuk melakukan kebajikan itu

Anda sendiri tahu jawapannya. Bezanya sedikit tetapi itu sudahnya menuntut cara yang cukup berbeza. Jika semata-mata mahu menjadi kaya menjadi tujuan hidup, senang kita langgar perintah Tuhan. Jika kebajikan menjadi tujuan hidup, susah kita langgar perintah Tuhan. Fikirkan ...

Bersangka baik sangat penting untuk dapat hasil yang baik. Rugi guna fikiran untuk fikir yang bukan-bukan kerana ianya akan bawa kepada hasil yang tidak baik. Satu cerita dongeng. Ada seorang pencuri cuba memecah masuk sebuah rumah. Tiba-tiba dia disapa seseorang samada dia perlukan bantuan. Memandangkan pencuri itu merasa payah untuk memecah masuk, maka diterimanya pelawaan orang itu. Dalam kegelapan malam itu, si pencuri menyaksikan orang tersebut dengan mudah membuka pintu rumah tersebut.
.

Selepas mengambil barang dan sebelum beredar dari rumah tersebut, si pencuri itu bertanyakan kepada orang tersebut siapakah beliau. Orang itu tersebut menyatakan bahawa beliau ialah tuan rumah tersebut. Pencuri tersebut terkejut besar dan lantas bertanya mengapa beliau sanggup membenarkan beliau mencuri barangan dalam rumah beliau. Jawab orang tersebut bahawa beliau menyangkakan bahawa si pencuri itu lebih memerlukan barang-barang dalam rumah tersebut lebih dari dirinya. Si pencuri itu berasa sungguh malu dan mulai saat itu si pencuri itu menjadi seorang yang amat baik. Semuanya bermula gara-gara sangka baik si tuan rumah tersebut! Dari cerita ini walaupun ianya cerita dongeng namun jelas menunjukkan bila kita bersangka baik, hasilnya pasti membawa kepada kebaikan. Fikirkan ...

Akhir sekali, semua daripada kami pagi itu rasa sungguh seronok dan bahagia hasil dari perbualan kami itu. Kami juga menyetujui bahawa penting sangat cerita-cerita sebegini dicerita selalu agar meninggalkan bekas kepada hati masing-masing. Hati itu ibarat cawan. Cawan yang diisi arak (keburukan) dan susu (kebaikan) pada satu masa pasti mencacatkan susu (kebaikan) yang ada dalam satu cawan tersebut. Sudahnya kita sendiri pilih. Mahu bubuh susu (kebaikan) atau arak (keburukan). Tuhan Maha Pemurah. Tetapi apa yang kita pilih itu sudahnya menentukan apa hasil yang kita terima. Fikirkan ...
.

Mungkin yang muda-muda susah nak hargai apa yang aku tuliskan ini. Tetapi aku yakin yang dah lama hidup dan yang mahu berfikir memahami apa erti ini semua dan hargai apa ini semua. Secara peribadi, aku merasakan ini cukup memotivasikan diri aku agar tingkatkan usaha memasarkan PPB3K. Be Passionate!!!

Thursday, September 9, 2010

Orang Malaysia Masakini – Satu Pemerhatian

.
Pesal sejak beberapa ketika ini aku lihat orang-orang Malaysia ni macam tension semacam jer? Dalam TV. Dalam paper. Dalam FB. Dalam blog. Orang itu hentam orang ini. Orang ini hentam orang itu. Semua macam nak mengamuk jer. Semua macam nak tunjuk perasaan aje. Apa dah jadi yer?

Apa sebenarnya punca hal-hal ini? Masing-masing tension ker? Keadaan hidup ini hectic sangat kot sampai semua cepat naik angin? Pelik binti ajaib. Rimas aku. Nak kata orang yang kurang pelajaran saja yang perangai gini aku tengok tak juger. Yang pandai-pandai pun sama. 2 X 5 ... 5 X 2 ... sama aje.
.

Tapi aku rasa jumlah mereka yang suka provoke ini sikit aje jumlahnya. Mereka ini saja nak tunjuk jadi hero. Macam nak dapat publisiti murah ajer aku tengok. Aku rasa golongan mereka ini ada dalam Melayu, Cina atau India. Jumlahnya sikit tapi sebab mereka pandai jolok, pandai kempen, pandai tagih simpati ... sudahnya senang ler mereka pengaruhi orang-orang dari golongan mereka yang pikirannya lurus.

Bila aku jalan sana sini, seronok aku tengok makcik-pakcik yang dari berbagai kaum masih lagi boleh sama-sama duduk berbual minum kopi. Aku cuba dengar apa yang dibual mereka. Sebenarnya apa yang jadi concern mereka sama saja. Mereka dok concern pasal anak mereka. Mereka concern pasal cucu-cucu mereka. Mereka concern pasal kesihatan mereka. Mereka concern pasal petang nak ujan ker! Hidup mereka so simple and aku rasa yang simple tu lah yang mahal harganya.
.
Tetapi mengapa golongan yang muda tak begitu? Mereka ini terlebih tenaga ker? Mereka ni terlebih masa ker? ... sampai sebok dengan perkara-perkara yang rumit seperti mana yang kita dengar sekarang ini? Macam tak boleh bertolak ansur langsung. Sakit kepala dan sakit hati aku. Tuhan saja yang tahu.

Tapi yang lebih peliknya, bila di luar negera, aku nampak orang-orang Malaysia yang datang dari berbagai golongan ini bukan main baik lagi sesama mereka. Macam adik beradik. Masing-masing macam bangga datang dari Malaysia. Masing-masing dok sebut rindu pada nasi lemak, roti canai dan nasi ayam. Mungkin ada yang menafikan cakap aku ini tetapi mereka tak boleh nafikan bahawa golongan begini memang wujud di luar negara sana tu.
.
Jadi apa patut kita buat?

Aku rasa orang Malaysia ni cepat sangat lupa. Almaklumlah semuanya boleh dikatakan senang. Jadi manja tak tentu pasal. Kalau harus struggle macam orang Indon dan Bangla yang datang cari rezeki ke sini baru mereka tahu tinggi rendah langit ni. Banyak orang Malaysia ini sudah buta sejarah. Ramai yang baca sejarah itu pun cuba paham sejarah ikut nafsu masing-masing. .
.
Mereka lupa bagaimana datuk nenek mereka struggle, banyak bertolak ansur yang menyebabkan Malaysia maju jadi macam hari ini. Kalau perangai datuk nenek orang Malaysia ini tidak diteruskan oleh orang Malaysia generasi sekarang, takut aku nak pikir apa akan jadi pada masa depan. Yang pastinya, semua akan rugi. Tak ada saper yang akan untung sudahnya. Lu pikir la sendiri ...
.
Dah lebih 50 tahun merdeka. Dimana kita? Aku tak nak blame sesaper. Tapi yang jelas aku lihat semua pihak ada salahnya. Tak payah la nak tunding jari sana sini. Save ler energy tu untuk benda-benda yang bermenafaat. Apa kata kita duduk kat kedai kopi. Kita bincang sama-sama macam mana nak bagi kawasan kita maju. Maju segala segi. Kita sepakat buat tindakan. Aku yakin kita mampu buat sebab Tuhan dah beri kita akal. Hanyanya selama ini kita tak gunakannya aje.

Bila semua kawasan di Malaysia ini maju, dengan sendirinya Malaysia ini maju. Jadi tak ler kita kena kata dengan orang luar. Baru ler ada rasa bangga jika kita pergi ke luar negara. Susah sangat ker? After all Malaysia ini negara kita. Kita nak pergi mana lagi?
.
Kalau itu pun payah atau tak tahu macam mana nak mula, aku seru pada semua Menteri, pada semua Pemimpin Masyarakat, pada semua Pegawai Kerajaan & Swasta dan pada semua yang ada kuasa agar ajak golongan-golongan yang mereka pimpin sertai Anda Dilahirkan Berjaya. Satu program asas untuk kenal makna hidup atas mukabumi ini. Tak payah nak berprasangka itu ini, tak payah nak pening-pening kepala. Aku tak berlawak. Aku serius. ’Just Do It’ bak kata Nike. Aku yakin benda ini lah yang kita orang Malaysia perlukan. Period.

Sebelum aku tamatkan cerita ini, sebab aku banyak dok kata orang dan juga sempena bulan penuh berkat ni dah nak abis, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Aku mintak maaf zahir dan batin.

Monday, September 6, 2010

What is Performance Gap?

.
It’s a theory that explains why knowledge generally doesn’t translate into results. All too often we know what we should do but we don’t do what we know. We are human beings when what we really should be are humans doing. We spend our days majoring in minor things and slowly the weeks, months and years slip by.
.
90 percent of our success comes in the follow-through, in the implementation and execution of the knowledge that we have gathered. Everyone says we are so fortunate to live in this age of information. But what most people fail to appreciate is that information alone is not power. Power and competitive advantage come only when sound information is decisively acted upon.
.
And yet we are so busy with the daily emergencies that always seem to burden us that we end up putting off doing them until the next month and then the month after that. The key to improving our performance is to passionately act on it.
.
Don’t squirrel it away hoping we will have time down the road to study it and put it into play. Recognize its power and deeply embed it into our daily routine so that we practice its principles daily. Make it a part of our life right now!
.
Only then we will see quantum improvements in our effectiveness, productivity and performance. As noted by Herodotus so many years ago; “This is the bitterest pain among men, to have much knowledge but no power”.
.
The best way to ensure these lessons become part of who we are is to create rituals around them. Quit NATO (No Action – Talk Only).

Subscribe to PPB3K to major in major things!

Saturday, September 4, 2010

Jokes 'R' Creative

.
Should women have children after 35? No, 35 children are more than enough!

No one has ever complained of a parachute not opening.

Living on Earth may be expensive, but it includes an annual free trip around the Sun.

Your future depends on your dreams. So go to sleep!
.

ALCOHOL KILLS SLOWLY. So what? Who's in a hurry?

Work fascinates me. I can look at it for hours!

Love is photogenic; it needs darkness to develop.

A good discussion is like a miniskirt; Short enough to pertain interest and long enough to cover the subject.
.

I am in shape. Round is a shape.

Children in backseats cause accidents; Accidents in backseats cause children!

A drunk was hauled into court. "Mister", the judge began, "you've been brought here for drinking" "Great!" the drunk exclaimed, "When do we get started?"

Divorce has become so common that my wife and I are staying married just to be different.
.

When a wife was asked: What book does you like the best? She answers: My husband's cheque book.

My father is so old that when he was in school, history was called current affairs.

Girlfriend: And are you sure you love me and no one else?
Boyfriend: Dead sure! I checked the whole list again yesterday.

Waiter: Would you like your coffee black?
Customer: What other colors do you have?
.

Teacher: Now, Sam, tell me frankly do you say prayers before eating?
Sam: No sir, I don't have to, my mom is a good cook.

Tarzan and the animals went to the river to take a bath. Tarzan removed his clothes. All the animals laughed. Tarzan asked "Why"? The animals told him "Your tail is in the front".

Dad: Son, what do u want for your birthday?
Son: Not much dad, just a radio with a sports car around it.

Father: Your teacher says she finds it impossible to teach you anything!
Son: That's why I say she's no good!
.

A mother and son were doing dishes while the father and daughter were watching TV in the living room. Suddenly, there was a loud crash of breaking plates, then complete silence. The daughter turned to look at her father.

Daughter: It's mummy!
Father: How do you know?
Daughter: She didn't say anything.
.

Jokes are all about seeing things from different angle. That’s creativity. To know more about creativity attend ‘Kreativiti Untuk Berjaya’

Wednesday, September 1, 2010

Berlapang Dada.

.
Sejak kebelakangan ini, aku mendapat satu lagi pendidikan melalui ‘University of Life’. Ianya berkenaan dengan soal berlapang dada dalam menghadapi kehidupan ini.

Aku tak tahu mengapa, tetapi sejak akhir-akhir ini aku lihat orang-orang disekeliling aku agak tertekan dengan kerja-kerja mereka. Masing-masing terburu-buru untuk laksanakan apa yang mereka perlu lakukan. Sudahnya ada yang begitu beremosi apabila hasil yang diperolehi tidak sebagaimana yang mereka mahukan.
.
Bukan satu atau dua yang berkelakuan begini. Mengapa jadi begini? Sebagai contoh, aku lihat baru-baru ini ada seorang anggota kerja aku yang tiba-tiba menangis apabila ditegur. Manakala seorang lagi tiba-tiba mendapat sakit akibat tekanan pekerjaannya. Bila aku kaji latarbelakang mereka ini, aku senyum sendirian.

Bukan apa, kekadang masalah dengan kita ini ialah kita terlampau mahu mencapai kesempurnaan. Terlalu perfectionist. Ditambah pula dengan cara pandang (perception) kita terhadap kehidupan ini terlalu sempit hinggakan kita tidak mampu melihat gambaran besar kehidupan ini. Dan of course, tekanan-tekanan dalam cabang kehidupan yang lain seperti kewangan peribadi, keluarga, masyarakat dan lain-lain juga mampu membuat kita ’gila’. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan impak perkara-perkara ini?
.
Bila direnung, perlahan aku nampak apa yang perlu dilakukan. Perkara ini mungkin bagi ramai orang merupakan perkara remeh. Tapi aku rasa ianya amat perlu dipegang terutamanya dalam pusingan kehidupan di waktu ini yang amat pantas. Itulah dia, kita perlu sangat berlapang dada. Ramai sekali rupanya orang-orang yang tidak memahami soal berlapang dada ini. Sebenarnya aku pun sama.

Berlapang dada bukan satu kelemahan. Berlapang dada bukan bermakna kita tidak melakukan apa-apa bila menghadapi cabaran. Berlapang dada juga bukan bermakna kita lari dari sebarang masalah. Berlapang dada sebenarnya merupakan senjata kita menghadapi kehidupan. Keupayaan untuk berlapang dada ini pula bermula dengan bagaimana cara pandang kita terhadap kehidupan ini atau terhadap apa yang kita hadapi.
.
Sebagai contoh, jika katakan kita menghadapi masalah kewangan. Dua cara pandang boleh berlaku. Pertama, kita pandang masalah kewangan tersebut sebagai satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Sudahnya sudah tentu nafas jadi sesak dan kita tidak nampak sebarang penyelesaian. Kedua, kita pandang masalah kewangan tersebut sebagai satu cubaan dan hanya masa sahaja yang akan menentukan bila ianya boleh diselesaikan. Sudahnya sudah tentu kita mampu berlapang dada dan akibatnya kita mampu melihat jalan penyelesaian.

Dahulu aku tertanya apa maknanya Tuhan Maha Adil sedangkan aku lihat wujud perbezaan yang cukup ketara antara manusia. Tetapi setelah mengenali pelajaran dari soal berlapang dada ini, baru aku nampak bahawa bagi setiap manusia telah Tuhan tentukan bahagiannya. Bila dicampur tolak cerita dalam setiap bahagian itu pula, baru kita nampak sebenarnya Tuhan telah anugerahkan bahagian-bahagian itu sama untuk setiap manusia. Sebagai contoh, katakan kita nampak seorang itu lebih kaya dari kita tetapi kita tidak nampak apa masalah yang dihadapinya dan mungkin masalah beliau hadapi lebih besar dari masalah kita sendiri.
.
Sudahnya kita membuat kesimpulan bahawa beliau lebih beruntung dari kita walhal jika kita tahu masalah yang dihadapinya, kemungkinan besar kita tidak merasakan beliau lebih beruntung dari kita. Yang penting perlu kita perhatikan ialah bagaimanakah cara pandang kita terhadap bahagian yang Tuhan telah tentukan untuk diri kita itu. Sebab cara pandang inilah merupakan ’root cause’ apa yang kita akan terima dalam hidup ini.

Bukan dulu aku tidak tahu mengenai hal-hal ini, tetapi entah kenapa pengalaman yang aku lalui akhir-akhir ini mampu bawa aku lihat soal berlapang dada dari perspektif yang berbeza. Sekarang baru aku menyedari sebenar-benarnya apa yang dikatakan berulang kali oleh Col Izaidin kepada aku selama ini, ’Mior, all for good ... all for good’. Aku tersengih sendirian.
.
PPB3K memudahkan anda untuk berlapang dada. Cubalah. Tak cuba tak tahu ...