.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, September 1, 2010

Berlapang Dada.

.
Sejak kebelakangan ini, aku mendapat satu lagi pendidikan melalui ‘University of Life’. Ianya berkenaan dengan soal berlapang dada dalam menghadapi kehidupan ini.

Aku tak tahu mengapa, tetapi sejak akhir-akhir ini aku lihat orang-orang disekeliling aku agak tertekan dengan kerja-kerja mereka. Masing-masing terburu-buru untuk laksanakan apa yang mereka perlu lakukan. Sudahnya ada yang begitu beremosi apabila hasil yang diperolehi tidak sebagaimana yang mereka mahukan.
.
Bukan satu atau dua yang berkelakuan begini. Mengapa jadi begini? Sebagai contoh, aku lihat baru-baru ini ada seorang anggota kerja aku yang tiba-tiba menangis apabila ditegur. Manakala seorang lagi tiba-tiba mendapat sakit akibat tekanan pekerjaannya. Bila aku kaji latarbelakang mereka ini, aku senyum sendirian.

Bukan apa, kekadang masalah dengan kita ini ialah kita terlampau mahu mencapai kesempurnaan. Terlalu perfectionist. Ditambah pula dengan cara pandang (perception) kita terhadap kehidupan ini terlalu sempit hinggakan kita tidak mampu melihat gambaran besar kehidupan ini. Dan of course, tekanan-tekanan dalam cabang kehidupan yang lain seperti kewangan peribadi, keluarga, masyarakat dan lain-lain juga mampu membuat kita ’gila’. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan impak perkara-perkara ini?
.
Bila direnung, perlahan aku nampak apa yang perlu dilakukan. Perkara ini mungkin bagi ramai orang merupakan perkara remeh. Tapi aku rasa ianya amat perlu dipegang terutamanya dalam pusingan kehidupan di waktu ini yang amat pantas. Itulah dia, kita perlu sangat berlapang dada. Ramai sekali rupanya orang-orang yang tidak memahami soal berlapang dada ini. Sebenarnya aku pun sama.

Berlapang dada bukan satu kelemahan. Berlapang dada bukan bermakna kita tidak melakukan apa-apa bila menghadapi cabaran. Berlapang dada juga bukan bermakna kita lari dari sebarang masalah. Berlapang dada sebenarnya merupakan senjata kita menghadapi kehidupan. Keupayaan untuk berlapang dada ini pula bermula dengan bagaimana cara pandang kita terhadap kehidupan ini atau terhadap apa yang kita hadapi.
.
Sebagai contoh, jika katakan kita menghadapi masalah kewangan. Dua cara pandang boleh berlaku. Pertama, kita pandang masalah kewangan tersebut sebagai satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Sudahnya sudah tentu nafas jadi sesak dan kita tidak nampak sebarang penyelesaian. Kedua, kita pandang masalah kewangan tersebut sebagai satu cubaan dan hanya masa sahaja yang akan menentukan bila ianya boleh diselesaikan. Sudahnya sudah tentu kita mampu berlapang dada dan akibatnya kita mampu melihat jalan penyelesaian.

Dahulu aku tertanya apa maknanya Tuhan Maha Adil sedangkan aku lihat wujud perbezaan yang cukup ketara antara manusia. Tetapi setelah mengenali pelajaran dari soal berlapang dada ini, baru aku nampak bahawa bagi setiap manusia telah Tuhan tentukan bahagiannya. Bila dicampur tolak cerita dalam setiap bahagian itu pula, baru kita nampak sebenarnya Tuhan telah anugerahkan bahagian-bahagian itu sama untuk setiap manusia. Sebagai contoh, katakan kita nampak seorang itu lebih kaya dari kita tetapi kita tidak nampak apa masalah yang dihadapinya dan mungkin masalah beliau hadapi lebih besar dari masalah kita sendiri.
.
Sudahnya kita membuat kesimpulan bahawa beliau lebih beruntung dari kita walhal jika kita tahu masalah yang dihadapinya, kemungkinan besar kita tidak merasakan beliau lebih beruntung dari kita. Yang penting perlu kita perhatikan ialah bagaimanakah cara pandang kita terhadap bahagian yang Tuhan telah tentukan untuk diri kita itu. Sebab cara pandang inilah merupakan ’root cause’ apa yang kita akan terima dalam hidup ini.

Bukan dulu aku tidak tahu mengenai hal-hal ini, tetapi entah kenapa pengalaman yang aku lalui akhir-akhir ini mampu bawa aku lihat soal berlapang dada dari perspektif yang berbeza. Sekarang baru aku menyedari sebenar-benarnya apa yang dikatakan berulang kali oleh Col Izaidin kepada aku selama ini, ’Mior, all for good ... all for good’. Aku tersengih sendirian.
.
PPB3K memudahkan anda untuk berlapang dada. Cubalah. Tak cuba tak tahu ...

No comments:

Post a Comment