.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, September 9, 2010

Orang Malaysia Masakini – Satu Pemerhatian

.
Pesal sejak beberapa ketika ini aku lihat orang-orang Malaysia ni macam tension semacam jer? Dalam TV. Dalam paper. Dalam FB. Dalam blog. Orang itu hentam orang ini. Orang ini hentam orang itu. Semua macam nak mengamuk jer. Semua macam nak tunjuk perasaan aje. Apa dah jadi yer?

Apa sebenarnya punca hal-hal ini? Masing-masing tension ker? Keadaan hidup ini hectic sangat kot sampai semua cepat naik angin? Pelik binti ajaib. Rimas aku. Nak kata orang yang kurang pelajaran saja yang perangai gini aku tengok tak juger. Yang pandai-pandai pun sama. 2 X 5 ... 5 X 2 ... sama aje.
.

Tapi aku rasa jumlah mereka yang suka provoke ini sikit aje jumlahnya. Mereka ini saja nak tunjuk jadi hero. Macam nak dapat publisiti murah ajer aku tengok. Aku rasa golongan mereka ini ada dalam Melayu, Cina atau India. Jumlahnya sikit tapi sebab mereka pandai jolok, pandai kempen, pandai tagih simpati ... sudahnya senang ler mereka pengaruhi orang-orang dari golongan mereka yang pikirannya lurus.

Bila aku jalan sana sini, seronok aku tengok makcik-pakcik yang dari berbagai kaum masih lagi boleh sama-sama duduk berbual minum kopi. Aku cuba dengar apa yang dibual mereka. Sebenarnya apa yang jadi concern mereka sama saja. Mereka dok concern pasal anak mereka. Mereka concern pasal cucu-cucu mereka. Mereka concern pasal kesihatan mereka. Mereka concern pasal petang nak ujan ker! Hidup mereka so simple and aku rasa yang simple tu lah yang mahal harganya.
.
Tetapi mengapa golongan yang muda tak begitu? Mereka ini terlebih tenaga ker? Mereka ni terlebih masa ker? ... sampai sebok dengan perkara-perkara yang rumit seperti mana yang kita dengar sekarang ini? Macam tak boleh bertolak ansur langsung. Sakit kepala dan sakit hati aku. Tuhan saja yang tahu.

Tapi yang lebih peliknya, bila di luar negera, aku nampak orang-orang Malaysia yang datang dari berbagai golongan ini bukan main baik lagi sesama mereka. Macam adik beradik. Masing-masing macam bangga datang dari Malaysia. Masing-masing dok sebut rindu pada nasi lemak, roti canai dan nasi ayam. Mungkin ada yang menafikan cakap aku ini tetapi mereka tak boleh nafikan bahawa golongan begini memang wujud di luar negara sana tu.
.
Jadi apa patut kita buat?

Aku rasa orang Malaysia ni cepat sangat lupa. Almaklumlah semuanya boleh dikatakan senang. Jadi manja tak tentu pasal. Kalau harus struggle macam orang Indon dan Bangla yang datang cari rezeki ke sini baru mereka tahu tinggi rendah langit ni. Banyak orang Malaysia ini sudah buta sejarah. Ramai yang baca sejarah itu pun cuba paham sejarah ikut nafsu masing-masing. .
.
Mereka lupa bagaimana datuk nenek mereka struggle, banyak bertolak ansur yang menyebabkan Malaysia maju jadi macam hari ini. Kalau perangai datuk nenek orang Malaysia ini tidak diteruskan oleh orang Malaysia generasi sekarang, takut aku nak pikir apa akan jadi pada masa depan. Yang pastinya, semua akan rugi. Tak ada saper yang akan untung sudahnya. Lu pikir la sendiri ...
.
Dah lebih 50 tahun merdeka. Dimana kita? Aku tak nak blame sesaper. Tapi yang jelas aku lihat semua pihak ada salahnya. Tak payah la nak tunding jari sana sini. Save ler energy tu untuk benda-benda yang bermenafaat. Apa kata kita duduk kat kedai kopi. Kita bincang sama-sama macam mana nak bagi kawasan kita maju. Maju segala segi. Kita sepakat buat tindakan. Aku yakin kita mampu buat sebab Tuhan dah beri kita akal. Hanyanya selama ini kita tak gunakannya aje.

Bila semua kawasan di Malaysia ini maju, dengan sendirinya Malaysia ini maju. Jadi tak ler kita kena kata dengan orang luar. Baru ler ada rasa bangga jika kita pergi ke luar negara. Susah sangat ker? After all Malaysia ini negara kita. Kita nak pergi mana lagi?
.
Kalau itu pun payah atau tak tahu macam mana nak mula, aku seru pada semua Menteri, pada semua Pemimpin Masyarakat, pada semua Pegawai Kerajaan & Swasta dan pada semua yang ada kuasa agar ajak golongan-golongan yang mereka pimpin sertai Anda Dilahirkan Berjaya. Satu program asas untuk kenal makna hidup atas mukabumi ini. Tak payah nak berprasangka itu ini, tak payah nak pening-pening kepala. Aku tak berlawak. Aku serius. ’Just Do It’ bak kata Nike. Aku yakin benda ini lah yang kita orang Malaysia perlukan. Period.

Sebelum aku tamatkan cerita ini, sebab aku banyak dok kata orang dan juga sempena bulan penuh berkat ni dah nak abis, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Aku mintak maaf zahir dan batin.

3 comments:

  1. "Lu pikir la sendiri!" - because 'of them' who pikir sendiri la 'oh damn' bangsa kita. Seat together n think together. aka jemaah.

    p/s: mior, feel free to disagree, after all it's your blog. hehehe. ;-)

    ReplyDelete
  2. Yeah. I dun want to disagree or agree. Sama-sama fikir la yer.

    ReplyDelete
  3. 'Sama-sama fikir la yer.' ~ I'll suggest to that Nabil. It's better..:p hehe.. :-)

    ReplyDelete