.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, September 19, 2010

Transformasi Organisasi

.
Pada ketika ini ramai orang bercakap mengenai perkataan transformasi. Hinggakan Kerajaan sendiri banyak berusaha untuk mentransformasi itu dan ini. Kemuncak kepada usaha-usaha ke arah ini ialah bilamana tema Hari Kebangsaan baru-baru ini pun berbunyi 1Malaysia Menjana Transformasi.

Bila bercakap mengenai tranformasi serta mahu melaksanakan transformasi itu sendiri, dua perkara perlu jelas. Pertama ialah apa yang mahu ditransformasi dan keduanya apakah kaedah yang mahu digunapakai untuk mencapai transformasi tersebut. Bila perkara ini kita bincangkan dari sudut sesebuah organisasi, adakah kita jelas mengenai dua keperluan ini?
.
Jika dilihat dalam sesuatu organisasi, kebiasaannya apa yang mahu ditransformasi hanya jelas di lapisan tertinggi sahaja. Namun lapisan yang lebih bawah tidak jelas mengenainya. Sudahnya jika ini yang berlaku maka organisasi sebegini bolehlah kita katakan lapisan tertingginya hanya syok sendiri sahaja. Bahaya sungguh jika ini dibiar berleluasa.

Satu usaha yang sistematik dan berterusan untuk menceritakan dan menerangkan apa yang mahu ditransformasi ini dengan menggunakan bahasa-bahasa yang difahami oleh mereka di lapisan lebih bawah mesti dilaksanakan. Jika tidak susah untuk mempengaruhi mereka untuk menyokong apa yang mahu ditranformasi. Sehingga itu, usah harap mereka akan berganjak untuk melakukan sebarang usaha bagi mencapai transformasi yang dihajati. Mungkin ramai yang sudah memahami kehendak ini tetapi soalnya adakah kita buat? Tahu dan buat adalah dua perkara yang cukup berbeza!
.
Dalam melaksana usaha untuk melaksanakan sebarang transformasi itu pula, banyak organisasi di Malaysia ini telah ‘subscribe’ kepada beberapa inisiatif-inisiatif kualiti (seperti Sistem Pengurusan Kualiti ISO, Anugerah Kualiti Industri Perdana Menteri, 5S, Sistem Pengurusan Risiko, Kumpulan Meningkat Kepuasan Pelanggan, Sistem Pengurusan Keselamatan dan sebagainya) baik didalam Jabatan Kerajaan maupun sektor swasta. Ini satu langkah yang harus dipuji kerana inisiatif-inisiatif kualiti ini bukan sahaja mudah dan praktikal untuk digunakan malah hasil akhir yang mahu dicapai melalui penggunaan inisiatif-inisiatif kualiti ini mudah diukur.

Namun entah dimana silapnya, dari pemerhatian saya banyak daripada organisasi di Malaysia telah menyalahgunakan penggunaan inisiatif kualiti ini. Ketika ini tumpuan organisasi ini hanyalah setakat mendapat pengiktirafan dan memenangi anugerah tanpa benar-benar menggunakan inisiatif kualiti ini sebagai ALAT untuk mencapai sebarang matlamat organisasi. Satu tindakan yang amat merugikan wang, masa dan tenaga!
.
Saya sebagai penggiat ke arah transformasi telah lama menyedari hal ini. Lagi lama saya berbincang dengan kawan-kawan termasuk beberapa orang penting di SIRIM dan Pusat Produktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Center), lagi kuat saya lihat perlu sangat kita melaksanakan anjakan paradigma bagi mengubah salah tanggap ini.

Tapi bagaimana? Kedua-dua persoalan ini (apa dan bagaimana menangani transformasi) amat penting ditangani secara sistematik dan berterusan agar masa, wang ringit dan tenaga tidak disia-siakan. Jika tidak, bukan sahaja hasrat transformasi itu saja tidak akan tercapai, malah yang lebih memusnahkan ialah hilangnya kepercayaan (trust) setiap ahli dalam sesuatu organisasi terhadap usaha-usaha sebegini.
.
Menyedari hal ini, dalam ruang-ruang masa yang ada telah saya usahakan PPB3K. Satu program asas transformasi yang berupaya menangani dua persoalan mengenai keperluan transformasi ini. (Sila klik pada logo Apa Itu PPB3K disebelah kanan laman ini). PPB3K telah disediakan dalam suasana ketidakpuasan dalam menangani transformasi dan hasilnya PPB3K amat mudah, logik dan praktikal untuk diserapkan dalam segenap lapisan yang ada dalam sesuatu organisasi. Telah saya persembahkan idea-idea yang terkandung dalam PPB3K kepada mereka yang ahli dan maklumbalas dari mereka cukup mengujakan.

Akhir kata, jika tuan puan benar-benar mahu laksanakan transformasi pada kos, masa dan tenaga yang paling optima disamping memastikan transformasi ini dilaksanakan secara sistematik dan berterusan, langganilah PPB3K segera! Saya pasti, tuan puan akan menyesal kerana tidak mengetahui mengenai PPB3K ini lebih awal!
.
Kearah transformasi yang bersifat Sejahtera-Bahagia-Kaya!

No comments:

Post a Comment