.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, October 6, 2010

Kuasa Cinta

.
Kuasa Cinta merupakan satu kuasa pemberian Tuhan kepada umat manusia. Namun ramai manusia telah membatasi penggunaan kuasa cinta ini kepada hal-hal yang bersangkutan kepada soal perhubungan antara lelaki dan perempuan sahaja.

Cuba kita sama-sama saksikan kuasa cinta yang wujud dalam video dibawah ini ...


video


Jika anda renungkan perihal mereka didalam video di atas, apakah ciri-ciri yang wujud dalam diri setiap mereka apabila kuasa cinta mula menguasai diri mereka? Bagi saya, terdapat dua ciri utama yang wujud.

Pertama ialah pengharapan (expectation) terhadap apa yang dihajati. Mereka yang telah terpengaruh dengan kuasa cinta ini nampaknya sentiasa berharap agar apa yang dihajati itu akan menjadi milik mereka.

Kedua ialah keinginan membara (burning desire) terhadap apa yang dihajati. Mereka yang telah terpengaruh dengan kuasa cinta ini nampaknya punya keinginan membara untuk mencapai apa yang dihajati.

Hasil dari dua ciri utama ini, jelas kelihatan mereka akan berusaha tanpa mengenali erti penat. Bukan itu sahaja, mereka berani mengambil risiko yang bukan sedikit bagi merealisasi apa yang dihajati. Jelas wujud ’passion’ dalam diri mereka.

Rumusannya, jika kuasa cinta boleh membangunkan dua ciri ini dalam diri kita untuk capai hajat kita, mengapa kita harus terhadkan penggunaan kuasa cinta terhadap perhubungan antara lelaki dan perempuan sahaja? Bolehkah kita gunakan kuasa cinta ini dalam cabang hidup kita yang lain? Jawapannya sudah tentu boleh! Apa kata kita guna kuasa cinta ini dalam usaha capai matlamat hidup kita?

Namun bagaimana kita perlu jatuh cinta dengan matlamat kita? Jawapannya ada dalam program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Apa tunggu lagi, sertai ADB mulai sekarang juga. Mana tahu ini merupakan satu tindakan yang akan mempengaruhi kehidupan anda secara positif untuk masa depan anda. Pilihan di Tangan Anda!!!

No comments:

Post a Comment