.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, October 20, 2010

‘Law of Attraction’

.
Malam tadi, aku telah disyorkan oleh seorang kawan agar menonton satu temu ramah bersama Michael Losier, penulis buku bestseller “Law of Attraction” dalam saluran Astro 502 pada jam 8.30 malam.

Aku sebenarnya agak teruja untuk menonton temu ramah ini kerana topik ini memang merupakan salah satu topik yang terkandung dalam ‘Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB). Bagi anda yang telah hadir program ADB, pasti masih ingat cerita pasal ’pokok mangga’ pada hari ketiga ADB itu kan? Tambah pula, entah kenapa ada satu suara dalam diri aku yang beriya-iya benar meminta aku tontoni temu ramah ini. Fikir aku, bukan kah ini merupakan perlaksanaan ’Law of Attraction’ ini sendiri? :) I simply tahu aku akan dapat sesuatu dari temu ramah ini. Jadi lepas Isya’ semalam, aku dah duduk depan TV.

Memang harapan aku tidak sia-sia. Banyak sudut mengenai hukum ini dapat aku lihat. Sudahnya aku rasa, aku mesti tulis sesuatu disini mengenai apa yang aku pelajari malam tadi. Ianya mengenai bagaimana laksana hukum ini secara praktikal dalam hidup kita.

Ada tiga langkah asas untuk laksana hukum ini.

Langkah 1
Pastikan kita punya matlamat yang cukup jelas yang mahu kita capai. Sebagai contoh, jika matlamat kita berbunyi kita mahu jadi kaya, matlamat ini memang tidak jelas. Sepatutnya matlamat itu berbunyi, ’Pada 29 Nov 2011, saya telah menyimpan sebanyak RM100,000.00 dalam akaun bank saya’. Anda sendiri boleh bayangkan apa terjadi pada hidup anda jika matlamat anda kabur. Anda yang attend ADB, pasti masih ingat ’7 langkah tetap matlamat’ kan?

Langkah 2
Beri perhatian kepada matlamat kita itu. Ramai orang punya matlamat tetapi jarang-jarang mereka beri perhatian kepada matlamat mereka. Seperti kata Losier malam tadi, beliau bertanya kepada seorang kawannya adakah kawannya itu beri perhatian kepada matlamatnya? Selepas itu, kawannya sebok membongkar almarinya untuk mencari matlamat yang telah ditulisnya. Melihat kelakuan kawannya itu, Losier membuat kesimpulan bahawa sah kawannya itu tidak beri perhatian kepada matlamatnya. Kita beri perhatian kepada matlamat kita? Anda yang attend ADB, pasti masih ingat fungsi ’goal card’ dan ’affirmation card’ kan?

Langkah 3
Hilangkan keraguan terhadap apa yang kita mahukan itu. Bagaimana?

Pertama, elakkan mengguna perkataan ’jangan’ (no-not-don’t). Sebagai contoh, jika kita sebut kata jangan merokok, bukankah idea rokok yang tertarik (attracted) dalam diri kita dan sudahnya idea merokok itu jadi dominan dalam fikiran kita? Katakan anda google perkataan ‘jangan merokok’, apa yang keluar? Lagi banyak rokok!!!

Kedua, di saat bila kita terasa kita tidak boleh melakukan itu dan ini, RESET pemikiran kita dengan bertanyakan kepada diri sendiri dengan soalan ‘Apa yang boleh?’

Kedua-dua kaedah untuk menghilangkan keraguan ini memerlukan latihan berulang kali hingga ianya menjadi tabiat kita. Soalnya kita mahu ker? Bila sebut pasal mahu hilangkan keraguan ini juga, anda yang attend ADB, pasti masih ingat sessi ’tulis surat cinta pada kerjaku’ kan?

Itulah diantara pelajaran yang aku kutip malam tadi. Aku rasa sungguh seronok dan puas hati. Sebagai penutup kepada artikel ini, dikepilkan satu sedutan ceramah Michael Losier untuk renungan kita bersama. Akhir kata, apa kata kita tarik (attract) Sejahtera-Bahagia-Kaya dalam hidup kita!


1 comment:

  1. thanks coz lawat blog aku..... blog hang penuh info terharu blog aku merapek

    ReplyDelete