.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, October 10, 2010

Pengikut Hebat

.
Sedang aku duduk satu pagi, mengemaskini satu lapuran yang perlu aku selesaikan, aku terima satu panggilan telefon dari sahabat baik aku, Azman. Bila saja dia call, aku tahu pasti ada sesuatu yang kami akan share untuk dijadikan renungan dan bekal dalam hidup ini.

So pagi ini, dalam waktu yang cukup singkat ini, entah kenapa perbualan kami berkisar mengenai kepentingan menuruti arahan ketua dalam tugas kita. Inilah perkara yang mahu aku huraikan dalam artikel ini.
.

Ramai di antara kita mempunyai tanggapan bahawa mereka yang suka sangat menuruti arahan ketua masing-masing sebagai suka mengampu, suka membodek dan mempunyai agenda udang sebalik batu. Benarkah begitu? Adakah ini merupakan budaya kita? Apa kata kita semak diri kita sendiri. Elakkan dari terus membuat rumusan tetapi fikirkan dalam-dalam samada kita begitu.

Apabila diri ini semakin meningkat usia, baru aku sedari bahawa amat penting kita menuruti arahan-arahan ketua kita selagi ianya tidak bercanggah dengan Hukum Tuhan dan cara pesuruhNya. Semua ketua-ketua merupakan manusia juga. Sebagai manusia, mereka tidak dapat lari dari perangainya manusia yang suka kepada apa yang menyenangkan hati mereka.
.
Sebagai contoh, katakan seorang ketua itu memberi satu tugasan berbeza kepada dua orang anggota kerjanya agar menyiapkan tugasan-tugasan dalam masa 6 bulan. Katakan seorang anggota kerjanya yang mempunyai kelulusan biasa telah berjaya menyiapkan tugasnya dalam masa 3 bulan. Katakan juga seorang lagi anggota kerjanya yang mempunyai kelulusan yang hebat masih tidak berjaya menyiapkan tugasannya walaupun sudah masuk bulan ke 9. Agak-agak anda anggota kerja yang manakah yang disukai oleh ketua tersebut? Anda sendiri sudah maklum dengan jawapannya bukan?

Ketua mana yang tidak akan suka kepada anggota kerja mereka yang sentiasa menunaikan tugasan yang diberi? Sebabnya ketua itu pula sebenarnya perlu memastikan tugasan tersebut selesai untuk memenuhi kehendak ketua atau pelanggan beliau. Jika anggota kerja ketua tersebut tidak berupaya menunaikan tugasan beliau, bayangkan bagaimana bentuk tekanan yang dihadapi oleh ketua tersebut.
.
Soal pandai atau kelulusan kita dalam kerja kita sebenarnya soal lain. Jangan disalah anggap bahawa kelulusan itu tidak penting dalam kerja kita. Ilmu dan kemahiran mesti sentiasa dinaiktarafkan agar kita masih relevan dalam bidang kita. Namun masalah yang sering timbul ialah orang yang punya ‘ilmu’ dan ‘kemahiran’ ini punya masalah ego dan merasakan mereka lebih ‘pandai’ dari ketua mereka. Sudahnya itulah sebab mengapa kita lihat di tempat kerja berlaku banyak konflik yang melibatkan ketua dan anggota kerja.

Alangkah indahnya jika semua kita mempunyai kesedaran bahawa kita perlu menuruti apa yang ditugaskan oleh ketua-ketua kita. Sedarilah, Tuhan sendiri pun memberi imbuhan yang baik-baik kepada hambaNya yang menuruti perintahNya. Apatah lagi manusia yang bergelar ketua. Pasti mereka juga akan teringin memberi imbuhan yang terbaik kepada anggota kerja mereka.
.
Pelajaran dari perbincangan dengan Azman mengenai isu ini telah benar-benar memberi kefahaman kepada aku mengenai satu ungkapan yang berbunyi; “To be a good leader you must be a good follower. And to be a good follower you must be a good leader”.

Maksudnya, untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat, ianya perlu bermula dengan berusaha menjadi seorang pengikut yang hebat sebab jika anda gagal menjadi pengikut yang hebat dan bilamana anda menjadi seorang ketua, anda akan dapat saksikan pengikut anda pada ketika itu akan sentiasa ‘melawan’ cakap anda. (Perlaksanaan Hukum Sebab dan Akibat).

Dan semasa anda menjadi seorang pengikut, pastikan anda berusaha menjadi pemimpin yang baik terhadap tugasan yang telah diserahkan kepada anda. Dalam kata lain, anda berani bertanggungjawab (be responsible) terhadap perlaksanaan tugasan tersebut dan berani dipertanggungjawabkan (be accountable) terhadap sebarang kemungkinan hasil dari tugasan tersebut.
.
Akhir kata, jadilah seorang pengikut yang hebat. Tersembunyi didalamnya berbagai hikmah yang bakal terjelma semasa menyusuri hidup ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita ini, ikuti PPB3K. Satu program transformasi terhebat!

No comments:

Post a Comment