.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, October 3, 2010

Ulasan Perlaksanaan ADB Untuk Eksekutif Penghantaran, TNB

.
Minggu lepas, telah disempurnakan modul Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) untuk kira-kira 32 orang eksekutif yang kebanyakannya merupakan jurutera-jurutera dari berbagai unit bisnes seluruh Bahagian Penghantaran, TNB. Sebenarnya mereka ini merupakan kumpulan kelima dan terakhir yang menyertai modul ini.
.
Aku berasa amat bersyukur kerana kelima-lima kumpulan yang telah menyertai ADB ini menunjukkan respon yang cukup memberangsangkan. Aku harap mereka dapat menggunapakai ADB bagi membina kompetensi kepimpinan dalam diri masing-masing.
.
Sebut pasal kepimpinan, aku masih teringat kata saudara Rod, Pengurus Latihan Bahagian Penghantaran tempohari bahawa beliau mahu menggunapakai PPB3K sebagai bahan utama dalam program ’Capacity Building’ mereka bagi melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dikalangan eksekutif Penghantaran. Namun kata beliau, beliau mahu melaksanakan ADB terdahulu dan melihat respon eksekutif ini dahulu sebelum meneruskan modul-modul lain dalam PPB3K.
.
Hasilnya? Selepas melihat respon dari eksekutif-eksekutif ini terhadap ADB, Rod tanpa teragak-agak mahu meneruskan modul-modul lain yang ada dalam PPB3K ini untuk pembangunan kepimpinan eksekutif-eksekutif ini. Bak kata Rod sendiri, ’Kami ada rancangan masa panjang untuk PPB3K ini’. Aku sengih jer. Jauh dalam hati, aku harap, setiap modul yang ada dalam PPB3K ini dapat dilaksanakan dalam ’Capacity Building’ mereka. Anyway, syukur kepada Tuhan banyak-banyak di atas peluang ini.
.
Bila aku renung semula mereka-mereka yang hadir modul ADB ini, aku pasti mereka yang hadir sepenuhnya modul inilah yang akan mendapat kesan maksima dari ADB ini. Aku pasti mereka yang hadir sepenuhnya dapat merasakan betapa ruginya jika mereka tidak hadir sepenuhnya. Yang tidak hadir sepenuhnya mana mungkin mereka sedar mereka rugi. Itu perkara logik. Seperti kata saudara Tung semasa sessi perkongsian yang mana beliau telah hadir pada modul ADB kali ke lima ini, ”Amat rugi jika saya terlepas salah satu perkara dalam ADB ini. Tadipun saya terlepas satu perkara. Akan saya tanyakan pada kawan mengenainya kemudian”.
.
Aku ada menjemput beberapa orang sahabat semasa kelima-lima modul ini dilangsungkan. Aku jemput mereka sebagai ’guest’ aku kerana aku ingin sangat mereka lihat apa yang ada dalam ADB ini. Sudahnya aku cukup puas hati kerana mereka telah memberi berbagai pandangan dari berbagai sudut yang tidak pernah aku terfikir sebelum ini. Sebut pasal belajar, aku teringat kata Haji K, Pengurus Besar Kejuruteraan, Bahagian Penghantaran semasa kami berbual pasal ADB dalam Jamuan Hari Raya Pejabat Naib Presiden Bahagian Penghantaran tempohari, ”I suka sangat beri traning ni bukan apa tetapi I yang paling banyak belajar!”.
.
Sepertinya apa yang dikongsi oleh Uztaz Hairudin semasa berhenti rehat hari kedua ADB kali ini, ”Saya dapati bahaya sangka buruk ialah apa yang disangka buruk itu bukan saja menyebabkan kita gaduh antara satu sama lain tetapi yang lebih merbahayanya ialah apa yang disangka buruk itu akan melekat pada diri sendiri”. Terima kasih Uztaz.
.
Akhir kata, modul mana yang mahu aku sampaikan untuk pusingan kedua dalam ’Capacity Building’ ini? Fikir punya fikir, aku berkeyakinan Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2) paling sesuai untuk mereka. Kalau tagline ADB berbunyi, ’Anda tahu bagaimana diri anda beroperasi?’, maka tagline untuk PB2 ini pula berbunyi ’Anda tahu bagaimana urus unit bisnes anda?’ Aku harap ianya cukup menarik untuk mereka yang akan hadir nanti.

No comments:

Post a Comment