.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, November 29, 2010

‘Sedia Untuk Berjaya?’ - EWT

.
Semasa menghadiri majlis BBQ sempena seminar ‘Sedia Untuk Berjaya?’ (SUB) bagi anggota kerja EWT di Eagle Ranch Resort baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu soalan oleh salah seorang peserta program ini. Tanya beliau, “Bagaimana saya mahu amalkan apa yang kita perolehi dari SUB ini?”

Terpempan aku seketika tetapi cepat-cepat aku tanya balik kepada beliau. “Agak-agak you, bagaimana you nak amalkannya?” Beliau nampak macam kurang senang dengan pertanyaan aku itu lalu aku katakan pada beliau bahawa akan aku rumuskan caranya semasa penutup SUB nanti.
.


Pertanyaan beliau itu memang cukup kritikal dan relevan. Semestinya selepas setiap perlatihan, kita harus peka bagaimana harus kita gunakan ilmu atau pengalaman yang diperolehi melalui sebarang perlatihan di tempat kerja. Jika tidak, mengapa harus kita attend sebarang perlatihan? Fikirkan …

Aku sememangnya sudah merumuskan bagaimana mahu aku syorkan untuk amal SUB ini di tempat kerja namun bila aku ditanya soalan di atas, aku semakin menjadi lebih peka bagaimana harus amal ilmu SUB ini. Semestinya cara amal SUB ini perlu spesifik dan praktikal agar mudah mengamalkannya. Terus terang aku katakan, kepala aku ligat memikirkan hal ini dan sudahnya semasa sessi penutup SUB itu, aku bentangkan kaedah pengamalan SUB ini. Cara pengamalan SUB terbahagi kepada 3 amalan utama;


Amalan Pertama

Tentukan matlamat di pejabat. Tanpa matlamat sudah pasti kita tidak berupaya menggunakan ilmu SUB ini kerana matlamat merupakan sebab mengapa kita menggunakan ilmu SUB ini.
.

Amalan Kedua

Jadikan konsep P.E.R.F.O.R.M. sebagai senarai semak perlaksanaan kerja bepasukan dalam pasukan anda. Jika wujud elemen ini dalam pasukan anda, syukurlah tetapi jika tidak wujud, usahakan agar elemen tersebut wujud dalam pasukan anda. Apa itu P.E.R.F.O.R.M.?

Purpose and Values (Tujuan (Misi&Visi) dan Nilai)
Empowerment (Memberi Kuasa)
Relationships and Communication (Hubungan dan Komunikasi)
Flexibility (Fleksibiliti)
Optimal Performance (Prestasi yang Optima)
Recognition and Appreciation (Penghargaan dan Pengiktirafan)
Morale (Semangat)
.

Amalan Ketiga

Jadikan ciri-ciri pemimpin hebat berikut sebagai senarai semak dalam usaha untuk bina diri sebagai pemimpin. Jika wujud elemen pemimpin hebat ini dalam diri anda, syukurlah tetapi jika tidak wujud, usahakan agar elemen tersebut wujud dalam diri anda. Apa itu ciri-ciri pemimpin hebat?

Perlu kenal diri sendiri & Tuhannya. (Emotional Fortitude)
Perlu punya matlamat – berfikiran luas.
Perlu fokus.
Perlu ada integriti.
Perlu sentiasa bekerja di dalam satu pasukan.
Perlu kreatif tidak kira apa situasi sekali pun.
Perlu berkongsi ilmu dan pengalaman. – memberi inspirasi.
Perlu mampu dipertanggungjawab & bertanggungjawab. – Berani membuat keputusan.
Perlu sentiasa melihat ciri-ciri positif di dalam diri orang lain. (Trust)
.

Perlu aku tegaskan sekali lagi bahawa pengamalan SUB ini secara keseluruhannya bergantung sangat-sangat samada kita punya matlamat. Jika tidak, payah untuk kita amalkan SUB. Juga ulang dan ulang nyanyi lagu ‘Demi Matahari’ dan seruan ‘Dalam Hidup ini’ untuk memastikan kita sentiasa bersemangat tinggi. Harapan aku, moga SUB membawa titik mula untuk semua para peserta dan diri aku sendiri untuk melaksanakan perubahan dalam hidup ini. Amin.
.
Sebelum aku tutup artikel ini, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua para peserta SUB ini kerana telah menghadiah sebiji kek sempena ulang tahun umur aku. What a pleasant surprise! :) Moga semua kita Sejahtera-Bahagia-Kaya!!!

Saturday, November 27, 2010

Expectation

.
A turtle family went on a picnic. The turtles, being naturally slow about things, took seven years to prepare for their outings. Finally the Turtle family left home looking for a suitable place. During the second year of their journey they found it. For about six months they cleaned up the area, unpacked the picnic basket, and completed the arrangements.
.
Then they discovered they had forgotten the salt. A picnic without salt would be a disaster, they all agreed. After a lengthy discussion, the youngest turtle was chosen to retrieve the salt from home. Although he was the fastest of the slow moving turtles, the little turtle whined, cried, and wobbled in his shell.

He agreed to go on one condition: that no one would eat until he returned. The family consented and the little turtle left. Three days passed and the little turtle had not returned. Five days and six days passed...
.
Then in the seventh day of his absence, the oldest turtle could no longer contain his hunger. He announced that he was going to eat and began to unwrap a sandwich. At that point the little turtle suddenly popped out from behind a tree shouting, "See I knew you wouldn't wait. Now I am not going to go get the salt."
.
Lesson Learned:

Some of us waste our time waiting for people to live up to our expectations. We are so concerned about what others are doing that we don't do anything ourselves.

Wednesday, November 24, 2010

Antara Pangkat dan Kepimpinan

.
Semenjak aku menyarankan bahawa kita tidak memerlukan pangkat untuk memimpin, banyak persoalan timbul yang ingin mengetahui

1) Apa beza pangkat dan kepimpinan?
2) Kenapa perlu pangkat jika ianya tidak diperlukan dalam memimpin?
3) Apa hubungan pangkat dan kepimpinan?

Sebelum menjawab persoalan-persoalan di atas, eloklah kita ’revisit’ apa makna kepimpinan itu sendiri. Kepimpinan bukan mewakilli pangkat atau kerusi yang diduduki. Kepimpinan sebenarnya adalah merupakan kekompetanan atau kemahiran memimpin.
.
Kepimpinan ditakrifkan sebagai kemampuan diri kita sendiri untuk mempengaruhi seseorang atau sekumpulan orang untuk melaksanakan apa yang dimahukan oleh diri kita dan pada masa yang sama orang atau sekumpulan orang yang diminta melaksanakan perkara tesebut nampak akan kebaikan untuk diri beliau atau mereka bila melaksanakan perkara tersebut dan seterusnya benar-benar mahu melaksanakan perkara tersebut. (Tanyakan pada diri sendiri dimanakah tahap kepimpinan diri sendiri berdasarkan kepada takrif kepimpinan di atas)

Manakala pangkat pula ditakrifkan sebagai peranan (role) yang kita mainkan dalam sesuatu kumpulan atau organisasi tersebut.

Dari kedua-dua takrif di atas dirasakan anda semua sudah mulai jelas beza antara kepimpinan dan pangkat. Rumusannya, perbezaan antara pangkat dan kepimpinan ini bermakna perbezaan antara apa makna peranan berbanding kepada apa makna kemahiran memimpin.
.
Sudahnya untuk menjawab soalan no. 2, jika peranan mereka-mereka yang ada di dalam sesuatu organisasi itu sama, sudah pasti banyak pekerjaan tidak dapat dilaksanakan. Ianya ibarat lima jari di tangan kita. Ada yang tinggi dan ada yang rendah kedudukannya. Namun setiap peranan begitu penting bagi menjamin organisasi itu dapat terus beroperasi dengan efektif bagi mencapai maksud atau matlamat organisasi tersebut.

Walau apa pun pangkat (peranan) seseorang itu dalam organisasi itu, setiap pangkat (peranan) itu menuntut setiap penjawat pangkat (peranan) itu melaksanakan kepimpinan (seperti takrif kepimpinan di atas). Jika si penjawat pangkat (peranan) itu gagal melaksanakan kepimpinan dalam tugasnya walau dimana kedudukan beliau dalam organisasi tersebut, pasti organisasi itu menuju kehancuran. Itulah sebab mengapa di Barat sana kita lihat, setiap organisasi yang hebat pencapaiannya mentik beratkan pembinaan kepimpinan anggota kerja mereka pda setiap peringkat.
.
Dari kenyataan di atas, sebenarnya ianya menyediakan kita menjawab soalan no. 3. Hubungan yang ada antara kepimpinan dan pangkat tak lain tak bukan ialah bagi sesiapa yang menunjukkan kepimpinan yang mantap, beliau sebenarnya telah memberi kepercayaan (trust) kepada orang lain agar beliau dipilih untuk menjawat pangkat (peranan) yang lebih tinggi. Itu sahaja!

Kesimpulan dari perbincangan ini ialah, memandangkan kepimpinan itu merupakan satu kemahiran, sudah semestinya kepimpinan itu boleh diajar dan dibangunkan. Lagi hebat kemahiran kepimpinan ini, lagi hebat pangkat (peranan) yang boleh dimainkan. Cerita mudah tapi tidak ramai yang tidak mengetahuinya. Ikuti siri Pimpinan Berjaya Part 1 dan Pimpinan Berjaya Part 2 dalam PPB3K untuk mempertingkatkan kemahiran kepimpinan ini!

Saturday, November 20, 2010

Perception ... Something To Think About

.
The Situation
.

In Washington DC, at a Metro Station, on a cold January morning in 2007, this man with a violin played six Bach pieces for about 45 minutes. During that time, approximately 2,000 people went through the station, most of them on their way to work. After about 3 minutes, a middle-aged man noticed that there was a musician playing. He slowed his pace and stopped for a few seconds, and then he hurried on to meet his schedule.
. .
About 4 minutes later:

The violinist received his first dollar. A woman threw money in the hat and, without stopping, continued to walk.

At 6 minutes:

A young man leaned against the wall to listen to him, then looked at his watch and started to walk again.

At 10 minutes:

A 3-year old boy stopped, but his mother tugged him along hurriedly. The kid stopped to look at the violinist again, but the mother pushed hard and the child continued to walk, turning his head the whole time. This action was repeated by several other children, but every parent - without exception - forced their children to move on quickly.

At 45 minutes:

The musician played continuously. Only 6 people stopped and listened for a short while. About 20 gave money but continued to walk at their normal pace. The man collected a total of $32.

After 1 hour:

He finished playing and silence took over. No one noticed and no one applauded. There was no recognition at all.
.
No one knew this, but the violinist was Joshua Bell, one of the greatest musicians in the world. He played one of the most intricate pieces ever written, with a violin worth $3.5 million dollars. Two days before, Joshua Bell sold-out a theater in Boston where the seats averaged $100 each to sit and listen to him plays the same music.

This is a true story. Joshua Bell, playing incognito in the D.C. Metro Station, was organized by the Washington Post as part of a social experiment about perception, taste and people's priorities.
. .
This experiment raised several questions:

In a common-place environment, at an inappropriate hour, do we perceive beauty?

If so, do we stop to appreciate it?

Do we recognize talent in an unexpected context?
. .
One possible conclusion reached from this experiment could be this:

If we do not have a moment to stop and listen to one of the best musicians in the world, playing some of the finest music ever written, with one of the most beautiful instruments ever made, how many other things are we missing as we rush through life?

Learn more about perception in ‘Kreativiti Untuk Berjaya’!

Wednesday, November 17, 2010

Positive Mental Attitude (PMA)

.
When Snake is alive, Snake eats Ants.
When Snake is dead, Ants eat Snake.
Time can turn at any time.
Don't neglect anyone in your life.......

Never make the same mistake twice,
There are so many new ones,
Try a different one each day.

A good way to change someone's attitude is to change your own.
Because, the same sun that melts butter, also hardens clay!
Life is as we think, so think beautifully.

Life is just like a sea, we are moving without an end.
Nothing stays with us,
What remains is just the memories of some people who touched us as waves.

Whenever you want to know how rich you are?
Never count your currency,
Just try to Drop a Tear and count how many hands reach out to WIPE that- that is true richness.

Heart tells the eyes see less, because you see and I suffer lot.
Eyes replied, feel less because you feel and I cry a lot.

Never change your originality for the sake of others,
Because no one can play your role better than you.
So be yourself, because whatever you are, YOU are the best.

Baby mosquito came back after 1st time flying.
His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, Everyone was 'clapping' for me!"
Now that’s a Positive Mental Attitude!
.

Learn more about Positive Mental Attitude in PPB3K

Sunday, November 14, 2010

Pembinaan Pelan Operasi Organisasi

.
Di dalam program Transformasi Kepimpinan (gabungan Pimpinan Berjaya Part 1 & 2) yang diadakan baru-baru ini untuk sekumpulan pegawai kerajaan dari berbagai jabatan, telah diadakan sessi penyediaan Pelan Operasi Organisasi (POO). Dalam menyediakan POO ini, mereka telah diminta menyediakan POO mereka berdasarkan turutan seperti senarai dibawah; .
.

POO ini dimulakan dengan menentukan secara terperinci apakah produk/servis yang ditawarkan oleh organisasi mereka kepada pelanggan mereka. Sedar tak sedar ramai dari organisasi tidak jelas apakah produk/servis yang ditawarkan oleh mereka. Perkara pelik tapi benar! Fikirkan …
.
Selepas itu mereka diminta mengenalpasti dengan terperinci siapakah pelanggan mereka. Seperti perkara di atas, kita punya tafsiran berbeza mengenai siapakah pelanggan kita. Sudahnya mana mungkin kita fokus dalam memenuhi kehendak pelanggan kita yang merupakan sebab mengapa organisasi kita diwujudkan! Fikirkan …
.
Berikutnya, mereka diminta menyediakan struktur organisasi bagi menerangkan peranan setiap anggota kerja dalam organisasi bagi memenuhi kehendak pelanggan ini. Adakah kita sedar struktur organisasi disediakan bagi tujuan ini dan bukan tujuan-tujuan lain? Fikirkan ...
.
Seterusnya, mereka diminta mencadangkan nilai (value proposition) yang mahu ditekankan dalam hubungan memenuhi kehendak pelanggan mereka. Mereka boleh memilih dari salah satu atau gabungan ’value proposition’ iaitu Kecemerlangan Operasi (Operational Excellence), Product Leadership (Kepimpinan dalam Produk) dan Hubungan Rapat dengan Pelanggan (Customer Intimacy). Jika ini tidak didilaksanakan, maka para pelanggan tidak nampak keunikan produk/servis yang kita beri kepada mereka. Kita begitu? Fikirkan ...
.
Berdasarkan kepada ’value proposition’ yang dibentuk, mereka diminta membentuk misi, nilai bersama dan visi organisasi mereka dalam usaha memenuhi kehendak pelanggan mereka. Penetapan ini semua perlu dilakukan bersama-sama dengan anggota kerja agar wujud ’empowerment’ dalam memikul misi, nilai bersama dan visi ini. Kita begitu? Fikirkan ...
.
Bertunjangkan 'value proposition', misi, nilai bersama dan visi organisasi mereka, seterusnya mereka diminta menjana polisi organisasi dalam memenuhi kehendak pelanggan mereka. Polisi ini akan menjadi sumber rujukan utama semasa melaksanakan perancangan strategi, perancangan perlaksanaan strategi dan perlaksanaan strategi itu nanti. Kita begitu? Fikirkan ...
.
.
Bagi memulakan perancangan strategi, SWOT telah digunakan. Segala input dari luar dan dalam organisasi perlu dipertimbangkan semasa membangunkan SWOT ini. Hasil dari SWOT ini akan keluar sumber untuk ’Strategic Objectives’ dan Inisiatif bagi membangunkan ’Strategy Map’ dan ’Balanced Scorecard’ (BSC) kemudiannya.
.
.
Selesai SWOT, tibalah masanya untuk melaksanakan perancangan perlaksanaan strategi. Peringkat pertama dalam perancangan perlaksananaan strategi ini ialah membangunkan ’Strategy Map’ seperti contohnya dibawah ini.
.

Setiap ’bubble’ dalam ’Strategy Map’ ini perlu diambil tindakan. Ianya dikelolakan dalam satu jadual yang dinamakan sebagai ’Balanced Scorecard’ (BSC) yang merupakan peringkat kedua dalam perancangan perlaksananaan strategi ini.
.
Seterusnya, setiap inisiatif dalam BSC perlu diawasi dengan ketat bagi menjamin perlaksanaannya. Ini dilakukan dengan memindahkan setiap inisiatif dalam BSC kepada satu jadual lain yang dinamakan ’Initiatives Tracker’ yang merupakan peringkat ketiga dalam perancangan perlaksananaan strategi ini.
. .
Setiap ’measures’ dan ’initiatives’ dalam BSC itu pula perlu ditugaskan kepada mereka-mereka yang ada dalam organisasi itu bagi menjamin perlaksanaannya. Jika tidak strategi yang dirancangkan itu akan tinggal nama sahaja. Kita begitu? Penugasan ini kita namakan Key Performance Indicator (KPI) yang merupakan peringkat keempat dalam perancangan perlaksananaan strategi ini.

Seterusnya bagi membantu setiap anggota kerja melaksanakan KPI masing-masing, mereka perlu dibekalkan dengan latihan-latihan bagi meningkatkan kompetensi mereka yang sepatutnya. Ini merupakan peringkat kelima dalam perancangan perlaksananaan strategi ini. Jika ini dilaksanakan, dengan penuh dedikasi, barulah kita lihat latihan yang diberi itu membawa erti kepada anggota kerja kita. Sedih saya melihat keadaan latihan-latihan yang sedia ada dalam banyak organisasi sekarang yang menyebabkan para pemimpin memandang sepi terhadap persoalan latihan ini. Kita begitu? Fikirkan ...
. .
Setelah ini kesemua lima langkah ini dilaksanakan, barulah mudah untuk kita melaksanakan POO kita. Kenapa? Sebab semua akan nampak peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memenuhi kehendak pelanggan (sebab mengapa organisasi diwujudkan).
.
Dari gelagat yang ditunjukkan oleh para peserta ini, mereka semua telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan POO kumpulan masing-masing. Mengapa? Sebab mereka cukup jelas perkara asas setiap langkah POO ini serta memahami peri pentingnya aktiviti ini bagi mencapai matlamat organisasi mereka. Selama ini, bila disebut mengenai aktiviti POO atau perancangan strategik ini, ramai yang menarik muka panjang kerana selalunya aktiviti ini cukup merumitkan dan membosankan.
.
Bukan itu sahaja, setelah diberi suntikan bahawa pemimpin perlu mempunyai daya pengaruh yang kuat serta fikiran (IQ, EQ dan SQ) mereka perlu diseimbangkan telah memberi cara pandang baru dalam soal memimpin. (semua kita pemimpin tanpa pengecualian!).

Sudahnya mereka puas dan saya puas. Mereka dan saya sendiri telah banyak belajar melalui perkongsian pengalaman dan ilmu dalam program Transformasi Kepimpinan ini. Akhir kata, saya suka ungkapkan kata-kata saudara Michael (salah seorang hadirin dari Sarawak) ... Transformasi Kepimpinan menunjukkan jalan-jalan menuju ’World Class’!!!
.

Saturday, November 13, 2010

Life 101

Someone has written these beautiful sentences. Must read and try to understand the deep meaning of it.
.

Prayer is not a "spare wheel" that you pull out when in trouble, but it is a "steering wheel" that directs the right path throughout.

Do you know why a Car's WINDSHIELD is so large & the rearview mirror is so small? Because our PAST is not as important as you FUTURE. Look Ahead and Move on.

Friendship is like a BOOK. It takes few seconds to burn, but it takes years to write.

All things in life are temporary. If going well, enjoy it, they will not last forever. If going wrong, don't worry, they can't last long either.

Old Friends are Gold! New Friends are Diamond! If you get a Diamond, don't forget the Gold! Because to hold a Diamond, you always need a Base of Gold!
.

Often when we lose hope and think this is the end, GOD smiles from above and says, "Relax, sweetheart, it's just a bend, not the end!

When GOD solves your problems, you have faith in HIS abilities; when GOD doesn't solve your problems HE has faith in your abilities.

A blind person asked someone, "Can there be anything worse than losing eye sight?" He replied: "Yes, losing your vision!"

When you pray for others, God listens to you and blesses them, and sometimes,when you are safe and happy, remember that someone has prayed for you.
.

WORRYING does not take away tomorrows' TROUBLES, it takes away today’s PEACE.
.
Have a nice day!
.
Sincerely from PPB3K

Wednesday, November 10, 2010

Pengurusan Keperluan Pelanggan

.
Bila sebut pasal perkataan pelanggan, saya pasti ramai punya cara pandang berbeza apa makna pelanggan kepada mereka. Apa yang saya nampak, bagi sesiapa/organisasi yang mendapat kepercayaan dari pelanggan mereka, pasti mereka menjadi orang/organisasi kaya atau orang/organisasi berpengaruh dalam masyarakat mereka. Tak percaya, semaklah!

Namun realitinya, ramai individu/organisasi tidak memberi perhatian khusus terhadap pelanggan. Yang kita lihat banyak mereka hanya ‘kiss the ass’ pelanggan mereka. Jarang kita lihat individu/organisasi punya satu sistem yang bersifat sistematik dan berterusan dalam memenangi hati pelanggan mereka. Apatah menghubungkan tugas-tugas anggota kerja mereka secara khusus terhadap keperluan pelanggan agar mereka jelas nampak bagaimana tugas mereka dapat menghasilkan keperluan ini. Jika ini mereka lakukan, barulah mereka bersikap professional terhadap pelanggan mereka!

Ketika ini, saya sedang berusaha menyediakan satu modus operandi untuk satu Bahagian Badan Korporat untuk mengurus keperluan pelanggan mereka. Dari kajian awal saya, telah saya terjumpa satu fenomena yang agak pelik. Apa yang peliknya? Saya lihat anggota kerja Bahagian ini dalam banyak perkara gagal menghubungkan tugas harian mereka terhadap memenuhi keperluan pelanggan. Walhal saya lihat sekitar 90% dari tugas mereka ini jika disusun semula sebenarnya memang benar-benar memenuhi keperluan pelanggan mereka. Saya yakin banyak organisasi di negara ini berkeadaan begini.

Bila ini berlaku, apakah kesannya? Kesannya ialah anggota kerja mereka ini tidak bekerja untuk pelanggan mereka. Mereka bekerja seolah-olah mengikut arahan penyelia mereka sahaja. Tidak wujud satu bentuk ’passion’ atau ’self-starter’ terhadap kerja mereka. Bayangkan jika diperbetulkan dan sudah pasti segala sumber yang ada itu akan dengan mudah digembelingkan untuk capai keperluan pelanggan mereka.

Walaupun saya belum lagi dapat menyiapkan sepenuhnya ’blue print’ pengurusan keperluan pelanggan mereka ini, namun saya puas hati kerana ketika ini telah saya siapkan rangkakerja bagaimana ’blue print’ ini perlu disediakan. Sebenarnya rangka kerja ini ada saya terangkan dalam tajuk ’Rangka Kerja Malcolm Baldridge 3K’ - Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2). Dibawah ini saya kongsikan ’mind map’ rangka kerja ini. Jika anda mahu tahu lebih lanjut atau beri pandangan mengenai rangka kerja ini, hubungi saya.
.
Selepas saya kongsikan rangka kerja ini dengan beberapa pegawai atasan Bahagian ini, rata-rata menyatakan persetujuan mengenai logiknya menggunakannya. Namun pada masa yang sama, mereka menyuarakan ’concern’ bahawa anggota kerja mereka tidak mahu melihat pelanggan mereka sebagai pelanggan mereka walaupun dengan kehadiran blue print ini.

Saya anggukkan sahaja tetapi dalam diam saya menyedari bahawa anggota kerja mereka perlu punya kesedaran untuk mengambil ’memenuhi keperluan pelanggan’ sebagai salah satu matlamat mereka di tempat kerja. Sudahnya apakah kebaikan kepada diri mereka sendiri jika mereka punya matlamat sebegini? Well, jika ini mereka bina, bukankah mereka dalam landasan untuk mereka menjadi orang kaya atau orang berpengaruh seperti yang saya nyatakan di awal artikel ini? Hantarkan sahaja mereka menghadiri Anda Dilahirkan Berjaya bagi menimbulkan kesedaran ini.

Akhirnya bila faktor dari segi proses dan psikologi ini diambil tindakan, saya berkeyakinan tinggi, pengurusan keperluan pelanggan yang bercorak sistematik dan berterusan bukan lagi satu khayalan. Fikirkan ...

Saturday, November 6, 2010

Sepetang bersama Karangkraf

.
Petang itu, salah seorang dari anggota kerja Karangkraf yang menghadiri ADB, berkongsi cerita cintanya. Saya tidak tahu mengapa, tetapi beliau kelihatan sedikit sebak. Tapi yang pasti cinta beliau itu pasti mengandungi perasaan-perasaan penuh Pengharapan & Keinginan Membara (PKM) terhadap si dia yang dicintainya.

Bukankah itu perkara lumrah bila bercinta? Inilah perasaan-perasaan yang wujud bila kita katakan kita passionate terhadap apa yang kita hajati (matlamat kita). Bagi celebrate cerita cinta ini, saya telah meminta para hadirin yang lain menyanyikan satu lagu. Saksikan persembahan mereka ini ...


video


Saya tersentak selepas itu bila saya ditegur oleh salah seorang dari mereka dan beliau menyatakan beliau sudah tahu apakah ’missing link’nya yang menyebabkan beliau tidak mencapai cita-citanya walaupun telah berusaha bermacam-macam cara. ’Missing link’nya? Beliau tidak usaha untuk jatuh cinta dengan matlamat beliau! Itu saja.

Akhir kata moga kita semua jatuh cinta dengan matlamat kita agar memudahkan kita mengharungi segala halangan yang ada dan seterusnya mencapai segala matlmat yang dihajati.

Sejahtera-Bahagia-Kaya!

Friday, November 5, 2010

Mengapa Anda Perlu kepada PPB3K?

.
Masa kita di atas mukabumi ini cukup singkat. Secara puratanya seorang manusia itu dapat hidup dengan bertenaga hanya disekitar 65 tahun. Jika beliau hidup lebih dari jangkamasa ini, kebiasaannya tenaga yang ada itu beransur berkurangan. Namun jika ditolak masa-masa yang digunakan untuk tidur, makan, menunggu dan yang seumpamanya, senang-senang saja masa efektif yang kita ada akan tinggal kurang dari separuh dari jangkamasa 65 tahun ini. Jadi jika kita perlu mengoptima masa yang masih kita ada ini, apakah caranya?

Langkah pertama yang perlu kita laksanakan ialah menetap dan berusaha mencapai matlamat-matlamat kita dalam setiap cabang hidup kita. Ramai manusia tidak sedar mengenai hakikat ini. Jika masa-masa yang kita masih ada ini tidak dijuruskan kepada hakikat ini, pasti kita buang masa. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul pertama PPB3K iaitu Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Melalui ADB, anda akan dibawa mengenali bagaimana diri anda beroperasi, menetap dan merancang untuk mencapai matlamat-matlamat hidup anda.
.
Agar usaha mencapai segala matlamat kita itu tidak terlalu memakan atau membuang masa, amat perlu kita menjadi kreatif. Apa makna kreatif? Makna ringkasnya hanyalah keupayaan mewujudkan sesuatu yang baru. Sebenarnya perkara ini tidaklah payah sebagaimana tanggapan umum. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul kedua PPB3K iaitu Kreativiti Untuk Berjaya (KUB). Melalui KUB, anda akan dibawa mengenali asas-asas bagaimana mewujudkan kreativiti dalam diri anda.
.
Masa kita akan dapat dioptima dengan begitu ketara jika kita berupaya mencapai segala matlamat kita dengan bekerjasama dengan orang lain. Bila sebut perkataan bekerjasama ini, dua perkara asas perlu kita fahami. Bila anda jelas dua soal asas bagaimana perlu bekerjasama dalam satu pasukan, anda akan lihat tahap bekerjasama anda menjadi luar dari biasa (luarbiasa).

Pertama ialah soal psikologi bekerja dalam satu pasukan. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul ketiga PPB3K iaitu Kami Berjaya Part 1 (KB1). Melalui KB1, anda akan dibawa mengenali asas-asas psikologi yang perlu anda ketahui bilamana bekerja dalam satu pasukan.
.
Kedua ialah soal proses bekerja dalam pasukan. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul keempat PPB3K iaitu Kami Berjaya Part 2 (KB2). Melalui KB2, anda akan dibawa mengenali proses asas yang perlu anda ketahui bilamana bekerja dalam satu pasukan.
.
Masa kita juga dapat dioptimakan dengan sebaiknya jika kita punya keupayaan untuk memimpin dengan efektif. Tidak kira siapa kita, pangkat tinggi maupun rendah. Kaya maupun miskin. Bila tiba masanya, akan datang seruan untuk kita memimpin terutamanya dalam soal-soal mencapai matlamat. Namun memimpin merupakan satu kompetensi yang jarang ada pada seseorang. Bila sebut perkataan memimpin ini, dua perkara asas perlu kita fahami. Bila anda jelas dua soal asas bagaimana perlu memimpin satu pasukan, anda akan lihat tahap kepimpinan anda menjadi luar dari biasa (luarbiasa).

Pertama ialah soal psikologi memimpin satu pasukan. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul kelima PPB3K iaitu Pimpinan Berjaya Part 1 (PB1). Melalui PB1, anda akan dibawa mengenali asas-asas psikologi yang perlu anda ketahui bilamana memimpin dalam satu pasukan.
.
Kedua ialah soal proses memimpin pasukan. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul keenam PPB3K iaitu Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2). Melalui PB2, anda akan dibawa mengenali proses asas yang perlu anda ketahui bilamana memimpin satu pasukan.
.
Bila anda telah lalui keenam-enam modul ini nanti, saya pasti anda akan punya satu perspektif hidup yang cukup menyeluruh mengenai hidup anda. Sudahnya anda akan lebih selesa dengan diri anda sendiri. Bukankah perasaan selesa kepada diri sendiri itu cukup mahal harganya? Jika kenam-enam modul ini pula digunakan dalam satu organisasi, maka itulah permulaan ke arah transformasi organisasi tersebut kepada masa depan yang lebih gemilang.
.
Ayuh! Gunakan PPB3K sekarang juga! Hubungi saya! Semuanya telah siap sedia untuk digunakan sahaja! Yang pastinya, PPB3K akan dapat menjimatkan masa anda agar hidup yang berbunyi ’Sejahtera-Bahagia-Kaya’ itu dapat anda raih ketika usia muda anda!