.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, November 24, 2010

Antara Pangkat dan Kepimpinan

.
Semenjak aku menyarankan bahawa kita tidak memerlukan pangkat untuk memimpin, banyak persoalan timbul yang ingin mengetahui

1) Apa beza pangkat dan kepimpinan?
2) Kenapa perlu pangkat jika ianya tidak diperlukan dalam memimpin?
3) Apa hubungan pangkat dan kepimpinan?

Sebelum menjawab persoalan-persoalan di atas, eloklah kita ’revisit’ apa makna kepimpinan itu sendiri. Kepimpinan bukan mewakilli pangkat atau kerusi yang diduduki. Kepimpinan sebenarnya adalah merupakan kekompetanan atau kemahiran memimpin.
.
Kepimpinan ditakrifkan sebagai kemampuan diri kita sendiri untuk mempengaruhi seseorang atau sekumpulan orang untuk melaksanakan apa yang dimahukan oleh diri kita dan pada masa yang sama orang atau sekumpulan orang yang diminta melaksanakan perkara tesebut nampak akan kebaikan untuk diri beliau atau mereka bila melaksanakan perkara tersebut dan seterusnya benar-benar mahu melaksanakan perkara tersebut. (Tanyakan pada diri sendiri dimanakah tahap kepimpinan diri sendiri berdasarkan kepada takrif kepimpinan di atas)

Manakala pangkat pula ditakrifkan sebagai peranan (role) yang kita mainkan dalam sesuatu kumpulan atau organisasi tersebut.

Dari kedua-dua takrif di atas dirasakan anda semua sudah mulai jelas beza antara kepimpinan dan pangkat. Rumusannya, perbezaan antara pangkat dan kepimpinan ini bermakna perbezaan antara apa makna peranan berbanding kepada apa makna kemahiran memimpin.
.
Sudahnya untuk menjawab soalan no. 2, jika peranan mereka-mereka yang ada di dalam sesuatu organisasi itu sama, sudah pasti banyak pekerjaan tidak dapat dilaksanakan. Ianya ibarat lima jari di tangan kita. Ada yang tinggi dan ada yang rendah kedudukannya. Namun setiap peranan begitu penting bagi menjamin organisasi itu dapat terus beroperasi dengan efektif bagi mencapai maksud atau matlamat organisasi tersebut.

Walau apa pun pangkat (peranan) seseorang itu dalam organisasi itu, setiap pangkat (peranan) itu menuntut setiap penjawat pangkat (peranan) itu melaksanakan kepimpinan (seperti takrif kepimpinan di atas). Jika si penjawat pangkat (peranan) itu gagal melaksanakan kepimpinan dalam tugasnya walau dimana kedudukan beliau dalam organisasi tersebut, pasti organisasi itu menuju kehancuran. Itulah sebab mengapa di Barat sana kita lihat, setiap organisasi yang hebat pencapaiannya mentik beratkan pembinaan kepimpinan anggota kerja mereka pda setiap peringkat.
.
Dari kenyataan di atas, sebenarnya ianya menyediakan kita menjawab soalan no. 3. Hubungan yang ada antara kepimpinan dan pangkat tak lain tak bukan ialah bagi sesiapa yang menunjukkan kepimpinan yang mantap, beliau sebenarnya telah memberi kepercayaan (trust) kepada orang lain agar beliau dipilih untuk menjawat pangkat (peranan) yang lebih tinggi. Itu sahaja!

Kesimpulan dari perbincangan ini ialah, memandangkan kepimpinan itu merupakan satu kemahiran, sudah semestinya kepimpinan itu boleh diajar dan dibangunkan. Lagi hebat kemahiran kepimpinan ini, lagi hebat pangkat (peranan) yang boleh dimainkan. Cerita mudah tapi tidak ramai yang tidak mengetahuinya. Ikuti siri Pimpinan Berjaya Part 1 dan Pimpinan Berjaya Part 2 dalam PPB3K untuk mempertingkatkan kemahiran kepimpinan ini!

No comments:

Post a Comment