.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, November 5, 2010

Mengapa Anda Perlu kepada PPB3K?

.
Masa kita di atas mukabumi ini cukup singkat. Secara puratanya seorang manusia itu dapat hidup dengan bertenaga hanya disekitar 65 tahun. Jika beliau hidup lebih dari jangkamasa ini, kebiasaannya tenaga yang ada itu beransur berkurangan. Namun jika ditolak masa-masa yang digunakan untuk tidur, makan, menunggu dan yang seumpamanya, senang-senang saja masa efektif yang kita ada akan tinggal kurang dari separuh dari jangkamasa 65 tahun ini. Jadi jika kita perlu mengoptima masa yang masih kita ada ini, apakah caranya?

Langkah pertama yang perlu kita laksanakan ialah menetap dan berusaha mencapai matlamat-matlamat kita dalam setiap cabang hidup kita. Ramai manusia tidak sedar mengenai hakikat ini. Jika masa-masa yang kita masih ada ini tidak dijuruskan kepada hakikat ini, pasti kita buang masa. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul pertama PPB3K iaitu Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Melalui ADB, anda akan dibawa mengenali bagaimana diri anda beroperasi, menetap dan merancang untuk mencapai matlamat-matlamat hidup anda.
.
Agar usaha mencapai segala matlamat kita itu tidak terlalu memakan atau membuang masa, amat perlu kita menjadi kreatif. Apa makna kreatif? Makna ringkasnya hanyalah keupayaan mewujudkan sesuatu yang baru. Sebenarnya perkara ini tidaklah payah sebagaimana tanggapan umum. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul kedua PPB3K iaitu Kreativiti Untuk Berjaya (KUB). Melalui KUB, anda akan dibawa mengenali asas-asas bagaimana mewujudkan kreativiti dalam diri anda.
.
Masa kita akan dapat dioptima dengan begitu ketara jika kita berupaya mencapai segala matlamat kita dengan bekerjasama dengan orang lain. Bila sebut perkataan bekerjasama ini, dua perkara asas perlu kita fahami. Bila anda jelas dua soal asas bagaimana perlu bekerjasama dalam satu pasukan, anda akan lihat tahap bekerjasama anda menjadi luar dari biasa (luarbiasa).

Pertama ialah soal psikologi bekerja dalam satu pasukan. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul ketiga PPB3K iaitu Kami Berjaya Part 1 (KB1). Melalui KB1, anda akan dibawa mengenali asas-asas psikologi yang perlu anda ketahui bilamana bekerja dalam satu pasukan.
.
Kedua ialah soal proses bekerja dalam pasukan. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul keempat PPB3K iaitu Kami Berjaya Part 2 (KB2). Melalui KB2, anda akan dibawa mengenali proses asas yang perlu anda ketahui bilamana bekerja dalam satu pasukan.
.
Masa kita juga dapat dioptimakan dengan sebaiknya jika kita punya keupayaan untuk memimpin dengan efektif. Tidak kira siapa kita, pangkat tinggi maupun rendah. Kaya maupun miskin. Bila tiba masanya, akan datang seruan untuk kita memimpin terutamanya dalam soal-soal mencapai matlamat. Namun memimpin merupakan satu kompetensi yang jarang ada pada seseorang. Bila sebut perkataan memimpin ini, dua perkara asas perlu kita fahami. Bila anda jelas dua soal asas bagaimana perlu memimpin satu pasukan, anda akan lihat tahap kepimpinan anda menjadi luar dari biasa (luarbiasa).

Pertama ialah soal psikologi memimpin satu pasukan. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul kelima PPB3K iaitu Pimpinan Berjaya Part 1 (PB1). Melalui PB1, anda akan dibawa mengenali asas-asas psikologi yang perlu anda ketahui bilamana memimpin dalam satu pasukan.
.
Kedua ialah soal proses memimpin pasukan. Maka itulah logik mengapa kita perlu kepada modul keenam PPB3K iaitu Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2). Melalui PB2, anda akan dibawa mengenali proses asas yang perlu anda ketahui bilamana memimpin satu pasukan.
.
Bila anda telah lalui keenam-enam modul ini nanti, saya pasti anda akan punya satu perspektif hidup yang cukup menyeluruh mengenai hidup anda. Sudahnya anda akan lebih selesa dengan diri anda sendiri. Bukankah perasaan selesa kepada diri sendiri itu cukup mahal harganya? Jika kenam-enam modul ini pula digunakan dalam satu organisasi, maka itulah permulaan ke arah transformasi organisasi tersebut kepada masa depan yang lebih gemilang.
.
Ayuh! Gunakan PPB3K sekarang juga! Hubungi saya! Semuanya telah siap sedia untuk digunakan sahaja! Yang pastinya, PPB3K akan dapat menjimatkan masa anda agar hidup yang berbunyi ’Sejahtera-Bahagia-Kaya’ itu dapat anda raih ketika usia muda anda!

No comments:

Post a Comment