.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, November 29, 2010

‘Sedia Untuk Berjaya?’ - EWT

.
Semasa menghadiri majlis BBQ sempena seminar ‘Sedia Untuk Berjaya?’ (SUB) bagi anggota kerja EWT di Eagle Ranch Resort baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu soalan oleh salah seorang peserta program ini. Tanya beliau, “Bagaimana saya mahu amalkan apa yang kita perolehi dari SUB ini?”

Terpempan aku seketika tetapi cepat-cepat aku tanya balik kepada beliau. “Agak-agak you, bagaimana you nak amalkannya?” Beliau nampak macam kurang senang dengan pertanyaan aku itu lalu aku katakan pada beliau bahawa akan aku rumuskan caranya semasa penutup SUB nanti.
.


Pertanyaan beliau itu memang cukup kritikal dan relevan. Semestinya selepas setiap perlatihan, kita harus peka bagaimana harus kita gunakan ilmu atau pengalaman yang diperolehi melalui sebarang perlatihan di tempat kerja. Jika tidak, mengapa harus kita attend sebarang perlatihan? Fikirkan …

Aku sememangnya sudah merumuskan bagaimana mahu aku syorkan untuk amal SUB ini di tempat kerja namun bila aku ditanya soalan di atas, aku semakin menjadi lebih peka bagaimana harus amal ilmu SUB ini. Semestinya cara amal SUB ini perlu spesifik dan praktikal agar mudah mengamalkannya. Terus terang aku katakan, kepala aku ligat memikirkan hal ini dan sudahnya semasa sessi penutup SUB itu, aku bentangkan kaedah pengamalan SUB ini. Cara pengamalan SUB terbahagi kepada 3 amalan utama;


Amalan Pertama

Tentukan matlamat di pejabat. Tanpa matlamat sudah pasti kita tidak berupaya menggunakan ilmu SUB ini kerana matlamat merupakan sebab mengapa kita menggunakan ilmu SUB ini.
.

Amalan Kedua

Jadikan konsep P.E.R.F.O.R.M. sebagai senarai semak perlaksanaan kerja bepasukan dalam pasukan anda. Jika wujud elemen ini dalam pasukan anda, syukurlah tetapi jika tidak wujud, usahakan agar elemen tersebut wujud dalam pasukan anda. Apa itu P.E.R.F.O.R.M.?

Purpose and Values (Tujuan (Misi&Visi) dan Nilai)
Empowerment (Memberi Kuasa)
Relationships and Communication (Hubungan dan Komunikasi)
Flexibility (Fleksibiliti)
Optimal Performance (Prestasi yang Optima)
Recognition and Appreciation (Penghargaan dan Pengiktirafan)
Morale (Semangat)
.

Amalan Ketiga

Jadikan ciri-ciri pemimpin hebat berikut sebagai senarai semak dalam usaha untuk bina diri sebagai pemimpin. Jika wujud elemen pemimpin hebat ini dalam diri anda, syukurlah tetapi jika tidak wujud, usahakan agar elemen tersebut wujud dalam diri anda. Apa itu ciri-ciri pemimpin hebat?

Perlu kenal diri sendiri & Tuhannya. (Emotional Fortitude)
Perlu punya matlamat – berfikiran luas.
Perlu fokus.
Perlu ada integriti.
Perlu sentiasa bekerja di dalam satu pasukan.
Perlu kreatif tidak kira apa situasi sekali pun.
Perlu berkongsi ilmu dan pengalaman. – memberi inspirasi.
Perlu mampu dipertanggungjawab & bertanggungjawab. – Berani membuat keputusan.
Perlu sentiasa melihat ciri-ciri positif di dalam diri orang lain. (Trust)
.

Perlu aku tegaskan sekali lagi bahawa pengamalan SUB ini secara keseluruhannya bergantung sangat-sangat samada kita punya matlamat. Jika tidak, payah untuk kita amalkan SUB. Juga ulang dan ulang nyanyi lagu ‘Demi Matahari’ dan seruan ‘Dalam Hidup ini’ untuk memastikan kita sentiasa bersemangat tinggi. Harapan aku, moga SUB membawa titik mula untuk semua para peserta dan diri aku sendiri untuk melaksanakan perubahan dalam hidup ini. Amin.
.
Sebelum aku tutup artikel ini, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua para peserta SUB ini kerana telah menghadiah sebiji kek sempena ulang tahun umur aku. What a pleasant surprise! :) Moga semua kita Sejahtera-Bahagia-Kaya!!!

No comments:

Post a Comment