.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, November 6, 2010

Sepetang bersama Karangkraf

.
Petang itu, salah seorang dari anggota kerja Karangkraf yang menghadiri ADB, berkongsi cerita cintanya. Saya tidak tahu mengapa, tetapi beliau kelihatan sedikit sebak. Tapi yang pasti cinta beliau itu pasti mengandungi perasaan-perasaan penuh Pengharapan & Keinginan Membara (PKM) terhadap si dia yang dicintainya.

Bukankah itu perkara lumrah bila bercinta? Inilah perasaan-perasaan yang wujud bila kita katakan kita passionate terhadap apa yang kita hajati (matlamat kita). Bagi celebrate cerita cinta ini, saya telah meminta para hadirin yang lain menyanyikan satu lagu. Saksikan persembahan mereka ini ...


video


Saya tersentak selepas itu bila saya ditegur oleh salah seorang dari mereka dan beliau menyatakan beliau sudah tahu apakah ’missing link’nya yang menyebabkan beliau tidak mencapai cita-citanya walaupun telah berusaha bermacam-macam cara. ’Missing link’nya? Beliau tidak usaha untuk jatuh cinta dengan matlamat beliau! Itu saja.

Akhir kata moga kita semua jatuh cinta dengan matlamat kita agar memudahkan kita mengharungi segala halangan yang ada dan seterusnya mencapai segala matlmat yang dihajati.

Sejahtera-Bahagia-Kaya!

No comments:

Post a Comment