.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, December 4, 2010

Bathroom Singer?

.
Aku tak tahu mengapa, satu hari di kedai runcit, aku terpandang majalah tersebut dan tanpa fikir panjang aku lantas membelinya. Aku tidak terus membacanya. Beberapa hari majalah tersebut tersimpan dalam poket kerusi kereta aku. Namun, satu pagi, semasa aku mahu sarapan di satu kedai mamak, aku terpandang majalah ini dan sekali lagi, tanpa fikir panjang, aku mencapainya untuk aku baca semasa sarapan pagi itu.
.
Aku agak terkejut dengan kandungan majalah ini. Cukup menarik. ‘Really make my day!’ bak kata mat salleh. Banyak artikel yang cukup mengujakan dan memberi input baru pada aku. Namun disini, aku ingin berkongsi kata pembuka bicara si Ketua Pengarang majalah ini. Mari sama-sama kita renungkan sinopsis kata-kata beliau …

Di dalam bilik mesyuarat, saya terpandang baju T dipakai Ardi yang berbunyi – “Are you a bath room singer?” Apa makna ‘bath room singer’ ini?
.
Kadang-kadang kita tidak tahu kepandaian, bakat atau anugerah yang diberiNya. Sampai akhir hayat kita berada dalam bidang yang kita tidak suka, sekadar memenuhi kelayakan atau ijazah yang dimiliki. Bekerjalah kita demi memenuhi tuntutan hidup, dan bekerja sehinggalah pencen. Perlukah kita berkeadaan begini? Seperti kata Robert Greene dalam bukunya 'The 48 Laws of Power’;

“Do not accept the roles that society foists (memaksa) on you . Re-create yourself by forging a new identity, one that commands attention and never bores the audience. Be the master of your own image rather than letting others define it for you. Incorporate dramatic devices onto your public gestures and actions – your power will be enhanced and your character will seem larger than life”.

Inilah yang dipegang oleh mereka yang berjaya dan berkuasa dalam mengembang bakat yang ada. Tidak mudah membina empayar sendiri. Anda perlukan ilmu yang tinggi. Anda perlu memberi tumpuan yang jati, ‘enter action wilh boldness’, bermain dengan kemahuan orang ramai dan membuat mereka percaya yang anda lakukan adalah yang terbaik, dan ‘play to people’s fantasies’ (antara caranya). Bila orang sudah percaya, suka dan memuja, apa yang kita lakukan mendapat tabik hormat.
.
Dan itulah yang boleh saya dan anda lakukan … ‘not just the bathromm singer’, kita boleh menyanyi. Ayuh, jangan dibilik air sahaja, ‘plan all the way to it’ … jika tidak, anda sekadar memuaskan hati sendiri sahaja. Rugi.

Saya teringat abang saya yang suka sangat menyanyi di bilik air. Suaranya memang menggegarkan bilik kecil itu. Satu hari saya memenuhi undangan British Council. Saya terkejut melihat abang saya menjadi pelakon utama sebagai Shakespeare … dan lantang mengeluarkan bait-bait perkataan. Namun abang saya juga bukan mahu berlakon teater selamanya.
.
Suaranya yang lemak lagi lantang itu kini mahu dikongsi untuk tuntutan akhirat. Diantara tugasan guamannya, di bulan Ramadan khasnya, dia menjadi imam di surau kondominium tempat dia tinggal. Dia juga meluangkan masanya mengajar Al Quran dan untuk kami sekeluarga dialah pengganti datuk juga bapa saya mengimamkan solat jemaah juga ketua kenduri-kendara keluarga. Saya bangga sekali punya abang yang serba boleh.

Tamat kata-kata Ketua Pengarang ini. Terima kasih Kak Wirda. You inspire me.
.
Ketahuilah cara untuk keluar dari kepompong ‘bathroom singer’ ini melalui modul-modul dalam PPB3K! Anda pasti beruntung!!!

No comments:

Post a Comment