.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, December 21, 2010

BOB! @ TNB Fuel

.
Aku agak sedikit hairan bilamana satu hari aku terima satu panggilan dari salah seorang anggota kerja TNB Fuel Sdn Bhd. Beliau menyatakan bahawa GM beliau tertarik dengan rangkakerja urus organisasi yang telah aku kongsi kira-kira satu tahun lalu semasa aku mengetuai satu sessi penilaian Anugerah Kualiti Presiden (AKP) di pejabat mereka.
.
Aku senyum sendirian. Bukan apa, bagi mereka yang benar-benar faham mengenai cabaran mengurus satu organisasi, pasti mereka akan tertarik dengan rangka kerja urus organisasi itu yang berdasarkan kepada rangka kerja Malcolm Baldrige tersebut. Ceritanya mudah dan praktikal tapi jarang-jarang oleh mempu memandang nilai tingginya. Aku happy mereka menghargai nilai yang dibawa oleh rangka kerja ini.
.
TNB Fuel Sdn Bhd meminta aku membuat satu persembahan selama ½ hari yang menceritakan overview rangka kerja ini dan bagaimana melaksana rangka kerja ini. Aku termenung seketika. Aku fikir, perkara paling penting yang aku mahu tekankan nanti ialah aku mahu mereka sedar untuk guna rangka kerja ini bukan semata-mata untuk mendapat keputusan AKP yang baik pada penilaian yang akan datang tetapi lebih kepada melihat overview rangka kerja ini lebih kepada soal untuk tingkatkan keupayaan urus organisasi mereka.
.
Jadi, pada hari yang telah ditetapkan aku telah berkongsi overview rangkakerja ini serta langkah-langkah untuk mengunapakai rangka kerja ini. Aku namakan program ½ hari ini simply BOB! – Bina Organisasi Berjaya! Turutan cerita BOB ialah seperti yang tersenarai dibawah ini.
.
BOB mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari anggota kerja TNB Fuel Sdn Bhd. Aku rasa aku tahu mengapa. BOB telah memperjelaskan secara logik mengapa kita harus laksanakan langkah-langkah yang tersenarai di atas. Bukan itu sahaja, langkah-langkah dalam BOB ini tidak terputus. Sentiasa bersambung dari peringkat paling atas hingga paling bawah. Bila ini berlaku, kefahaman mula timbul dan sudahnya keinginan untuk terlibat sama dalam perlaksanaan rangka kerja ini akan mula terasa. Siapa untung? Semua untung baik organisasi maupun setiap anggota kerjanya.
.
Aku tegaskan bahawa mereka harus peka dengan cara pandang mereka terhadap inisiatif-inisiatif seperti rangkakerja ini samada ianya merupakan satu beban atau satu peluang. Perbezaan cara pandang ini mungkin nipis senipis kulit bawang tetapi perbezaan yang wujud hasil cara pandang yang berbeza ini ialah seperti langit dan bumi. Fikirkan …
.
Diakhir sessi itu, aku tegaskan juga, untuk lakukan sebarang perubahan, dua perkara perlu ditekankan. Itulah dia soal mengapa (why) dan bagaimana (how) perubahan itu dilakukan. Jika kedua-dua ini tidak jelas, usah harap perubahan itu mampu terlaksana.
.
Aku benar-benar puas selepas menyampai overview rangka kerja ini. Pertamanya, aku sendiri banyak belajar semasa sessi ini. Kedua, aku nampak BOB boleh dijadikan satu modul baru dalam keluarga PPB3K. Ketiga, BOB boleh dijadikan program overview untuk Pimpinan Berjaya Part 2. (PB2). Syukur pada Tuhan!

No comments:

Post a Comment