.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 15, 2010

Budaya Suka Tunggu

.
Kali ini aku mahu membicarakan soal budaya suka tunggu. Satu budaya tanpa kita sedari telah menyekat kemajuan hidup masayarakat kita.

Setiap kali bila aku habis memfasilitator sebarang modul dalam PPB3K ini, hati aku akan sentiasa bertanya samada para peserta modul ini akan mula mengorak langkah melaksana susulan terhadap apa yang telah disyorkan oleh modul tersebut ataupun mereka mula mengamal budaya suka tunggu? Kadangkala timbul rasa-rasa negatif dalam benak perasaan aku samada modul-modul PPB3K ini tidak cukup kuat untuk mempengaruhi mereka mengambil tindakan susulan. Tapi bila aku selidiki maklumbalas daripada peserta maupun dari mereka yang ahli mengenai topik-topik yang aku bawa ini menyatakan PPB3K sudah cukup bagus. Jadi apa yang kurangnya?
.

Keprihatinan aku terhadap mengapa tindakan susulan ini tidak dilakukan telah membawa aku mendekati fenomena budaya suka tunggu ini. Aku cuba menyelidiki kenapa ramai yang terjerumus ke dalam budaya suka tinggu ini …

Sebab pertama mengapa kita terjebak kedalam budaya suka tunggu ini ialah kita begitu kuat berada dalam zon selesa. Keadaan zon selesa ini walaupun kita sedar tidak membawa sebarang kemajuan tetapi memandangkan keselesaan ini lebih kuat pengaruhnya berbanding keinginan untuk keluar darinya telah menyebabkan kita terjerumus dalam budaya suka tunggu ini. Untuk menyedapkan hati kerana tidak mengambil tindakan susulan, kita mula ‘rationalise’ (ration the lies) kepada diri kita sendiri mengapa kita mahu terus tinggal dalam zon selesa ini. Kita kata, “Aku sebok dengan hal ini, nanti bila selesai hal ini baru aku akan laksana susulan yang sepatut aku lakukan” Bunyinya memang biasakan? Fikirkan …
.
Sebab keduanya pula ialah kita punya mentaliti bahawa kita punya banyak masa. Kita selalu merasakan akan tiba masanya kelak untuk kita laksana susulan ini. Maka mulalah kita bertangguh dan lama kelamaan kita lupa laksana susulan tersebut. Fikirkan ...

Sebab ketiga ialah wujud perasaan kurang enak dalam diri kita bila mahu lakukan susulan tersebut walaupun kita sedari amat penting susulan tersebut dilaksanakan segera. Perasaan bahawa anda akan hilang sesuatu bila laksanakan suuslan teesebut begitu kuat mempengaruhi anda. Contohnya ialah seperti hilang masa bersama famili, kurangnya masa bersama kawan-kawan dan sebagainya. Fikirkan ...
.
Sebab keempat ialah kita tidak mempunyai ’support group’ yang sentiasa mengingatkan untuk ambil tindakan terhadap susulan tersebut. Dalam banyak perkara , kita lihat dalam masyarakat kita ini, ramai yang mempunyai haluan yang sama tetapi mengapa mereka tidak bekerjasama? Masing-masing bertindak bersendirian untuk mencapai haluan masing-masing. Sudahnya itulah biasa kita dengar ramai yang berasa kesunyian walhal mereka dikelilingi oleh ramai manusia. Perkara pelik tapi benar. Fikirkan ...

Sudahnya jika kita teliti semula terhadap empat faktor diatas yang menyebabkan kita mengamalkan budaya suka tunggu ini, apakah yang boleh kita lakukan bagi menangani ini semua? Aku berpendapat ianya mudah sahaja. Tetapkan matlamat anda dalam setiap cabang kehidupan anda. Pastikan matlamat ini benar-benar anda mahukan dan bukan anda tetapkan matlamat ini berpandukan kehendak orang lain. Kemudian usahakan agar anda jatuh cinta pada matlamat tersebut. Perhatikan lagaknya mereka yang berada dalam keadaan bercinta. Seseorang yang telah jatuh cinta terhadap sesuatu amat susah disekat mendapat apa yang beliau telah jatuh cinta padanya.
.

Percayalah jika anda lakukan, pasti keempat-empat faktor di atas mudah anda tangani dan sudahnya budaya suka tunggu ini akan lenyap dari hidup anda. Bunyinya ’simple’ tetapi percayalah, jika anda saksikan, inilah rahsia orang-orang yang berjaya di mukabumi ini samada mereka sedar atau sebaliknya. Jangan tertipu disebabkan ’simplicity’ kaedah ini lalu membutakan mata hati anda. Ayuh bangun! Masa kita di atas dunia ini makin lama makin susut. Laksanakan susulan-susulan ini sekarang juga. Mari kita tinggalkan budaya suka tunggu ini sekarang juga!

No comments:

Post a Comment