.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, December 18, 2010

Kesan Cara Berkomunikasi

.
Beberapa subuh lepas, sedang aku bersiap (sambil menyaksikan satu rancangan TV) untuk melaksanakan Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) untuk sekumpulan anggota kerja TNB Distribution Kuala Lumpur, aku tersentak dengan satu wawancara dalam TV tersebut yang membicarakan mengenai cara sepasang suami isteri berkomunikasi selalu mendatangkan salah faham dalam cara pandang dalam sesuatu perkara itu lalu mendatangkan masalah dalam perhubungan suami isteri tersebut.

Cuba bayangkan jika si suami dari Kelantan (yang biasanya cara pertuturan mereka dari Kelantan agak lemah lembut) dan isteri dari Melaka (yang biasanya cara pertuturan mereka dari Melaka agak kasar). Jika pasangan ini tidak berhati-hati, ianya pasti mengundang salah faham dalam cara pandang terhadap satu sama lain. Sudahnya perhubungan suami isteri tersebut tercabar. Fikirkan …

Bagi menegaskan lagi apa yang aku maksudkan ini, saksikan video berikut. (Maaf kerana bahasa dalam video di bawah ini kasar bunyinya)

video

Sudahnya bagaimana kita harus menangani fenomena cara komunikasi sebegini? Mudah sahaja. Benarkan diri kita ‘to be in the other party’s shoes’ dan cuba fahami dari sudut pandang mereka itu. Dalam banyak perkara, ini pasti merungkai seribu satu macam masalah dalam cara berkomunikasi kita. Namun kita harus berhati-hati agar S.E.T. (Sandiwara-Ego-Temberang) diri sendiri tidak membutakan diri kita untuk melihat apa yang benar.

Pilihan Di Tangan Kita!!!

2 comments:

  1. Saya setuju sangat la dengan En. Mior. Banyak juga masaalah dalam dunia ni terjadi akibat salah berkomunikasi. Kadang-kadang watak atau cherecter sesaorang juga boleh mengambarkan perkara yang berbeza dengan apa yang dimaksudkan. Kalau kita belajar memahami character mereka adakalanya ianya dapat membantu cara kita berkomunikasi dengan baik.. Learn your personallity...

    ReplyDelete