.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 29, 2010

Semak Diri – 2010

.
Tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya. Dengan tamatnya tahun ini bermakna masuklah kita ke dalam dekad yang baru. 10 tahun berlalu dengan cukup pantas. Masih aku ingat masa-masa bila mahu masuk tahun 2000 dahulu. Macam-macam kerenah manusia ketika itu. Antaranya gelagat mahu menghadapi Y2K. Apa pun masa aku rasa cukup cepat berlalu.
.
2010 bakal berlalu. 2010 aku rasa, merupakan tahun yang cukup sebok bagi aku. Entah kenapa tahun 2010 ini sungguh demanding. Tercunggap aku dibuatnya. Apa yang aku capai? Seperti yang selalu aku laungkan dalam seminar Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) itu, adakah tahun 2010 ini seperti naik keretapi biasa atau ‘bullet train’?

Bagi PPB3K. aku rasa tak banyak perubahan drastik yang aku lakukan padanya. Hanyanya aku banyak lakukan networking dan marketing untuk PPB3K. Lagi pun, itulah apa yang aku rancang mahu lakukan pada awal tahun 2010 ini. Hasilnya? Cukup menggalakkan walau tidak 100% mencapai apa yang aku hajati. Apapun, dalam soal ini, aku sedar aktiviti ini tidak ada noktah mengenainya. Aktiviti ini harus terus menerus aku lakukan tanpa jemu.

Tahun 2010 benar-benar telah menemukan aku kepada beberapa orang yang aku lihat serius mahu bekerjasama dengan aku untuk memperkembangkan idea PPB3K ini. Aku harap ini semua akan menjadi launching pad untuk melonjakkan PPB3K ke satu tahap yang aku impikan. Syukur pada Tuhan kerana dipertemukan kepada mereka.

Tahun 2010 juga telah memberi aku satu keyakinan baru untuk 100% berusaha membawa PPB3K kepada masyarakat. Kalau sebelum ini, aku lihat PPB3K belum lagi membuka mata orang. Tapi dalam tahun 2010 ini benar-benar memberi aku keyakinan tinggi bahawa PPB3K amat diperlukan oleh masyarakat. Aku bukan syok sendiri. Semuanya ini datang dari respon mereka-mereka yang telah mengikuti PPB3K. Syukur banyak-banyak pada Tuhan.
.
Untuk 2011, ada beberapa aktiviti yang aku mahu fokuskan. Pertama, aku mahu tumpukan untuk bina pelapis yang mampu memfasilitator PPB3K ini. Memang ada yang telah menunjukkan potensi untuk menjadi pelapis, tapi aku tahu aku perlu bina mereka yang benar-benar komited dan sanggup menghidupkan idea PPB3K ini dalam hidup mereka. Aku sedar, untuk menyampaikan idea PPB3K ini dengan jayanya, we must speak from our heart. Bukan setakat menghafal.

Kedua, aku mahu tumpukan untuk bina pasaran yang berbentuk jangka panjang bukan setakat ‘touch and go’. Aku amat berharap beberapa organisasi ketika ini yang sedang menggunakan PPB3K akan terus menggunakan PPB3K. Aku mahu bina reputasi yang tinggi di dalam masyarakat dengan membantu organisasi ini mencapai matlamat masing-masing dengan menggunapakai PPB3K.
.
Ketiga, aku mahu wujudkan semula publik program PPB3K terutamanya modul ADB. Semasa aku menulis artikel ini, aku sedang berehat di Cherengin Hills Resorts and Spa di Janda Baik. Aku amat tertarik dengan kelengkapan hotel baru yang bertaraf 4 bintang ini. Tambah pula, kedudukan hotel ini jauh dari hiruk pikuk kota dan cuaca yang nyaman. Memang sesuai sungguh untuk berseminar.
.
Tadi, aku tanyakan kepada pengurus hotel ini mengenai jumlah kos untuk anjurkan seminar untuk 30 orang. Hmmm … not bad at all. Memang aku azam nak conduct ADB disini dalam tahun depan ini. Ayuh tuan puan! Daftar untuk sertai ADB dengan saya secepat mungkin. Saya yakin anda akan memperolehi pengalaman yang cukup bermakna untuk hidup anda!

No comments:

Post a Comment