.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 1, 2010

Sessi Teh Tarik - Kepimpinan

.
Satu malam kira beberapa minggu lepas, aku telah dijemput ke satu ‘dinner’. Aku sedikit pelik kenapa tiba-tiba sekumpulan dari kami kawan-kawan telah diminta hadir ke satu ‘dinner’ ini. Mulanya aku rasa aku tidak mahu hadir disebabkan aku punya hal peribadi yang perlu aku selesaikan tetapi ’the pulling factor’nya terlalu kuat. Jadi aku pergi juga.
.
Host ’dinner’ itu menyatakan bahawa ’dinner’ ini diadakan kerana ingin merapatkan silaturahim di antara kami. Kalau tidak dibuat ’dinner’ ini, sudah pasti kami tidak dapat ’touch base’ kerana masing-masing sebok dengan tugasan masing. Kata beliau, sambil kita having ’dinner’, beliau mahu mengajak kami semua fikir-fikir dan bincang-bincang pasal any topik yang boleh mendatangkan kebaikan untuk semua.

”Jadi ini rupanya tujuan dinner ini ...” bisik hati kecil aku. Terjawab sudah teka-teki ’dinner’ ini. Aku senyum sendirian. Bagus jugak idea ini. Tambah pula yang datang malam itu bukan dari golongan yang mudah untuk aku berbual panjang. Almaklum masing-masing orang yang cukup sebok. Jadi banyaklah perkara yang kami bualkan sambil makan malam. Hidangan malam itu memang sedap. Dah lama aku tak makan masakan melayu ala kampung. Tambah pula makan dengan kawan-kawan. Memang menyelerakan.
.
Selepas ’dinner’, masing-masing dari kami order teh tarik. Host malam itu menyatakan bahawa beliau telah memilih satu topik untuk sama-sama kami bincangkan. Topiknya ialah ’leadership’. Syaratnya, topik yang dibincang ini tidak boleh bersifat akademik tetapi perlu berdasarkan apa yang kami perhatikan berlaku disekeliling kami. Host tu menyatakan beliau mahu kami semua berkongsi idea ’leadership in motion’.

”Hmmm ... interesting” fikir aku. Maka lepas itu, seorang demi seorang telah berkongsi pandangan mengenai topik ini. Memang cukup interesting sebab semua yang aku dengar malam itu merupakan idea-idea yang cukup ’fresh’ dan praktikal. Apa yang aku perolehi malam itu aku simpulkan dibawah ini ...
.
Seorang leader itu perlu kuat disiplinnya. Jika tidak, tidak ada apa-apa yang boleh dicapai. Leader perlu punya komitmen yang tinggi terhadap penggunaan masanya. Disini kita bukan bercakap mengenai datang dan balik dari pejabat pada masa yang ditetapkan sahaja, tetapi juga kemampuan menyiapkan tugas pada masa yang telah ditetapkan. Leader perlu mempunyai daya tahan yang kuat. Beliau perlu menjaga kesihatannya agar mental dan fizikalnya mampu menahan segala cabaran yang mendatang. Leader juga perlu fokus untuk memenuhi kehendak pelanggannya.

Yang seronoknya bila bercakap mengenai pelajaran di atas ini ialah kerana semua pemerhatian di atas adalah berdasarkan apa yang kami perhatikan wujud pada sesetengah leader yang kami kenali. Kami sedar, mengapa mereka hebat adalah kerana mereka mengamalkan apa yang aku sebutkan di atas.
.
Akhir sekali, pelajaran yang aku perolehi ialah leader perlu berusaha membangunkan anak buah mereka. Ini merupakan satu tugas yang selalu terlepas pandang dari kebanyakan leader. Kenapa? Cabaran utama yang dihadapi oleh rata-rata dari kami yang hadir pada malam itu bila sebut mengenai memimpin ialah menggerak anak buah kami untuk melaksanakan apa yang kami mahu mereka lakukan dan mereka pula mahu melakukannya sebab mereka dengan sendiri nampak baiknya untuk diri mereka bila mereka melakukannya.
.
Aku senyum sendirian. Bukankah itu takrif ’benchmark’ leadership yang selalu aku laungkan dalam Pimpinan Berjaya Part 1? Kalaulah aku punya peluang untuk berkongsi idea PPB3K ini dengan mereka alangkah baiknya? Harap dalam satu masa terdekat ini ada yang sudi mempertimbangkan idea PPB3K ini. Amin.

No comments:

Post a Comment