.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, January 30, 2011

Budaya Bisnes Prestasi Tinggi - 6+19

.
Baru-baru ini, aku bersama networker aku, Tuan Haji Ishak, telah berganding bahu melaksana satu program yang bertajuk Budaya Bisnes Prestasi Tinggi (BBPT) untuk sekumpulan eksekutif dari Syarikat Wesria Sdn Bhd bertempat di satu resort di Paka yang dipunyai oleh syarikat ini. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan pengelolaan food court dan resort.
.
Aku tertarik dengan tuan punya syarikat ini yang bernama En Mohd Taib Ali. Aku lihat orangnya cukup humble, sentiasa happy dan punya personality yang disenangi oleh orang sekelilingnya. Aku lihat, hubungan beliau dengan anggota kerja beliau cukup mesra tetapi pada masa yang sama anggota kerja beliau cukup menghormati beliau. Aku teringin sangat tahu apakah rahsia beliau. Maka dalam beberapa sessi ‘kedai kopi’ aku bersama beliau dan Tuan Haji Ishak, aku mula mencungkil rahsia beliau.
.
Seorang akauntan bertauliah yang punya pengalaman luas dalam Kerajaan dan Swasta, beliau telah bertekad untuk memulakan perniagaan makanan dan hospitaliti setelah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam perniagaan bidang kewangan. Bila aku tanya beliau mengapa beliau mahu terlibat dalam perniagaan yang jauh beza dari perniagaan asal beliau, jawab beliau hanyalah, “Saya ikut kata my heart, Mior. This is my passion!”. Jawapan beliau ini mengingatkan aku kepada apa yang disarankan oleh Steve Jobs dalam buku yang sedang aku baca sekarang yang bertajuk ‘The Innovation Secrets of Steve Jobs’.
.
Dia sempat berkongsi segala pengalaman beliau dalam dunia pekerjaan dan perniagaan beliau. Beliau kelihatan cukup puas hati kerana pada ketika ini, beliau telah berupaya menyelesaikan segala komitmen syarikat beliau kepada PUNB yang telah membantu beliau di awal perniagaan beliau. Bak kata Tuan Haji Ishak (yang juga merupakan bekas orang kanan PUNB) kepada aku selepas itu, bukan calang-calang orang yang mampu menyelesaikan komitmen kepada PUNB. Aku benar-benar teruja dengan perkongsian beliau ini. Tabik untuk dia!
.
Aku ingin tahu, apakah hajat beliau untuk menganjurkan seminar ini. Jawab beliau, setelah lama berkecimpung dalam perniagaan, sudah sampai masanya beliau memikirkan untuk menyediakan barisan pengurusan pelapis beliau yang diterajui oleh anak gadis beliau untuk mengambil alih perniagaan beliau. Beliau memberi jangkamasa 5 tahun untuk tujuan ini. Emmm … satu perancangan yang cukup strategik. Sebagai permulaaan, beliau mahu pengurusan pelapis beliau benar-benar memahami konsep pelanggan. Smart move! Beliau memang benar-benar faham soal asas perlu di ambil tindakan terlebih dulu. Maka itulah yang aku dan Tuan Haji Ishak datangkan melalui program BBPT. BBPT merangkumi 6 Prinsip seperti berikut,

1. Taat kepada majikan.
2. Layanan yang cepat
3. Budibahasa yang tinggi
4. Produk/Perkhidmatan yang tinggi nilai dan kualiti
5. Khidmat Jujur tanpa penipuan
6. Pengalaman yang manis tiap kali berinteraksi dengan pelanggan
.
Enam prinsip ini pula disokong oleh 19 Amalan Utama yang perlu diamalkan secara giat bagi memastikan perlaksanaan prinsip-prinsip ini. 6 prinsip serta 19 amalan ini kami namakan simply sebagai 6+19 agar mudah diingati.
.
Dengan menggunakan berbagai kaedah seperti konsep stick person, games, case study dan group presentation, kami telah bombard pemikiran anggota kerja Wesria ini agar terima dan minat untuk amal 6+19 ini. Bila 6+19 diamalkan lagi dan lagi, maka 6+19 ini akan menjadi tabiat mereka. Itu strategi kami.
.
Diakhir modul ini, aku dan Tuan Haji Ishak amat teruja dengan apa yang telah kami lakukan. Kami sedar kami telah menwujudkan satu formula yang cukup unik tetapi praktikal bagi membina satu budaya yang peka terhadap majikan dan pelanggan. (Bukankah itu yang amat diperlukan oleh majikan terhadap anggota kerjanya?). Bak kata Tuan Haji Ishak semasa kami menunggu penerbangan pulang malam itu, “Bila semua ada 6+19 segala sumber akan di fokuskan pada tempatnya. Mior, jom tulis buku tentang 6+19!”. Aku senyum kepuasan.
.
Semasa kapal terbang mula meninggalkan ruang angkasa Paka malam itu, aku terfikir hajat En Mohd Taib Ali terhadap pengurusan pelapis syarikatnya. Aku pasti disamping 6+19 ini, beliau pasti teruja dengan apa yang ada dalam PPB3K ini dalam usaha membangunkan pengurusan pelapis syarikat beliau secara sistematik dan berterusan. Akan aku kongsi idea PPB3K ini secepat mungkin dengan beliau …

Saturday, January 29, 2011

Pimpinan Berjaya Part 2 untuk Eksekutif Kanan Penghantaran

.
Minggu lepas, aku memfasilitator modul Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2) untuk sekumpulan Jurutera Kanan dan Eksekutif Kanan, Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad. Modul PB2 ini merupakan modul kedua bagi kumpulan Jurutera dan Eksekutif dalam Program Capacity Building mereka dalam menyediakan mereka melangkah masuk ke jawatan pengurusan yang lebih tinggi. Hajatnya ialah agar mereka semua akan dapat mengikuti keseluruhan modul-modul PPB3K di bawah Program Capacity Building ini.
.
Semasa di permulaan sessi ini, aku ada memberitahu mereka bahawa PPB3K ini sesuai dijadikan sebagai program asas transformasi organisasi. Namun di akhir sessi ini, aku ditanya oleh salah seorang dari mereka mengapa PPB3K ini tidak dilaksanakan untuk keseluruhan anggota kerja dalam satu unit bisnes sahaja dan bukan kepada sekumpulan individu dari berbagai-bagai unit bisnes. Untuk itu aku jelaskan bahawa PPB3K ini dilaksanakan kepada kumpulan mereka ini untuk memberi pendedahan dan meningkatan kompetensi kepimpinan mereka. Sekiranya di kemudian hari nanti mereka memerlukan satu program untuk mendidik kumpulan yang mereka pimpin, sekurang-kurangnya mereka tahu PPB3K wujud dan mengetahui apa yang PPB3K mampu lakukan.
.
Aku juga memberitahu mereka bahawa sekiranya mereka mengikuti secara keseluruhan isi kandungan PB2 ini, mereka sebenarnya telah mengetahui selok belok untuk memimpin satu-satu organisasi secara holistik atau menyeluruh. Aku nampak beberapa wajah yang tertulis seribu tanda tanya. Aku berkata dalam hati aku bahawa sekiranya mereka hadir PB2 ini dari mula hingga akhir, mereka pasti akan nampak apa yang aku maksudkan.
.
Selepas itu aku mula berkongsi cerita PB2 ini.

Perlahan-lahan aku nampak mereka mulai jelas apa yang aku maksudkan dengan keupayaan memimpin satu organisasi. Aku faham sesetengah dari mereka ini merupakan kali pertama didedahkan dengan idea-idea sebegini, namun aku tahu mereka mula nampak gambaran menyeluruh bagaimana harus memimpin satu organisasi. Apa yang diperlukan hanyalah pendedahan dan turut serta dalam aktiviti-aktiviti pengurusan organisasi di tempat kerja mereka selepas tamat mengikuti PB2 ini. Aku yakin mereka boleh menjadi hebat dalam soal ini.
.
Bermula dari kisah mengapa sesuatu orgainsasi ditubuhkan iaitu untuk memenuhi kehendak pelanggan organisasi tersebut, aku telah membawa mereka menjalani tiga peringkat proses memimpin organisasi iaitu;

1) Perancangan Strategi
2) Perancangan Perlaksanaan Strategi
3) Perlaksanaan Strategi.
.
Ketiga-tiga peringkat ini menggunapakai satu rangka kerja pengurusan organisasi yang aku namakan Rangka Kerja Malcolm Baldrige 3K (MB3K). Melalui MB3K, tiada sebarang perkara penting yang perlu dititik berat semasa memimpin organisasi diketepikan. Semuanya telah sedia terbina dalam Rangka Kerja ini. Ini adalah jaminan yang diberi oleh pakar-pakar pengurusan yang membina Rangka Kerja Malcolm Baldrige ini.

Aku rasa terharu kerana rata-rata di kalangan mereka telah menulis dalam borang soal selidik yang aku edarkan diakhir sessi PB2 ini mahu menghadiri keseluruhan PPB3K ini. Harapnya hasrat ini akan termakbul.
.
Harapan aku selepas mereka melalui PB2 ini, mereka akan punya satu gambaran luas dan satu semangat jitu dalam memimpin organisasi sebagaimana video yang mereka saksikan di awal modul PB2 ini mengenai bagaimana datuk nenek kita memimpin negara ini ke arah Kemerdekaan sebelum 31 Ogos 1957 itu. Kita Boleh!!!

Thursday, January 27, 2011

Kelapa Tua

.
Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.” Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

PPB3K menggelakkan hidup anda menjadi kelapa tua tetapi masih berupaya hidup memberi makna kepada orang lain disamping membina hidup yang sejahtera-bahagia-kaya!

Saturday, January 22, 2011

A Humble Onion

.
A friend of mine told me a story about when he was a kid he was in the hospital & nearly dying. His grandmother came to the hospital & told a family member to go buy her a large onion & a new pair of white cotton socks. She sliced the onion open then put a slice on the bottom of each of his feet & put the white cotton socks on him. In the morning when he awoke they removed the socks. The slices of onion were black & his fever was gone. The following story that someone sent to me might have some truth in it.
.
In 1919 when the flu killed 40 million people there was this Doctor that visited the many farmers to see if he could help them combat the flu. Many of the farmers and their family had contracted it and many died.

The doctor came upon this one farmer and to his surprise, everyone was very healthy. When the doctor asked what the farmer was doing that was different the wife replied that she had placed an unpeeled onion in a dish in the rooms of the home. The doctor couldn't believe it and asked if he could have one of the onions and place it under the microscope. She gave him one and when he did this, he did find the flu virus in the onion. It obviously absorbed the bacteria, therefore, keeping the family healthy.
.
Now, I heard this story from another friend of mine. She said that several years ago many of her employees were coming down with the flu and so were many of her customers. The next year she placed several bowls with onions around in her shop. To her surprise, none of her staff got sick. It must work.

The moral of the story is, buy some onions and place them in bowls around your home. If you work at a desk, place one or two in your office or under your desk or even on top somewhere. Try it and see what happens. We did it last year and we never got the flu.
.
For flu cure : cut both ends off an onion put one end on a fork and then place the forked end into an empty jar ... placing the jar next to the sick patient at night. It said the onion would be black in the morning from the germs.

Onions and garlic placed around the room saved many from the black plague years ago. They have powerful antibacterial, antiseptic properties. Never store cut onions and consume the next day.
.
One more thing, you don’t need to be like an onion, sacrificing yourself for others and never get anything in return. How? Attend Anda Dilahirkan Berjaya (ADB).

Thursday, January 20, 2011

PPB3K – Satu Perjalanan

.
Dah lama betul rasanya masa yang aku ambil untuk bangunkan PPB3K ini. Aku benar-benar curahkan tenaga, masa dan segala sumber yang aku ada untuk merealisasi apa yang kini ada dalam PPB3K. Kekadang bila aku berseorangan, datang suara-suara yang bertanya pada aku … berbaloikah apa yang telah aku bina menerusi PPB3K ini?

Sebagai manusia biasa, aku sudah tentu tidak lepas dari persoalan begini. Tambah pula, aku berseorangan dalam perjalanan membangunkan PPB3K ini. Sudah banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui bagi merealisasikan PPB3K. Lumrah dunia, bila kita lakukan pengorbanan terhadap sesuatu, maka akan mudah timbul rasa sayang pada apa yang kita korbankan itu. Begitulah perasaan yang timbul dalam diri aku terhadap PPB3K ini.

Aku amat berharap PPB3K ini akan menjadi satu panduan asas untuk semua manusia bagi membina kehidupan yang seimbang. Mereka akan jadikan PPB3K sebagai pelan transformasi asas bagi setiap perubahan yang mahu dibawa. Itulah harapan aku. Segala apa yang aku rasai mengenai PPB3K ini serta perasaan yang aku harap terbina dalam diri mereka yang mengguna pakai PPB3K ini ada tergambar dalam lagu dibawah ini, ‘Ku Ada Kamu’. Hayati kata-kata dalam lagu ini …

video

.
Aku tahu mereka yang melaksana apa yang disaran dalam PPB3K ini akan membina satu kehidupan yang cukup makmur dalam setiap cabang hidup mereka. Soalnya hanya terletak kepada pilihan mereka sahaja. Atas itu, akan aku usahakan untuk kembangkan PPB3K ini seluas mungkin. Itu janji aku pada diri ku.

Aku harap bila lama aku sudah tiada lagi di mukabumi ini, PPB3K akan terus memberi khidmat kepada semua manusia. Oh Tuhan, permudahkan usaha aku ini dan aku pohon petunjuk dan bimbinganMu ... Amin.

Friday, January 14, 2011

Pelajaran dari DK4

.
Berikut ialah pelajaran yang telah saya perolehi semasa sessi Dailog Krew ILuvIslam.com tempohari. Moga semua mendapat menafaat dari pekongsian ini …
.
Dalam usaha untuk berubah, ubah dahulu cara pandang kita terhadap sesuatu. Kerana cara pandang amat mempengaruhi tindakan kita dan memberi kesan kepada bagaimana orang lain respon kepada kita. (Perlaksanaan Hukum Getaran & Tarikan)

Laksanakan eksprimen dengan diri sendiri semenjak dari usia muda lagi agar kita belajar dari pengalaman eksperimen itu dan bukan untuk mencari salah hasil daripada eksperimen itu tadi. Salah satu cara pandang yang amat penting.

Apa makna Teknologi? – “Technology is a process by which human modify nature to meet their needs and wants”. Fikirkan …
.
Kita mahu agar pelanggan kita boleh Melihat-Merasai-Mengalami (See-Feel-Experience) perkhidmatan/produk organisasi kita. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai jenama (brand) perkhidmatan/produk organisasi kita. Penjenamaan (rebranding) bermaksud segala usaha untuk menaiktaraf jenama perkhidmatan/produk kita.

Dalam mempromosi sebarang perkhidmatan/produk kita, beri perhatian terhadap 3 perkara ini; semua manusia takut rugi, semua manusia mahu untung dan semua manusia mahu selamat. Jika promosi anda menjawab 3 perkara ini, pasti perkhidmatan/produk anda akan mendapat sambutan!

Kadangkala, dalam keghairahan kita untuk menjadi praktikal dalam melaksana segala usaha, kita lupa memberi perhatian kepada ‘nilai’ kehidupan seperti integiriti, prihatin dan lain-lain lagi. Semak usaha kita samada kita terjerumus ke dalam fenomena ini!
.
Bila bercakap mengenai ‘circle of influence’ dan ‘circle of concern’, penting sangat kita melaksanakan CHECK dalam kitaran PLAN-DO-CHECK-ACTION bagi sebarang inisiatif kita kerana kegagalan melaksanakan CHECK akan membuatkan orang hanya membicarakan perkara-perkara yang berada diluar bidang kuasa mereka sahaja. (‘circle of concern’)

Saya suka dengan satu kenyataan yang tertulis pada baju salah seorang peserta dialog ini yang berbunyi, ‘Leaders define Reality’. Memang benar, dengan kuasa yang ada pada para pemimpin, mereka sepatutnya menggunakan kuasa di dalam tangan mereka untuk mempengaruhi mereka yang dipimpin untuk mencapai hasil yang diingini.
.
Cerita Kura-Kura dan Arnab Part 2. Selepas kura-kura dikalahkan dalam pertandingan cerita Kura-Kura dan Arnab Part 1, arnab telah meminta kura-kura untuk bertanding sekali lagi dan kura-kura menyetujuinya. Dalam pertandingan kali kedua ini, arnab berjaya mengalahkan kura-kura setelah arnab berlumba secara ‘consistence & fast’. Pelajaran dari cerita Part 2 ini ialah pada ketika ini, ‘consistence & fast’ adalah lebih baik dari ‘slow and steady’.

Dalam Cerita Kura-Kura dan Arnab Part 3 pula, selepas kura-kura dikalahkan dalam cerita Part 2, kura-kura tidak berpuas hati dan lantas meminta arnab untuk mengadakan perlumbaan sekali lagi. Namun kali ini, kura-kura telah meminta ‘route’ perlumbaan itu ditentukan oleh dirinya. Tanpa usul periksa, arnab menyetujui kehendak kura-kura itu. Perlumbaan dimulakan dan arnab terus meninggalkan kura-kura jauh dibelakang. Bila hampir ke garis penamat, arnab tersedar bahawa beliau mesti berenang menyeberangi sebatang sungai. Puas arnab berusaha untuk menyeberanginya namun dia tetap gagal. Tak lama kemudian, kura-kura sampai lalu menyeberangi sungai dengan mudah dan memenangi perlumbaan tersebut. Pelajaran dari cerita part 3 ini ialah kita mesti gunakan segala kelebihan dan kekuatan yang ada di tangan kita untuk mengharungi cabaran hidup.
.
Pelajaran dari iklim empat musim. Pertama, setiap kali datang musim baru, manusia yang hidup di iklim empat musim ini mesti menyesuaikan diri dengan perubahan musim itu agar terus selamat dalam hidup ini. Kedua, secara langsung maupun tak langsung, iklim ini menyediakan satu bentuk tekanan agar manusia itu tidak mudah leka dalam hidup ini. Ketiga, iklim empat musim juga memerlukan manusia sentiasa bersedia menghadapi perubahan musim ini. Cerita mengenai iklim empat musim ini sebenarnya merupakan satu perumpamaan bagaimana menghadapi perubahan dalam hidup ini.

Kehidupan ini punya nyawa! Adakah anda ingin mengambil nyawa anda dengan mempersiakan hidup anda?
.
Sesuai dengan maksud satu Hadis Nabi, orang yang bertaqwa kepada Tuhan adalah mereka yang begitu berhati-hati dalam hidup ini.umpama mereka yang berjalan di atas duri-duri. Agar anda tidak terpijak ‘duri kehidupan’ ini, apa kata anda labur dalam PPB3K. Hidup anda akan menjadi Sejahtera-Bahagia-Kaya!

Tuesday, January 11, 2011

DialogKrew4 ILuvIslam – Rahsia Berjaya.

.
Weekend lepas, aku telah hadir di Masjid Muaz bin Jabal di Setiawangsa untuk menghadiri Dialog Krew 4 bagi krew ILuvIslam.com. Pada mulanya, aku tidak tahu apa agendanya dialog ini. Rupa-rupanya mereka mahu berbincang mengenai pelan bisnes mereka. Tapi what a pleasant surprise! I can see for the 1st time in my life bagaimana pelan bisnes dibuat dengan penuh passion, integriti dan keikhlasan. Aku ingatkan hal-hal sebegini telah pupus!
.
Subjek pengurusan strategik memang merupakan antara kegemaran aku. Tetapi dalam banyak hal, aku sedikit rasa kurang senang kerana banyak pelan bisnes yang aku lihat terutamanya bagi syarikat korperat yang besar seakan-akan tiada ‘passion’ di dalamnya. Seakan sokongan dari pihak bawahan tidak jelas. Tetapi tidak dari apa yang aku saksikan dalam kumpulan ini.

Walaupun mereka ini terdiri dari mereka yang muda-muda, tetapi pelan bisnes yang telah dibentangkan cukup mantap. Cukup jauh pandangannya. Aku harap badan-badan pengurusan seperti MIM (Malaysian Institute of Management) boleh melihatnya. Dari penceritaan mengenai misi dan visi mereka, ianya dilakukan dengan cukup santai tetapi aku sendiri terasa bahawa bagaimana ianya begitu membekas dalam diri aku.
.
Penceritaan misi dan visi ini kemudiannya disambut oleh objektif-objektif yang mahu dilakukan bagi menyokong pencapaian misi dan visi. Aku kagum melihat bagaimana ‘extensive’ objektif mereka. Tak sangka aku yang membentangkan objektif-objektif ini semuanya aku lihat umur mereka tidak melebihi umur 30 tahun. Now it makes sense to me mengapa syarikat-syarikat besar seperti Facebook dan Google diterajui oleh mereka-mereka yang muda-muda. Hebat orang muda sekarang!

Satu perkara lagi, aku suka dengan gaya kepimpinan yang ada dalam ILuvIslam.com ini. Semua sedia maklum bukan senang mahu mentadbir satu kumpulan yang majoriti dari anggotanya terdiri dari mereka yang membuat khidmat secara sukarela. Pengalaman aku untuk mentadbir mereka yang ‘full-time’ dengan sesuatu organisasi pun sudah cukup menyeksakan! Inikan pula mentadbir mereka yang sukarela. Aku cuba pelajari apa rahsia pemimpin kumpulan ini dalam mentadbir. Satu perkara yang jelas, nilai integriti yang ada pada pemimpin kumpulan ini cukup tinggi. Cakapnya dan tindakannya begitu sejajar! Aku sedar, itulah dia satu perkara yang ‘attract’ krew kumpulan ini untuk menyumbang tenaga dan masa. Hebat cerita ini!
.
Mereka telah menunjukkan kepada aku cara bagaimana mahu bina organisasi yang cukup utuh. Aku jangka dalam masa beberapa tahun yang terdekat ini, kita semua akan mula mendengar cerita mereka. Aku doa moga Tuhan bimbing mereka dan beri mereka kejayaan.
.
Apapun, aku juga ingin ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi beri slot untuk aku kongsi idea yang ada dalam ‘Rahsia Berjaya’. Aku harap mereka mendapat menafaat darinya. Terdetik dalam hati kecil aku ingin menyumbangkan sesuatu untuk kumpulan ini. Untuk aku beri wang atau harta, aku tidak punya itu semua. Tetapi semasa dalam perjalanan pulang pada petang itu, hati kecil aku berkata agar aku menyumbangkan ilmu PPB3K kepada krew I Luv Islam.com ini. Hmmm not a bad ideakan? Aku harap aku dan mereka punya ruang masa untuk ikuti apa yang ada dalam PPB3K ini. Apa pun, Tuhan juga yang Maha Mengetahui. Aku serahkan kepada Dia.

(Note: Safia, Tq so much for your support. You know what Abah means kan? :)

Saturday, January 8, 2011

Pembentukan Nilai Bersama

.
Beberapa hari yang lepas, aku duduk berbincang dengan Tuan Haji Ishak (rakan kerjasama aku) bersama dengan beberapa pegawai kanan Faber Group. Petang itu kami berbincang pasal bagaimana mahu terapkan nilai-nilai bersama ke dalam semua anggota kerja Faber Group. Panjang lebar perbincangan kita petang itu. Dalam perbincangan itu, aku tertarik dengan beberapa idea yang telah timbul.
.

Pertama, semua nilai-nilai ini sebenarnya telah sedia ada dalam diri kita. Namun mengapa sesetengah nilai-nilai itu lebih dominan dalam amalan kita berbanding nilai-nilai yang lain kerana nilai-nilai yang dominan itu lebih kita pupuk melebihi dari nilai-nilai lain. Nilai-nilai yang dominan ini dipupuk semenjak kita kecil lagi berdasarkan didikan di rumah lagi. Sebagai contoh, ada sesetengah famili itu menitikberatkan nilai integriti, maka kita lihat kanak-kanak dari famili tersebut membesar dengan mengutamakan nilai integriti.

Nilai-nilai ini juga umpama acuan diri kita. Secara separuh sedar, kita tidak mampu ‘out perform’ acuan diri kita. Nilai-nilai ini kita bawa kemana saja kita berada dalam hidup ini. Samada dalam pejabat, masyarakat dan sebagainya. Bukan itu sahaja, nilai-nilai yang kita pupuk ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat pada diri kita dalam cara pandang kita terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Sudahnya, apa makna ini semua kepada diri kita?
.
Semua nilai-nilai ini baik. Namun ada nilai-nilai yang kita pupuk di rumah itu tidak berapa sesuai untuk kita amalkan bilamana kita terlibat dalam dunia korporat atau perniagaan. Sebagai contoh, nilai ‘assertiveness’ jarang sangat dipupuk di dalam rumah-rumah orang-orang Melayu. Namun kita semua sedia maklum bahawa nilai ini amat penting jika kita terlibat dalam dunia perniagaan. Jadi nilai ini perlu dipupuk agar dominan dalam diri kita. Caranya bagaimana?

Bila kita memahami konsep ‘stick person’, pertama sekali kita perlu usahakan agar fikiran sedar kita benar-benar yakin (convince) bahawa nilai ‘assertiveness’ itu amat baik untuk diri kita sendiri. Selagi fikiran sedar kita tidak yakin, usah harap kita akan beri perhatian pada nilai ‘assertiveness’ ini. Pada peringkat ini, segala usaha perlu direka sebegitu rupa agar keyakinan dalam fikiran sedar ini wujud.
.
Namun setakat wujud yakin pada nilai ‘assertiveness’ dalam fikiran sedar tidak mencukupi untuk kita berpegang pada nilai ‘assertiveness’ ini. Kita perlu usahakan agar nilai ‘assertiveness’ yang telah kita yakini baik untuk diri kita ini dipindahkan ke dalam fikiran separuh sedar kita kerana sebarang perkara yang telah tinggal tetap dalam fikiran separuh sedar ini akan menjadi tabiat kita. Caranya bagaimana?

Ini dicapai dengan melaksanakan proses-proses yang berulang-ulang dalam memasukkan nilai ‘assertiveness’ ini dalam fikiran separuh sedar. Antara proses berulang-ulang yang dimaksudkan disini ialah seperti mengadakan ‘coaching’ secara sistematik dan berterusan mengenai pengamalan aktiviti-aktiviti yang melambangkan nilai ‘assertiveness’ ini, mengadakan tayangan video secara berulang-ulang yang menceritakan kelebihan nilai ‘assertiveness’ ini dan mepamirkan poster-poster mengenai kelebihan nilai ‘assertiveness’ ini.
.
Bila sesuatu organisasi itu komited meaksanakan aktiviti sebegini secara sistematik dan berterusan, tunggukan saja masanya bilamana anggota kerja mereka mulai bertindak berdasarkan nilai ‘assertiveness’ ini. Jangkamasa yang diperlukan agar nilai ‘assertiveness’ ini menjadi tabiat? Tiada siapa yang tahu berapa lama diperlukan, namun jika kita pandang ini semua menggunakan mata hati, kita sedar bahawa sebenarnya makin kita berusaha, makin hampir nilai ‘assertiveness’ ini akan menjadi tabiat kita. Bila nilai ‘assertiveness’ ini telah berada dalam fikiran separuh sedar kita (menjadi tabiat kita) sukar untuk kita ‘lupa’ untuk amal nilai ini. Fikirkan …

Kaedah sebeginilah yang mesti dilaksanakan oleh setiap organisasi agar anggota kerja mereka mengamal nilai-nilai bersama organisasi. Jika tidak, itulah yang kita lihat bahawa nilai-nilai bersama organisasi itu hanya wujud di dada dinding pejabat organisasi tetapi tidak di dada-dada anggota kerja organisasi tersebut. Fikirkan …
.
Bagi anda yang telah mengikuti salah satu modul dalam PPB3K, anda semestinya jelas dengan penerangan di atas terutamanya yang bersangkutan dengan fikiran sedar dan fikiran separuh sedar. Bagi mereka yang belum hadir sebarang modul dalam PPB3K, kemungkinan besar anda ‘blur’ dengan penerangan ini. Untuk hilangkan ‘blur’ ini, sertai sebarang modul dalam PPB3K!

Wednesday, January 5, 2011

Ma-I-Na-Ku-Ma-Na

.
video
.
The first time my daughter showed me this video, I know I like this video very much. I don’t know why but somehow it makes me really happy. This little boy really enjoys his moment and it seems to me he just doesn’t care what is happening around him. But one thing for sure, he really exudes happiness around him.

Don’t you think that’s how we should treat life? Life is too short and too beautiful to waste. Most of the time, our life is so hectic; we tend to forget that life needs to be taken easily. We thought that by only settling all of our problems, then only we can take a break and enjoy this life. But I wonder… will the day arrives?

The boy seems to really enjoy what he is doing. He is having fun. Do we have that same kind of fun in life? Are we dragging our life or are we leading it? No matter what, it is the question of choice. It is all about how you see things happening around you. The choice is yours!

I’m glad I take all the trouble these years to develop PPB3K. I know I am having the same kind of fun as this boy when I’m with PPB3K. For that, I must thank God. I do hope, one day, I will be able to share PPB3K with many (MANY) people. So that they will also going to have fun in their life.

Salute to this little boy. You are my Sifu!

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011!

.
Tahun baru muncul lagi. Setiap kali muncul tahun baru, pasti semua organisasi tanam azam untuk capai apa yang diazamkan. Dalam erti kata lain semua mahu tingkatkan produktiviti agar matlamat tercapai. Dalam dunia komersial, produktiviti berkadar terus dengan $$$. Soalnya bagaimana mahu wujudkan produktiviti?
.
Bagaimana mahu tingkatkan produktiviti selalunya berkadar terus pula kepada sama ada anggota kerja organisasi seronok dengan apa yang dilakukan. Berdasarkan ‘Two Factor Theory’ oleh Herzberg, seronok dengan apa yang dikerjakan itu bergantung kepada soal ‘hygiene’ dan ‘motivators’.

Soal ‘hygiene’ ialah memberi penekanan kepada soal penyediaan soal asas di tempat kerja seperti penyediaan tempat kerja yang kondusif, kemudahan beriadah, sistem, polisi, tangga gaji/imbuhan dan lain-lain lagi. Sekiranya soal ‘hygiene’ ini tidak diambil kira, pasti anggota kerja sesuatu organisasi itu akan berasa tidak puas hati. Sebaliknya, jika hal ini wujud, kelihatan anggota kerja organisasi tersebut semacam puas hati tetapi tiada tindakan positif ke arah peningkatan produktiviti.

Manakala soal ‘motivators’ bersangkutan memberi penekanan kepada soal mengadakan ceramah motivasi, mengadakan latihan, menganjurkan Kem Bina Semangat, pembangunan kerjaya dan lain-lain lagi. Sekiranya soal ‘motivators’ ini tidak diambil kira, kelihatan anggota kerja semacam puas hati tetapi tiada tindakan positif ke arah peningkatan produktiviti. Sebaliknya, jika hal ini wujud, anggota kerja organisasi tersebut mulai melaksanakan tindakan positif ke arah peningkatan produktiviti.
.
Dari penerangan di atas, jelas sesuatu organisasi itu perlu memberi penekanan kepada kedua-dua soal ‘hygiene’ dan ‘motivators’ ini untuk bina anggota kerja yang seronok di tempat kerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti. Namun, apa yang kelihatan masakini ialah organisasi lebih memberi penekanan kepada soal ‘hygiene’ berbanding ‘motivators’ kerana hasil daripada ‘hygiene’ mudah dan jelas diukur berbanding soal ‘motivators’. Sudahnya banyak organisasi mengabaikan atau mengambil tindakan terhadap soal ‘motivators’ tidak secara sistematik dan berterusan. Jika ini diamalkan, mana mungkin produktiviti dapat ditingkatkan? Fikirkan …

Menyedari hakikat ini, saya telah menumpukan usaha saya untuk mengisi keperluan dalam soal ‘motivators’ ini. Dari pemerhatian saya, untuk seseorang anggota kerja itu seronok (dari segi ‘motivators’), beliau perlu punya tiga kompetensi asas di tempat kerja. Tiga kompetensi asas tersebut yang ialah

Kesedaran Diri – Soal Bermatlamat dan Kreatif di tempat kerja
Kesesaran Kerja Berpasukan – Psikologi dan Proses bekerja dalam satu pasukan
Kesedaran Kepimpinan - Psikologi dan Proses memimpin satu pasukan

Cuba anda bayangkan anda punya tiga kompetensi asas ini di tempat kerja. Anda akan seronok bukan? Fikirkan …
.
Hasil daripada pemerhatian ini, saya telah menwujudkan satu siri modul bagi menangani pembinaan tiga kompetensi asas ini dalam diri setiap anggota kerja. Siri modul ini saya namakan Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K).

Mungkin ada yang ingin bertanya, cukupkah pembinaan tiga kompetensi asas ini dilaksanakan dengan latihan? Jawaban saya kepada soalan ini ialah saya setuju latihan sahaja tidak cukup. Ahli pengurusan menyatakan sebarang latihan hanya merupakan 20% daripada segala usaha untuk sebarang perubahan. Namun harus ingat, perlatihan amat diperlukan dipermulaan kerana amal tanpa ilmu, kita akan sesat. Dalam erti kata lain, latihan merupakan pintu masuk kepada sebarang perubahan.

PPB3K telah disediakan agar selepas menghadiri sebarang modul itu, satu siri susulan perlu diamalkan bagi menterjemahkan ilmu dalam modul itu di tempat kerja. PPB3K amat menekankan soal susulan ini kerana PPB3K amat menyedari latihan tanpa susulan amat merugikan.
.
Bilamana setiap modul dalam PPB3K serta susulan dilaksanakan, maka satu siri tindakan secara sistematik dan berterusan dapat dilaksanakan agar hajat akhir organisasi untuk capai matlamat yang telah ditetapkan menjadi realiti.

Akhir kata, saya jemput semua organisasi yang serius untuk bangunkan anggota kerja masing-masing agar mereka teguh menangani sebarang cabaran dalam usaha capai matlamat yang ada dalam organisasi untuk menggunapakai PPB3K. Mari kita mulakan tahun baru 2011 ini dengan satu fikir dan tindakan yang berbeza (positif) agar kita capai hasil yang berbeza (positif). Saya sentiasa bersedia untuk serve organisasi anda!