.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, January 30, 2011

Budaya Bisnes Prestasi Tinggi - 6+19

.
Baru-baru ini, aku bersama networker aku, Tuan Haji Ishak, telah berganding bahu melaksana satu program yang bertajuk Budaya Bisnes Prestasi Tinggi (BBPT) untuk sekumpulan eksekutif dari Syarikat Wesria Sdn Bhd bertempat di satu resort di Paka yang dipunyai oleh syarikat ini. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan pengelolaan food court dan resort.
.
Aku tertarik dengan tuan punya syarikat ini yang bernama En Mohd Taib Ali. Aku lihat orangnya cukup humble, sentiasa happy dan punya personality yang disenangi oleh orang sekelilingnya. Aku lihat, hubungan beliau dengan anggota kerja beliau cukup mesra tetapi pada masa yang sama anggota kerja beliau cukup menghormati beliau. Aku teringin sangat tahu apakah rahsia beliau. Maka dalam beberapa sessi ‘kedai kopi’ aku bersama beliau dan Tuan Haji Ishak, aku mula mencungkil rahsia beliau.
.
Seorang akauntan bertauliah yang punya pengalaman luas dalam Kerajaan dan Swasta, beliau telah bertekad untuk memulakan perniagaan makanan dan hospitaliti setelah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam perniagaan bidang kewangan. Bila aku tanya beliau mengapa beliau mahu terlibat dalam perniagaan yang jauh beza dari perniagaan asal beliau, jawab beliau hanyalah, “Saya ikut kata my heart, Mior. This is my passion!”. Jawapan beliau ini mengingatkan aku kepada apa yang disarankan oleh Steve Jobs dalam buku yang sedang aku baca sekarang yang bertajuk ‘The Innovation Secrets of Steve Jobs’.
.
Dia sempat berkongsi segala pengalaman beliau dalam dunia pekerjaan dan perniagaan beliau. Beliau kelihatan cukup puas hati kerana pada ketika ini, beliau telah berupaya menyelesaikan segala komitmen syarikat beliau kepada PUNB yang telah membantu beliau di awal perniagaan beliau. Bak kata Tuan Haji Ishak (yang juga merupakan bekas orang kanan PUNB) kepada aku selepas itu, bukan calang-calang orang yang mampu menyelesaikan komitmen kepada PUNB. Aku benar-benar teruja dengan perkongsian beliau ini. Tabik untuk dia!
.
Aku ingin tahu, apakah hajat beliau untuk menganjurkan seminar ini. Jawab beliau, setelah lama berkecimpung dalam perniagaan, sudah sampai masanya beliau memikirkan untuk menyediakan barisan pengurusan pelapis beliau yang diterajui oleh anak gadis beliau untuk mengambil alih perniagaan beliau. Beliau memberi jangkamasa 5 tahun untuk tujuan ini. Emmm … satu perancangan yang cukup strategik. Sebagai permulaaan, beliau mahu pengurusan pelapis beliau benar-benar memahami konsep pelanggan. Smart move! Beliau memang benar-benar faham soal asas perlu di ambil tindakan terlebih dulu. Maka itulah yang aku dan Tuan Haji Ishak datangkan melalui program BBPT. BBPT merangkumi 6 Prinsip seperti berikut,

1. Taat kepada majikan.
2. Layanan yang cepat
3. Budibahasa yang tinggi
4. Produk/Perkhidmatan yang tinggi nilai dan kualiti
5. Khidmat Jujur tanpa penipuan
6. Pengalaman yang manis tiap kali berinteraksi dengan pelanggan
.
Enam prinsip ini pula disokong oleh 19 Amalan Utama yang perlu diamalkan secara giat bagi memastikan perlaksanaan prinsip-prinsip ini. 6 prinsip serta 19 amalan ini kami namakan simply sebagai 6+19 agar mudah diingati.
.
Dengan menggunakan berbagai kaedah seperti konsep stick person, games, case study dan group presentation, kami telah bombard pemikiran anggota kerja Wesria ini agar terima dan minat untuk amal 6+19 ini. Bila 6+19 diamalkan lagi dan lagi, maka 6+19 ini akan menjadi tabiat mereka. Itu strategi kami.
.
Diakhir modul ini, aku dan Tuan Haji Ishak amat teruja dengan apa yang telah kami lakukan. Kami sedar kami telah menwujudkan satu formula yang cukup unik tetapi praktikal bagi membina satu budaya yang peka terhadap majikan dan pelanggan. (Bukankah itu yang amat diperlukan oleh majikan terhadap anggota kerjanya?). Bak kata Tuan Haji Ishak semasa kami menunggu penerbangan pulang malam itu, “Bila semua ada 6+19 segala sumber akan di fokuskan pada tempatnya. Mior, jom tulis buku tentang 6+19!”. Aku senyum kepuasan.
.
Semasa kapal terbang mula meninggalkan ruang angkasa Paka malam itu, aku terfikir hajat En Mohd Taib Ali terhadap pengurusan pelapis syarikatnya. Aku pasti disamping 6+19 ini, beliau pasti teruja dengan apa yang ada dalam PPB3K ini dalam usaha membangunkan pengurusan pelapis syarikat beliau secara sistematik dan berterusan. Akan aku kongsi idea PPB3K ini secepat mungkin dengan beliau …

1 comment: