.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 8, 2011

Pembentukan Nilai Bersama

.
Beberapa hari yang lepas, aku duduk berbincang dengan Tuan Haji Ishak (rakan kerjasama aku) bersama dengan beberapa pegawai kanan Faber Group. Petang itu kami berbincang pasal bagaimana mahu terapkan nilai-nilai bersama ke dalam semua anggota kerja Faber Group. Panjang lebar perbincangan kita petang itu. Dalam perbincangan itu, aku tertarik dengan beberapa idea yang telah timbul.
.

Pertama, semua nilai-nilai ini sebenarnya telah sedia ada dalam diri kita. Namun mengapa sesetengah nilai-nilai itu lebih dominan dalam amalan kita berbanding nilai-nilai yang lain kerana nilai-nilai yang dominan itu lebih kita pupuk melebihi dari nilai-nilai lain. Nilai-nilai yang dominan ini dipupuk semenjak kita kecil lagi berdasarkan didikan di rumah lagi. Sebagai contoh, ada sesetengah famili itu menitikberatkan nilai integriti, maka kita lihat kanak-kanak dari famili tersebut membesar dengan mengutamakan nilai integriti.

Nilai-nilai ini juga umpama acuan diri kita. Secara separuh sedar, kita tidak mampu ‘out perform’ acuan diri kita. Nilai-nilai ini kita bawa kemana saja kita berada dalam hidup ini. Samada dalam pejabat, masyarakat dan sebagainya. Bukan itu sahaja, nilai-nilai yang kita pupuk ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat pada diri kita dalam cara pandang kita terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Sudahnya, apa makna ini semua kepada diri kita?
.
Semua nilai-nilai ini baik. Namun ada nilai-nilai yang kita pupuk di rumah itu tidak berapa sesuai untuk kita amalkan bilamana kita terlibat dalam dunia korporat atau perniagaan. Sebagai contoh, nilai ‘assertiveness’ jarang sangat dipupuk di dalam rumah-rumah orang-orang Melayu. Namun kita semua sedia maklum bahawa nilai ini amat penting jika kita terlibat dalam dunia perniagaan. Jadi nilai ini perlu dipupuk agar dominan dalam diri kita. Caranya bagaimana?

Bila kita memahami konsep ‘stick person’, pertama sekali kita perlu usahakan agar fikiran sedar kita benar-benar yakin (convince) bahawa nilai ‘assertiveness’ itu amat baik untuk diri kita sendiri. Selagi fikiran sedar kita tidak yakin, usah harap kita akan beri perhatian pada nilai ‘assertiveness’ ini. Pada peringkat ini, segala usaha perlu direka sebegitu rupa agar keyakinan dalam fikiran sedar ini wujud.
.
Namun setakat wujud yakin pada nilai ‘assertiveness’ dalam fikiran sedar tidak mencukupi untuk kita berpegang pada nilai ‘assertiveness’ ini. Kita perlu usahakan agar nilai ‘assertiveness’ yang telah kita yakini baik untuk diri kita ini dipindahkan ke dalam fikiran separuh sedar kita kerana sebarang perkara yang telah tinggal tetap dalam fikiran separuh sedar ini akan menjadi tabiat kita. Caranya bagaimana?

Ini dicapai dengan melaksanakan proses-proses yang berulang-ulang dalam memasukkan nilai ‘assertiveness’ ini dalam fikiran separuh sedar. Antara proses berulang-ulang yang dimaksudkan disini ialah seperti mengadakan ‘coaching’ secara sistematik dan berterusan mengenai pengamalan aktiviti-aktiviti yang melambangkan nilai ‘assertiveness’ ini, mengadakan tayangan video secara berulang-ulang yang menceritakan kelebihan nilai ‘assertiveness’ ini dan mepamirkan poster-poster mengenai kelebihan nilai ‘assertiveness’ ini.
.
Bila sesuatu organisasi itu komited meaksanakan aktiviti sebegini secara sistematik dan berterusan, tunggukan saja masanya bilamana anggota kerja mereka mulai bertindak berdasarkan nilai ‘assertiveness’ ini. Jangkamasa yang diperlukan agar nilai ‘assertiveness’ ini menjadi tabiat? Tiada siapa yang tahu berapa lama diperlukan, namun jika kita pandang ini semua menggunakan mata hati, kita sedar bahawa sebenarnya makin kita berusaha, makin hampir nilai ‘assertiveness’ ini akan menjadi tabiat kita. Bila nilai ‘assertiveness’ ini telah berada dalam fikiran separuh sedar kita (menjadi tabiat kita) sukar untuk kita ‘lupa’ untuk amal nilai ini. Fikirkan …

Kaedah sebeginilah yang mesti dilaksanakan oleh setiap organisasi agar anggota kerja mereka mengamal nilai-nilai bersama organisasi. Jika tidak, itulah yang kita lihat bahawa nilai-nilai bersama organisasi itu hanya wujud di dada dinding pejabat organisasi tetapi tidak di dada-dada anggota kerja organisasi tersebut. Fikirkan …
.
Bagi anda yang telah mengikuti salah satu modul dalam PPB3K, anda semestinya jelas dengan penerangan di atas terutamanya yang bersangkutan dengan fikiran sedar dan fikiran separuh sedar. Bagi mereka yang belum hadir sebarang modul dalam PPB3K, kemungkinan besar anda ‘blur’ dengan penerangan ini. Untuk hilangkan ‘blur’ ini, sertai sebarang modul dalam PPB3K!

No comments:

Post a Comment